Sunday 4 October 2015

Pengorbanan Itu...

Assalamualaikum
http://38.media.tumblr.com/tumblr_m4i97qWIAD1rsezrlo1_500.jpg
Entri kali ni... Erti Pengorbanan. 
Hmm...Sebenarnya dah lama nak tulis pasal PENGORBANAN.Hari ni baru dapat peluang untuk tulis. In shaa Allah :D

Aishah nak share tadabbur dalam Surah At-Taubah ( 9:11)

" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar."

Apa yang membuatkan Aishah rasa touched sangan dengan ayat ni ialah Allah nyatakan bahawa Allah telah membeli daripada orang mukmin. Walhal, kita sendiri tahu harta dan diri kita ini segalanya adalah milik Allah. Tapi, Allah still guna perkataan membeli hal yang sememangnya milikNya dengan bayaran SYURGA. Masya-Allah. Means, betapa Allah tu sebenarnya nak sangat kita ni masuk syurga
Tapi... dalam ayat ni, Allah kata, mereka itu berperang di jalan Allah. Nak maksudkan dekat sini, yang jalan menuju syurga itu bukanlah jalan yang terhampar karpet merah...tetapi jalan tertabur duri. Itulah PENGORBANAN. 
 
http://40.media.tumblr.com/e31dfcd147344556a500bbf9f1c188f7/tumblr_mr4qvaIsJx1qapk2qo1_400.png
Kalau cakap pasal pengorbanan, Aishah teringat kisah di saat Allah mengajak malaikat melihat syurga. Saat malaikat melihat keindahan syurga yang teramat sangat, sampaikan malaikat berkata bahawa pasti semua manusia akan masuk syurga disebabkan indahnya syurga itu. Lalu, Allah menurunkan pagar-pagar yang menutupi syurga. Pagar syurga itulah kesusahan, pengorbanan, ujian dan dugaan. 
Melihatkan pagar kesusahan yang memagari syurga itu, malaikat sampaikan berkata bahawa pasti tidak ada manusia yang akan masuk syurga. Nak katanya di sini bahawa...betapa sukarnya nak melepasi pagar syurga itu. Subhanallah !!!

Hakikatnya...hidup ini memerlukan kita untuk berkorban. Dunia ini adalah pentas untuk kita menerima ujian daripada Allah. Setiap ujian itu berbeza mengikut iman masing-masing. Jadi, sebenarnya setiap masa kita kena siapkan iman untuk ujian demi ujian daripada Allah. 
Ujian demi ujian daripada Alah itu bukanlah bermakna Allah itu zalim terhadap hambaNya. Tidak!!! 
Itulah sebenarnya tanda yang Allah masih bersama kita. Itulah tandanya Allah inginkan kita berada dalam JannahNya. 
Aishah sendiri menyeru diri sendiri untuk kita sama-sama bersiap sedia untuk contribute and sacrifice demi Islam. Cakap memang senang. Tapi, In shaa Allah kita kuat selagi kita ada Allah. 

Saat Rasulullah berasa lemah dan down... Allah turunkan ayat untuk pujuk hati baginda dengan memberi solusi yang sangat terbaik...iaitu

Surah Al- Muzammil ( 73: 6)
" Sesungguhnya bangun malam ( bersolat dan beribadat ) itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan ( bacaan Quran pada waktu itu ) lebih berkesan. "

Allah ni... Dialah yang menciptakan kita. Pencipta itu pasti tahu kelebihan dan kelemahan ciptaanNya. Begitu juga Allah. Allah tahu hambaNya itu lemah...jadi Allah nyatakan solusi kepada kekuatan jiwa iaitu... Qiamullail (bangun malam) dan tilawah pada waktu malam itu. Allah itu Maha Tahu. 
Jadi, tak ada alasan sebenarnya untuk kita katakan bahawa kita tak mampu hadapi ujian daripada Allah apatahlagi mengeluh menyalahkan takdir. Sangatlah tak patut bagi seorang hamba itu menyalahkan takdir. Always positive towards Allah.


http://40.media.tumblr.com/tumblr_l8ndm8Uet01qd5hh3o1_1280.jpg
Masya Allah. Puji-pujian kepadaNya. Kalau kita berbalik kepada ayat yang atas sekali tadi. Surah At-Taubah ayat 1. Di hujung ayat itu, Allah katakan
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar
Allah sendiri yang kata, bergembiralah dengan jual beli. Means that, ada sesuatu yang hikmah dan menggembirakan yang menanti kita di sebalik pengorbanan yang kita lalui itu. Sebab itu...keyakinan kepada Allah itu sangat penting. Yakin je dengan hikmah yang menanti kita. Di saat kita menerima ujian dan dugaan, fikirkan himah yang menanti di kemudian hari, bukan kesusahan yang dirasai itu. Sebab...kesusahan itu cuma sebentar.
Akhir sekali, Allah kata...Itulah kemenangan yang besar. Apalagi kemenangan yang besar kalau bukan dapat memasuki syurga Allah dan melihat wajah Allah... Itulah pengakhiran yang kita semua harapkan. In Shaa Allah.

Entri ni, Aishah nak tutup dengan satu ayat Quran yang sangat 'comel' iaitu 
Surah Al-Baqarah ( 2: 207)
" Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya. "
Ayat ini diturunkan setelah Suhaib mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki untuk menolong agama Allah. Masya-Allah. Jadikan ayat ini sebagai motivasi untuk kita kuat dalam pengorbanan yang kita tempuhi. In Shaa Allah :)


Itu sahaja. Yang baik itu segalanya daripada Allah. Wallahua'lam
Assalamualaikum