Tuesday 31 March 2020

Optimis Ala Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Pernah tak, dengar orang cakap:
"Bercita-citalah setinggi langit, andai jatuh masih ditimpa awan"
 CITA CITA SETINGGI LANGIT - Pop Culture - funny celebrity pictures

Bila kita maknai betul2 ayat keramat tu, sebenarnya ayat tu nak ajar kita untuk berjiwa besar dan ...
O P T I M I S

Cuba kita tengok balik setiap wishlist, azam, target atau cita-cita kita.
Ada orang, di usia 20 tahun meletakkan azam untuk menakluk hati wanita pujaan hatinya.
Ada orang, di usia yang sama meletakkan azam untuk mencapai first million .
Ada orang, di usia yang sama meletakkan azam untuk menakluk tanah demi menyebarkan agama tercintanya

dan ada juga yang di usia yang sama tidak mempunyai cita-cita atau target.
Pendek kata, follow the flow.

Subhanallah,
" Penting sangat eh ada target atau cita-cita yang tinggi ni? "

Hehehe, meh kita teliti cerita menarik zaman Rasulullah SAW dan nilai sendiri penting atau tidak untuk gantungkan cita-cita tinggi.

Ketika itu baru tahun 5 Hijrah. Rasulullah dan para sahabat tengah struggle habis-habisan untuk menggali parit sebagai persediaan Perang Khandaq atau Perang Ahzab.

Situasi Islam ketika itu jauh berbeza berbanding sekarang. Ketika itu para sahabat tidak ramai, ekonomi pula tak strong, support pun tak banyak. Pendek kata situasi umat Islam waktu tu tak strong berbanding Quraisy Mekah, Parsi, dan Rom.

HIKMAH PERANG KHANDAQ - fitnah fitnah akhir zaman
*ilustrasi menggali parit ketika Perang Khandaq

Rasulullah dan para sahabat ketika itu mengikat perut sebab tiada makanan yang mencukupi untuk makan. Tapi persediaan untuk peperangan tetap harus diteruskan. Ini saja dah cukup gambarkan keadaan Islam ketika itu. 

Tapi, optimisnya baginda Rasulullah SAW ketika itu...
 Perhatikan ungkapan yang keluar daripada baginda Rasulullah SAW...
Sedang baginda mengetuk batu, lalu keluar percikan api dan batu itu pecah satu pertiga.
"Telah dibuka kepadaku negeri Syam. Dan demi Allah, aku telah melihat istana-istananya yang merah" ujar baginda.

Baginda mengetuk batu itu lagi, lalu keluar percikan api dan batu itu pecah lagi.
"Telah dibuka kepadaku negeri Parsi. Dan demi Allah, aku telah melihat istana-istana Mada'in yang putih" ujar baginda lagi.

Baginda mengetuk batu itu lagi sekali, lalu keluar percikan api dan batu itu pun berkecai.
"Telah dibuka kepadaku negeri Yaman. Dan demi Allah, aku telah melihat pintu Kota Sona'ah"

Masha Allah, jika kita teliti... Rasulullah SAW mengucapkan hal sebegitu di saat, umat Islam sedang kelaparan malah, mereka akan diserang oleh musuh. Orang-munafik ketika itu beranggapan bahawa baginda Rasul hanya bergurau dan melekehkan kata-kata baginda. 

Namun, sebenarnya inilah yang dikatakan OPTIMIS nya Rasulullah SAW. 
Di saat keadaan umat Islam masih di level bawah, namun baginda optimis bahawa Islam yang sedang dibangun bersama para sahabat ini akan mampu menguasai dunia. 

Dan, optimis Rasulullah ini akhirnya mengobarkan para sahabat untuk merealisasikan kata-kata baginda setelah kewafatan baginda. Sehinggakan Islam sampai ke tahap Ustaziyatul Alam (rujukan seluruh dunia).
Kesimpulannya, sebagai muslim sangat penting untuk kita bercita-cita besar dan optimis dengan cita-cita kita. Kerana Allah tidak pernah menciptakan kita sia-sia. 
Manfaatkan usia hidup untuk terus memberi manfaat untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 

Wallahua'lam

Saturday 28 March 2020

Tawakkal Itu Seperti...

Assalamualaikum 

T A W A K K A L 
Perkataan yang selalu student dengar, lagi-lagi waktu nak peperiksaan. 
Tapi, sejauh mana kita betul-betul menjiwai tawakkal 
atau kita cuma sebut di mulut sahaja, sedang hati masih ragu dan tidak gantungkan segalanya kepada Yang Maha Memiliki. 

Contohnya: 
situasi nak masuk dalam dewan peperiksaan "Dah la, aku tawakkal ja. Bismillah," langkah mula diatur memasuki dewan peperiksaan. "Hmm...macam mana kalau aku tak ingat? Betui ka Allah akan tolong aku" bisik hati.

Ayoook! Baik ngaku, siapa yang macam tu. Heehehe.
Tawakkal ni bukan sahaja tentang nak masuk dewan exam, banyak lagi senario dalam kehidupan yang menuntut kita untuk tawakkal.

Bila bercakap pasal tawakkal ni, saya teringat seorang pahlawan Islam yang tak pernah terkalahkan. Seorang legend yang tak pernah tewas di mana-mana medan peperangan. 
Dialah,
Khalid Al-Walid 

Kalau nak tahu, dalam sejarah peperangan dalam dunia, Khalid ni dah satu level dengan Jeneral Gengis Khan (Mongol) yang paling ditakuti di mana-mana medan perang.
Si Pedang Allah ini sentiasa dambakan syahid di medan jihad, tapi takdirnya tidak gugur di mana-mana pertempuran sehinggakan akhir hayat Al-Walid adalah di atas perbaringan kerana sakit. 

Apa kaitan Khalid Al-Walid dengan cerita tawakkal ni ? ? ?

Ketika dalam satu peristiwa penaklukan Parsi, Khalid dicabar oleh pihak musuh.
" Khalid, ini adalah racun yang paling mematikan. Cuma perlu beberapa saat untuk kau mati setelah meminumnya. 
Sekarang, aku mencabar kau untuk minum racun ini !
Sekiranya kau tidak mati, maka kami akan berundur tanpa berperang "

Khalid Al-Walid tidak gentar sama sekali. Khalid memegang cangkir yang berisi racun itu, lalu membaca :

Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Ayat Penggerak serta Fadhilatnya

Dengan Kuasa Allah, Khalid pun meminum racun tersebut tanpa tewas.

Dalam kisah Khalid meminum racun ini, sudah cukup jelas menunjukkan tawakkal Khalid kepada Maha Pencipta adalah 100%. Tidak ada satu kelumit ragupun dia pada Rabbnya. 

MasyaAllah, ibrah yang sangat besar untuk kita sama-sama perkuatkan kebergantungan dan tawakkal kita kepada Allah. Kikis sebanyaknya ragu yang berkarat dalam hati. 
InshaAllah.

Wallahhua'lam


Friday 27 March 2020

Menggali Hikmah di Celah Bencana

Assalamualaikum,

lama sangat sudah tidak bersua di laman maya ini.
In Sha Allah akan diusahakan untuk meneruskan perkongsian melalui blogspot ini.
Moga Allah reda,

....

Dunia hari ini kecoh dengan satu wabak Corona Virus Disease (COVID-19). Seriusnya isu ini sehingga menyumbang kepada jumlah kematian yang sangat besar.


To fight the coronavirus, labs are printing its genome - The Verge

Ada yang kata wabak ini datang daripada kelawar yang dimakan oleh manusia.
Ada yang kata wabak ini adalah bentuk peperangan, ala2 Perang Dunia Ketiga.
Ada yang kata wabak ini adalah salah satu agenda Yahudi.
Dan macam-macam lagi.

Kita sebagai muslim pertamanya wajib percaya bahawa wabak ini adalah bentuk ujian daripada Allah SWT kepada manusia. Cumanya, saya bila tengok balik apa yang berlaku hari ini, terus teringat kepada kisah Raja Namrud.

Raja Namrud 
Penguasa zalim | Mengaku dirinya Tuhan | Mencuba bakar Nabi Ibrahim | Cabar Allah dengan memanah ke langit 

Subhanallah, angkuh dan sombongnya Raja Namrud, sehinggakan akhirnya Allah mengirim tenteraNya untuk patahkan kesombongan Namrud.
Allah tidak hantar angin taufan, ombak laut, goncangan bumi dan lain-lain. Dia hanya mengirim tenteraNya yang kecil iaitu seekor nyamuk yang masuk ke telinganya dan mencucuk-cucuk otaknya. Sehingga akhirnya selepas diketuk-ketuk oleh tenteranya lalu, matilah seorang Namrud. 

Begitulah Allah menunjukkan Maha Besar dan Maha KuasaNya.
Seperti hari ini, mungkin kita terlalu dalam tenggelam dengan kesombongan dan kealpaan. Sehingga lupa akan matlamat hidup sebenar kita.
Selepas satu demi satu bencana alam yang dikirimNya tidak mematahkan kesombongan kita. Lalu, hari ini alangkah terkejut seluruh manusia apabila diserang oleh makhluk yang super kecil.
Allahhu, dengan tenteraNya yang kecil itu sahaja, habis kelam kabut dibuatnya seluruh dunia. 

Hakikatnya, tentera Allah berbentuk Corona Virus ini datang membawa pesan kepada kita....

"Wahai manusia, adanya aku atau tiadanya aku, kalian manusia akan tetap bertemu ajal.  Cuma waktunya sahaja mungkin berbeza.Maka, bersiap-siaplah mencari bekal menuju TuhanMu"
MasyaAllah, satu pesan yang hakikatnya meruntuhkan kesombongan kita yang merasakan bahawa dunia ini milik kita. Dan pesan untuk hancurkan sifat wahan, cinta dunia dan takut mati. 

Jom sama-sama kita bangkitkan keimanan dan ketaqwaan terutama di waktu perintah kawalan pergerakan ini. 
Jadikan waktu quarantin ini sebagai waktu qurantime.
Manfaatkan waktu ini untuk kita santuni ibu ayah dan seisi keluarga.
Dan pastikan kita terus berada di rumah.

Semoga rantaian penularan wabak ini berjaya diputuskan
Stay sabr and keep praying.

Akhir kata,
semoga kita sentiasa dalam jagaan dan rahmatNya.

Wallahhua'lam

Monday 23 March 2020

Malu Teguran Allah



Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata,
“Tatkala turunnya ayat,
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
[QS al-Hadid, 57:16]

Waktu itu baru EMPAT tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, 
“Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?" Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.”

Allahhu, kagum sungguh ana dengan iman para sahabat. 
Jom kita tanya iman kita...

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam mengingat Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam mengerjakan solat?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam tarbiyah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam meninggalkan hal-hal maksiat dan sia-sia kerana Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita serius dan khusuk merasa malu pada Allah apabila mengaku sebagai penyembah Dia tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi taat pada nafsu?

---

Rasailah bahawa Allah telah dan sedang menegur kita, meski hanya sekali!
Malulah atas teguran Allah!
Carilah Semula Hati Kita di mana Sebenarnya


Wallahhua'lam



Thursday 28 June 2018

Di Laman Tahajud by Wawa

Di Laman Tahajud

Tatkala ini,
perlahan kuusung riwayat hati
yang tenat dibaham kejahilan duniawi

Dengan gugup,
malu dan hina diri,
untuk Kau ubati

Maka,
aku pun memilih 
bersimpuh di laman tahajud 

Lalu ketika tangisku pecah
menjadi rintik-rintik yang gugur 
dari langit rohani

Ajakarkan rasa kehambaan 
menoktahkan keangkuhan
agar aku hanya mengerti 
tentang sebuah keikhlasan

Serentak itu Tuhan,
Terimalah hati yang telah kubungkuskan
terbalut daripada taubat yang renyuk

Dan sementara aku 
menimbang sebuah penerimaan
Kau umpama telah berikan aku
sebuah hati yang baru

Saturday 31 December 2016

Kejoo Yop [YouthChallenge]

KEJOO YOP ! KEJOO
🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼



Ada orang kata, 
' Aku ada cita aku sendiri. Biarkan aku ikut cita aku tu. Tiada siapa boleh halang...😎'

Woo😮
Sampai bila nak IKUT CITA tu. 
Guys,

Berhentilah mengikut citamu,
MASA SUDAH SUNTUK ‼️
Masanya sudah tiba 
untuk
MENGEJAR CITAMU. 

You are almost there 💎

Kejoo yop ! KEJOOOO

#ycquotes
#youthchallenge
#youthgeneration

=================

Ikuti Youth Challenge di Telegram, Facebook & Instagram untuk perkongsian yang Osem lagi Bergayaaa!

Telegram: telegram.me/youthchallenge
Facebook: www.facebook.com/youthchallenge2016/
Instagram: www.instagram.com/youthchallengeyc

Tuesday 8 November 2016

Puisi Hanya Aku Buihnya

Salam Alaik


credit to : Salim A Fillah

Dulu aku mengira telah wujud benar nubu'at Nabi mulia tentang ummatnya..
Bahwa mereka besar jumlahnya namun hanya buih yang tiada artinya..
Menjadi santapan yang diperrebutkan aneka bangsa dan kuasa di meja perjamuan durjana..

Tapi hari ini aku sadar bahwa aku keliru sealpa-alpanya..
Sebab yang buih rupanya hanya aku saja..
Hari ini melihat mereka berhimpun dalam barisan..
Melantangkan suara hati nuraninya akan cinta pada Rabb dan kalamNya..
Aku melihat mereka adalah gelombang raksasa..
Yang hanya bergulung dan berdebur semata-mata sebab pengisaran angin oleh Penguasa Alam Semesta..

Tak ada makhluq yang dapat membeli insan sebanyak ini dengan harta berapapun juga..
Tak ada makhluq yang dapat menggerakkan hati sebanyak ini dengan sedu syahdu apapun juga..
Tak ada makhluq yang dapat menjaga keteraturan barisan sebanyak ini dengan kuasa aba-aba sedahsyat apapun juga..

Ya benar, mereka gelombang pasang..
Dan hanya aku buihnya..
Buih yang terus berkubang dalam durhaka padaNya..

Tapi izinkan si buih ini berkata..
Pada engkau yang menutup pintu dan menyelinap pergi..

Hanya diperlukan satu kecipak kecil lagi untuk menjadikan lautan ummat ini tsunami mahadaya..
Sebab ada tertulis dalam senarai penshahihan Al Albani yang teliti..
"Seorang pemimpin yang menutup pintunya pada orang-orang yang memiliki hajat padanya, maka Allah pun menutup pintu langit dari segala hajat dirinya."
(Jakarta, 4 November 2016)