Sunday 24 July 2011

The Header For You

Assalamulaikum...

Aishah ada sedikit freebies kepada semua pembaca kalau sudi...AMbil la...Kalau tak, just ignore it..

Header
Doodles credit to : http://baylicious.blogspot.com/2011/07/freebies-cute-doodles.html




doodles Credit to : http://alieff.com/freebies-karakter-kartun-muslimah-bertudung/





Menu Tab


Doodles

1st.

Ni antara yang pertama yang Aishah try...Kalau ada yang suka, ambil la, Aishah tak kisah.

2nd

Ni pula Aishah buat .... Akibat kemalasan melukis hidung dan mulut, purdah pun terhasil...Nak ambil, ambil la.

3rd

Cubaan terbaru. Bagi Aishah semakin teruk. Apapun, nak ambil, ambil la.


4Th


Kepala sahaja yg Aishah mampu lukis. malas la katakan...Sebenarnya ada lagi sebelum ni tapi Aishah simpan..Hehehe..
Kalau nak kepala besar ni, ambil la...


Sekiranya pembaca sekalian ingin mengambil mana-mana freebies, sila

 tinggalkana pesanan pada bhgn komen. Aishah cuma nak tahu, seberapa

 ramai yang menggunakan freebies Aishah ni...Jangan risau, Aishah tidak

 minta supaya creditkan...


Last Free Header Kepada Followers Bertuah

Assalamulaikum...

Aishah dah penat sangat buat free header, button shoutbox and many more. SO, Aishah dengan rasa rendah diri mengumumkan bahawa MASA MEMBUAT FREE HEADER TAMAT SELEPAS ENTRI INI SELESAI. 

SIapalah bloogers bertuah tu kan???

Jeng jeng jeng.
.
.
.
Aishah gelarkan bloggers ni Kaseh lah ok.

Baru-baru ini ada seorang bloggers lain yang buat header untuk Kaseh. Cantik giler. ENtahlah, Kaseh nak terima ker tidak header buatan Aishah ni...

Header nya berbentuk begini.
.
.
Klik....Save as picture..Masukkan dalam blog Kaseh

SImple ja Aishah buatkan...Sorry tau sebab dekat atas tu ada credit...Doodle tu ialah freebies drpd seseorang so, kita kenalah menghormati buatan orang kan. Nanti orang kata kita pencuri lukisan. Hahaha

Apapun, Harap Kaseh boleh terima header ni. Alah, kalau tak mau jadi header, buat banner pun boleh juga kan.

Maka, dengan ini tamatlah sudah free header. Insyaallah,  free header akan datang pada masa hadapan. Insyaallah.


.Assalamualaikum

Friday 22 July 2011

Freebies Header Kepada Followers

Assalamualaikum...

Aishah baru sahaja selesai mendesign satu header ni. Simple saja tetapi kalau ada yang berminat ... Ambil sahaja. Tiada caj bayaran untuk header ni ok. Bukan senang tau nak dapat freebies. Berkat pertolongan Bahiah(tgk dkat credits). Aishah dapat buat header lawa ni. Bahiah cuma bagi doodles muslimah saja. Tapi bantu juga kan...

Header ini ialah gabungan muslimah dan abstract. So, harap pembaca sekalian menyukainya

.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jenis : Transparent Header
Size : width - 874, height - 450

Cara-Cara nak ambil...

1. Click gambar di atas
2. Save as picture.
NEXT
1. Buka blog korang
2. Design > Page Elements
3. Tengok bahagian Header
4. Choose file then pilih lah header yg korang save tadi.

Kalau nak ambil...ringan-ringankanlah tangan komen ok...Tak payah la credits..
SIap...Harap suka

Assalamualaikum


Wednesday 6 July 2011

Perempuan boleh Salam dengan Ayah Saudara Dia Tak ?

Assalamualaikum...

Topik ini sering bermain di fikiran Aishah. Kadang-kadang Aishah dipaksa untuk salam tapi kadang-kadang Aishah rasa was-was nak salam. Jadi, Aishah mengambil langkah berjaga-jaga iaitu berjumpa dan bertanya kepada ustazah Aishah. Aishah nak kongsi kepada seluruh muslimah di luar sana. So, kalau dah tahu tu, tahu la kan nak buat apa.

Keadaan yang membolehkan kita salam dengan ayah saudara kita .
Sekiranya ayah saudara kita mempunyai pertalian darah dengan ibu atau ayah kita, kita boleh la salam dengan mereka. Maknanya di sini, ayah saudara kita tu adik-beradik mak atau ayah kita.
Kedaan yang mengharamkan kita bersalam dengan ayah saudara kita .
Sekiranya ayah saudara kita itu tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu dan ayah kita, maka kita tidak boleh bersalam atau berpegangan dengan mereka. Ini bermakna mereka itu ialah suami kepada adik-beradik mak atau ayah kita. Ingat mereka bukan muhrim kita. 

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat di sini.
Kalau lepas ni ragu-ragu dengan orang lain pula, cuba kita berfikiran rasional.
Baiklah, sekiranya kita boleh berkahwin atau dibenarkan dalam Islam untuk berkahwin dengan seseorang itu, maknanya kita tak boleh sentuh atau pegang dia. Bukan muhrim atau ajnabi.
Tapi kalau kita tak boleh kahwin dengan dia seperti ayah dan abang kita maka, bolehlah kita pegang atau sentuhnya.

Sebelum AIshah mengakhiri info kali ini, Aishah harap sangat kalau ada yang sedar kesilapan Aishah, tolonglah tegur. Insyaallah, kita akan sama-sama berubah.

Assalamualaikum