Thursday 27 December 2012

Jawapan Nik Nur Madihah

Assalamualaikum


Sungguh bersemangat nak membuat entri tentang Kak Nik Nur Madihah, yang dahulunya pernah memberi kejutan buat Malaysia dengan kejayaan 19A1 1A2 yang beliau capai. Gadis yang pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini bukanlah berasal dari keluarga yang senang mahupun berada. Malah, pondok kecil sahajalah yang setia menjadi tempat berteduh buat beliau dan keluarga.

Nak tahu apakah rahsia beliau? Jom kita bongkarkan perbualan Kak Nik Nur Madihah bersama dengan seorang wartawan.

WARTAWAN: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

WARTAWAN: Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
NIK NUR MADIHAH: Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

WARTAWAN: Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
NIK NUR MADIHAH: Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

WARTAWAN: Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
NIK NUR MADIHAH: Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

WARTAWAN: Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
NIK NUR MADIHAH: Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.

WARTAWAN: Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
NIK NUR MADIHAH: Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

WARTAWAN: Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

WARTAWAN: Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
NIK NUR MADIHAH: Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

WARTAWAN: Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

WARTAWAN: Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
NIK NUR MADIHAH: Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

WARTAWAN: Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
NIK NUR MADIHAH: Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

WARTAWAN: Apakah hobi dan cita-cita saudari?
NIK NUR MADIHAH: Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

WARTAWAN: Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
NIK NUR MADIHAH: Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.

Naik bulu roma dibuatnya apabila menghayati kisah Kak Nik Nur Madihah. Jom kita tengok tips kecemerlangan yang diberikan oleh beliau sendiri.

|| Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah ||
Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
Suka bertanyaSikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.
Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malah seperti yang saya sering katakan kita perlu mempunyai slogan diri atau quotes supaya dapat membangkitkan semangat dan motivasi diri. Kak Nik Nur Madihah juga telah berpegang kepada beberapa slogan.
  • 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
  • Belajar dari kesilapan.
  • Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.
  • Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.
  • Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.
Kepada sahabat-sahabat saya yang akan menduduki tigkatan 4 pada tahun hadapan, janganlah gentar dengan kata-kata yang menakutkan daripada senior berkenaan kesusahan sesuatu subjek pada tahun hadapan terutama Matematik Tambahan, Bio, Fizik dan Kimia. Sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa Allah bersama dengan orang yang berusaha. Jadi, tunjukkan effort kita, Insyaallah, segalanya dipermudahkan olehNya.

Ingat kita menuntut ilmu kerana Allah, jadi tetapkanlah niat kita supaya tidak tersasar dari jalan yang benar :D

Kepada kakak-kakak yang akan menduduki Peperiksaan SPM, be positve. Gunakan ilmu yang telah dipelajari semasa tingkatan 4 dengan sebaik mungkin. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ganbatte !!

Itu sahaja.
Assalamualaikum

Sunday 23 December 2012

Serahkan Hatimu pada Allah

Assalamualaikum.

Pada 21 Dis 2012 - 22 Dis 2012, Aishah dan keluarga telah berangkat ke Hotel Seri Malaysia, KULIM. Ya, KULIM. Memang ini, suatu jenaka. Jarak antara rumah dan hotel tak sampai 7 km. 10 minit terus sampai. Hal ini adalah disebabkan oleh, voucher yang mama dapat pada 3 bulan lalu. Alhamdulillah, satu pengalaman manis terukir lagi semasa cuti sekolah ini.

|| Serahkan Hatimu Pada Allah ||


Di dalam al-Quran sudah tercatat pada Surah at-Taubah ayat 24 untuk mengiktiraf cinta dalam Islam. Dalam ayat ini dilakarkan bahawa ada 3 peringkat cinta iaitu 


 CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.

 CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
 CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Rasulullah,
"Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA..)"

|| Jangan Berharap kepada Manusia ||

Berkata Syeikh al- Syadzili:

      "Larilah kamu daripada kebaikkan manusia ,melebihi larimu daripada kejahatan mereka kepadamu, Maka sesungguhnya hanya kebaikkan mereka itu akan membahayakan hatimu,sedang kejahatan mereka itu hanya akan membahayakan jasmanimu.Bahawasanya bahaya yang mengenai jasmani itu lebih ringan daripada bahaya yang mengenai rohani(hati).

Sahabat-sahabat sekalian, kita ini sama sahaja. Ciptaan Allah yang lemah dan tidak ada apa-apa sekiranya nak dibandingkan dengan kuasa Allah itu sendiri. Kita sering melakukan kesilapan. Malah, kadang-kadang kesilapan yang sama kita ulangi. Subhanallah.

Sudah terang lagi bersuluh, sangat sia-sia sekiranya kita meletakkan harapan yang besar terhadap si dia yang belum tentu menjadi milik kita. Allah is the best decider. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Siapa tahu, kekasih yang dikatakan sehidup semati itu, sebenarnya ada udang di sebalik batu. Bukankah sia-sia sahaja kita serahkan hati kita kepadanya.

Lain pula sekiranya hati kita diserahkan 100% kepada Pencipta kita. Sahabat sekalian, Dialah yang menciptakan kita. Sudah pasti, segalanya tentang diri kita sudah pun Dia ketahui. Janganlah kita ini pandai-pandai menjadi hebat. Kononnya, nak decide jodoh. 

" ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu
 Secara komprehensifnya, hati kita ini hanyalah kepada Allah. Biarlah Dia yang tentukan masa hadapan kita, jodoh kita, ajal dan maut yang menanti. Ingat Allah is the best Decider. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, kalau nak yang terbaik serahkan kepadaNya. Tentukan masa hadapan itu bukanlah urusan kita tetapi urusan Allah.
Jangan masuk campur urusan Allah. Percayalah firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Akhir kalam, saya tahu terdapat kelemahan dari segi gaya penulisan dan gaya saya menyampaikan mesej ini. Namun, ambillah yang baik dan ketepikan yang kurang. Saya berharap agar mesej ini diterima biarpun kepada seorang insan dan diaplikasikan dalam hidup. Insyaallah. Saya juga seperti kalian. Sentiasa dibelenggu dosa. Saya juga masih lagi dalam proses mentarbiah diri. Semoga kita sama-sama mentarbiah diri ke arah yang lebih baik dan semoga iman kita sama-sama dipelihara. Amin :D

Itu sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Assalamualaikum

Source:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4238-cintai-allah-sebelum-cintai-dia.html
dan laman yang lain( hadis ).

Thursday 20 December 2012

Pastikan Kesabaran Selalu Menang.

Assalamualaikum.

Sudah sekian lama, Entri Heart of Beauty berkisarkan diari harian Aishah. Hari ini, nak kongsi serba sedikit mengenai tajuk Pastikan Kesabaran Selalu Menang. Biar Aishah jelaskan serba sedikit mengenai tajuk tersebut.

Follow [ k a w a i i s e c r e t s . me ] for more kawaii photos ♥

Baiklah, setiap manusia pasti dirundung masalah dan ujian dalam kehidupan yang membuktikan bahawa Allah masih mencintai kita, hamabaNya. Namun, saat ujian ditimpa ke atas setiap insan, maka pada detik itulah dua pilihan dikemukakan kepada kita sama ada kita bersabar atau terus berputus asa dengan Allah SWT. Jadi, entri ini mengajak anda untuk pastikan kesabaran sentiasa menang ketika kita menghadapi kesusahan sebesar-besar mana sekalipun. Insyaallah :)


|| Tatkala Masalah Berkunjung Tiba ||

Translation : And awarded them for all that they endured, a Garden and silk.

Sahabat-sahabat sekalian, sekalipun pelari pecut dunia yang dapat berlari sepantas kilat tidak dapat lari dari masalah apakan lagi kita ini. Setiap manusia punya masalah yang tersendiri dan bergantung kepada tahap keimanan seseorang terhadap Allah SWT. Jangan pula kita bersangka buruk kepada Allah kerana ditimpa musibah yang berat, malah bersangka baiklah kepadaNya kerana Dia yang menciptakan kita. Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Oleh itu bertahanlah.
Allah berfirman :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)


|| Hikmah di Sebalik Ujian yang Diberi ||

Translation : 
Indeed, the patient will be given their reward without measure.
Sabda Rasulullah SAW: "Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid.
Sabda Nabi SAW: "Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: "Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." (Hadith riwayat Muslim)
Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. 
Sabda Nabi SAW: "Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga." (Hadith riwayat Ahmad)

 Percayalah, sekiranya kita yang ditimpa musibah atau ujian mengetahui akan hikmah yang disediakan Allah terhadap orang yang bersabar nescaya mereka akan dapat menghadapi ujian daripada Allah dengan tabah.


|| Apa Yang Perlu Lakukan? ||

Janganlah segera berputus asa dan menyalahkan takdir. 


 Beriman dan Redha terhadap ketentuan Allah SWT
 Melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang       bahaya yang muncul
 Membanyakkan doa dan basahi lidah dengan Zikrullah. 
 Bertaubat kepada Allah
 Bersolat.
 Sentiasa dalam keadaan wudhuk.

Itu sahaja.
Akhir kata, semoga kita dapat menghadapi masalah yang menjengah diri kita dengan tabah. Insyaallah. Diharap entri ini memberi manfaat walaupun kepada satu orang.

Assalamualaikum.

* Alhamdulillah, Allah memberi kebahagian kepadaku dalam bentuk kejayaan yang aku nantikan selama 3 tahun. Sungguh puas aku mencari di mana 1A yang tersembunyi sepanjang peperiksaan di sekolah untuk menjadikan gredku 8A. Rupa-rupanya, Allah menyimpannya dan memberikannya kepadaku saat yang tepat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 
Tahniah kepada semua yang berjaya. 7A, 6A, 5A... tiada A sekalipun tidak menggambarkan bahawa kita tidak berusaha namun, mungkin Allah sedang menguji kita. Allah simpan A itu untuk SPM. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita hanya perlu percayakan Qada' dan QadarNya.

Tuesday 18 December 2012

Setelah Setahun Tidak Mendoodle

Assalamualaikum.

Hari ini, Aishah telah mencuba sesuatu yang sudah lama ditinggalkan iaitu MENDOODLE. Memang, 

kalau kita telah tinggalkan sesuatu itu pada jangka masa yang lama, sedikit demi sedikit kemahiran itu hilang. 

Aishah sendiri jadi kekok nak membuat garisan. Lepas tu, terlupa sikit-sikit cara nak buat hidung lah, mulut lah, badan lah. Mujur, dengan merujuk semula pada hasil doodle lama, dapat juga hasilkan satu doodle pada hari ini. Selalunya, 30 minit siap. Kali ini dia bagi extra 15 minit. :D


Semasa mewarna, saat paling complicated. Sabar saja, masa ni.

Siap mewarna, masa untuk bubuh mata, hidung, mulut dan segala asesori.


Siap :D 
Nama diberi Mia Qaisara. Wah, nama glamour gitu #

Memang terserlah kecacatan doodle ni. Isi muka terkeluar dari tudung. Rasanya doodle ni muallaf kot. Pertama kali pakai tudung :D

Bagus juga doodle tu sebab :
| Pakai Tudung labuh |
| Baju tutup pinggul |
| Pakai sarung tangan |

Kesilapan hari ini jadikan pedoman supaya tidak diulangi pada masa akan datang. Insyaallah 
Itu sahaja 
Assalamualaikum


Tuesday 11 December 2012

Oh, Kampungku

Assalamualaikum.

Masih segar mata ini walaupun bulan sudah terang kelihatan di langit gelap. Sempat lagi nak buat entri tentang Pengalaman di kampung di Nibong Tebal selama 2 hari. Walaupun 2 hari tetapi, keseronokan yang dirasai sangat bermakna.

Kalau ingat kampung di Nibong Tebal, memang terkenal dengan semangat gotong-royong sampai jiran depan kampung pun cemburu. Mana taknya, mak saudara sampai 5 di sekitar, sepupu pula tak terkira.

8 Disember 2012 : 12:45 tengah hari : Perkahwinan sebelah perempuan (Kak Yana)


8 Disember 2012 : 3:00 Petang : Gotong-royong untuk persiapan Majlis Perkahwinan Abang Amar di kampung/ Persiapan Ayam Bakar untuk malam ini.

dari kiri: Aina, ..., Awanis( Tam ) dan Azyati ( Ati )
Aishah dan 3 orang sepupu Aishah yang lain ditugaskan untuk menyiang 15 ekor ayam. Kalau nak buat kerja, tak adalah nak betul-betul sangat tudung tu. Hehe. Sampai tak tidur malam sebab lengoh sangat rasa tangan. 

Lepas siang, Abang Mamat ( baju biru ) yang mengadunkan segala ramuan dan rempah ratus. Dia memang pakar.


Di rumah Mak Tam Amylia.

Aishah pula ambil serai nak bagi dekat Abang Mamat untuk diadunkan dalam ayam. 

Malam itu, bermulalah aktiviti memanggang ayam. Memang syok sangat. Tapi, Aishah tak terus menerkam ayam itu. Aishah ke rumah Mak Tih (keluarga pengantin ) tolong packing barang. Memang lambat. Aishah packing barang dengan Tam, Aina dan mak sedara yang lain.
Lepas tu, baru ambil pinggan. Bubuh 6 ketul terus. Share dengan Tam, Aina, Anjang dan Kak Yah. Seronok sangat.

9 Disember 2012 : 10:00 pagi : Kenduri Kahwin Abang Amar dan Kak Yana di Nibong Tebal.




Keluarga Maktih dan Paktih ini ialah keluarga yang paling besar. Hasil perkahwinan mereka, sebanyak 12 orang cahaya mata dilahirkan. Kini, seorang sudah selamat berumah tangga. Aishah salute dengan Makteh dan Pakteh kerana bijak mendidik anak-anak.

Antara cahaya mata mereka, seorang pelajar cemerlang. [ Anjang ]
 ada juga seorang al-Hafiz ( Hafaz 30 Juzuk al-Quran ) [ Alang ]

 Terima Kasih ya Allah atas pengalaman yang cukup indah yang menghiasi cuti sekolahku. 

Walaupun, peristiwa-peristiwa kenduri sepanjang cuti sekolah ini membantutkan bacaan Twilight ku, aku tidak kisah. Buku itu tidak ke mana.

Itu sahaja.
Tidak lama lagi keputusan PMR akan keluar. Aku berharap yang terbaik daripada-Mu, ya Allah. Insya-Allah.

Assalamualaikum

Saturday 8 December 2012

Petang Bersama Mulberry

Assalamualaikum.

|| 6 Disember 2012 ||
Di rumah.

Petang 6 Disember itu, Aishah agak sunyi sebab hanya bersama dengan Adik Nazrin di rumah. Mama dan ayah keluar membeli kain sekolah Aishah dan beli barang dapur. Aishah ditugaskan menjaga Adik Nazrin di rumah. Kalau dibawa, gegor shopping complex

Jadi, kami merancang untuk mengutip buah mulberry di laman belakang. Rasanya lama sangat tak kutip.












Buah mulberry yang masam-masam manis ini sungguh terasa nikmat apabila terjatuh ke lidah. Mula-mula shake badan sebab masam, lepas tu senyum saja sebab manis. :D
Buah mulberry yang boleh dimakan ialah yang berwarna hitam kemerahan atau hitam semuanya. Kalau masih pink, janganlah makan lagi sebab masam yang amat.

8 Disember 2012 - Balik Nibong Tebal - Kenduri kahwin Abang Amar.

Assalamualaikum

Wednesday 5 December 2012

An Unforgettable Experience [3]

Assalamualaikum.

Pada hari ketiga, semua orang terpaksa bangun di awal subuh sebab takut ketinggalan kereta api. Keluarga sebelah Penang menggunakan komuter dan kereta api untuk pulang ke Penang. Jadi, sebelum 7.00 pagi perlu sampai ke stesen komuter. 

Hari Ahad: 2 November 2012 
7:00 pagi : Ke Stesen Komuter untuk sightseeing dari Bangi ke KL Sentral

Tak sangka, ayah dan mama nak bawa Aishah dan adik beradik jalan-jalan dengan menaiki komuter bersama-sama dengan keluarga sebelah Penang. Seronok tak terhingga sebab kali terakhir naik komuter pun entah bila zaman tok kaduk. Hehe.
Adik Nazrin ialah orang yang paling seronok sebab teringin sangat nak naik komuter.


* From Google Image.
Tak boleh ambil gambar sebab habis bateri dan tengah cas di rumah paklang. 

11: 00 pagi : Balik ke rumah Pak Lang untuk mengemas barang, bersalam dan balik.
Time ni, terbongkar satu rahsia. Iaitu, Abang Bard ni, salah seorang pelajar di Kolej Mara Kulim pada 2002. Memang mama tengah berkhidmat pada masa tu. Irma Hasmie pula senior kepada Abang Bard. 

12:00 pagi : Menuju ke Planetarium.
Aishah sekeluarga bercadang untuk bersiar-siar dahulu sebelum balik. Jadi, oleh sebab tak mahu sesat, kami sekeluarga ditemani oleh tiga jejaka idaman Malaya, sepupu Aishah.

Mamat, P'dot (kanan) dan Epol ( kanan )
Mereka bertiga ni memang dah mahir selok belok Kuala Lumpur. Juga Aishah ditemani Kak Zahira.

DI Planetarium, kami sempat menerokai alam Sains yang menarik serta menimba pengetahuan yang baru antaranya :-




Melelong oo, berada di dalam Anti Gravity Room. Tak dapat mengawal diri untuk berdiri tegak. Aishah terus keluar bersama dengan Kak Zahira dan Mama. Orang lelaki sahaja yang tinggal.


2:00 Petang : Bergerak ke Masjid Negara untuk tunaikan SOlat Zuhur Jamak.
Masjid Negara ini sangat unik dengan corak geometri serta tulisan khat yang kreatif yang terdapat pada dinding dan tiang masjid.




2:45 petang: Bergerak ke KLCC untuk ke PetroScience.
Seronok tak terkata sebab nak masuk KLCC. Peraknya*. 

Sayang sekali. Tak dapat masuk. Sudah terang lagi bersulu, punyalah ramai yang beratur sampai ke luar. Sampai tiket pun habis. Aduhhh.'
By the way, dapat masuk KLCC sudah pun menjadi satu kegembiraan buat Aishah.

Akhirnya, kami memutuskan untuk balik. Sebab hari sudah mula senja. Sedih sangat nak cakap bye-bye dekat hero-hero Malaya kita. Hehe. Pengalaman yang sungguh menarik. 
Hari ini, Aishah dapat lihat dan rasa hikmah yang Allah nak bagi kepada Aishah setelah rombongan sekolah ke Kuala Lumpur dibatalkan. Alhamdulillah. 

Aku bersyukur kepada-Mu
Oh ya. 4 Disember 2012. Itu ialah tarikh lahir Muhammad Nazrin Norrifin. Happy Birthday, adikku yang sangat agresif. Membesarlah ya, adik. 

Itu sahaja
Assalamualaikum