Monday 28 November 2011

Doodles Mood

Assalamualaikum.

Lama sungguh kita tidak bersua. Aishah pun baru sahaja pulang dari dotdotdot. Secret. Tapi, best sangat. Balik saja terus buat doodle ni. Tapi, kali ni AIshah buat pakai trend lain sikit. Mungkin yang ni nampak lain sikit kot.

.....
......
.....
..
.

Tak teragak-agak nak senyum



 Yummy 



Owwh, masamnya




Woooaaa





Nice face, girl




Ummm, what should I call this ??




FINISH

Aishah membenarkan sesiapa sahaja mengambil doodle di atas ni dengan syarat, jangan buang watermark yang Aishah letakkan tu.

Itu sahaja.
Assalamualaikum

Wednesday 23 November 2011

Contest Cute Dolly atau Doodle


Assalamualaikum.


Unikkan banner di atas. Sebenarnya Aishah join satu contest ni ' Contest Cute Dolly atau Doodle '. Menarik juga contest ni, tu yang join tu. 

MY NAME IS WANA

MY NAME IS WANI
MY NAME IS WINA


Itu sahaja. AIshah tahu semua tu sama saja trend nya. Terserah, CCI nak choose yang mana. They are twins actually. But, there are differences between them. 
Wana- Beautiful and nice girl
Wani- Cheerful girl
Wina - simple and smart girl.

Untuk contest ni Aishah gunakan teknik doodle yang Aishah pakai waktu awal-awal Aishah buat doodle. Comel juga.

Assalamualaikum



Tuesday 22 November 2011

Ketahui Jantina Komputer atau Laptop ?

Assalamualaikum.

Nak kongsi sesuatu benda yang sangat menarik. Pernah tak kita tahu yang lappy/comp kita ni laki atau perempuan. Jadi, jom kita sama-sama bongkarkan...

Ikuti step di bawah :

1. Buka Notepad.

2. Copy kod bawah ni dan paste pada notepad anda
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love You"
3. Kemudian, save as file tersebut dengan nama  love u.vbs. Semasa nak save pastikan type All Files.

4. Letak lah file tu dekat desktop anda. Dan cuba klik. Kalau suara yang keluar tu macam perempuan, perempuan lah, tapi kalau garau semacam, faham-faham lah.

Aishah dah try dah pun. Computer Aishah perempuan. Hehehe.
Yang Aishah warnakan oren tu boleh tukar dengan ayat yang lain. Seronok juga main dengan benda alah tu.


Itu sahaja. Jumpa lagi.
Assalamualaikum

Monday 14 November 2011

Hadiah untuk Pemenang No. 55 ( Watermark)

Assalamualaikum.

Holiday is coming. Ok, ni ialah hadiah untuk pemenang no. 55 iaitu mamatomel iaitu Watermark. Blog mamatomel ada banyak gambar so, harapnya watermark yang dibikin ini dapat membantu mamatomel dalam memelihara gambar tersebut daripada dicuri. 

Saya akui bahawa watermark ini tidaklah cantik macam orang lain. Tetapi, ini sahaja yang saya mampu.

Inilah dia watermark untuk MamaTomel.


Doodle tu ialah doodle Aishah yang lama. Doodle yang baru kebanyakkannya dah ada copyright. 
Akhir kata, harap MT suka.

Ini sahaja, dari saya, 
Assalamualaikum

Saturday 12 November 2011

Hadiah untuk Pemenang Doodles (GA HOB)

Assalamualaikum.

Tinggal lagi dua orang sahaja lagi yang masih belum menerima hadiah untuk GA HOB Aishah yang lepas. Iaitu Asyikin dan Nur Anis

For Asyikin, here you are
And, Kak Anis here you are 


Itu sahaja, sekarang ni tinggal clipping mask dgn watermark..SAbar ya

Assalamualaikum

Thursday 10 November 2011

Teks Pidato ' Generasi Muda Penyambung Warisan '

Assalamualaikum

SHaring is caring. Peribahasa bahasa Inggeris itu tidak pernah pudar dari ingatan. Hari ini, nak share sikit teks pidato yang Aishah gunakan untuk dipersembahkan pada hari Rabu lepas. Keputusan pun dah dikeluarkan. Alhamdulillah, AIshah mendapat tempat ketiga. Macam tak sangka sangat dapat menang. Eeeeh, yang bertanding tu bukan calang-calang ma. Ada yang pernah sampai peringkat daerah pun ada.

GENERASI MUDA PENYAMBUNG WARISAN

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan penampilan baginda telah pun mewarnai diri Rasulullah.

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim penjunjung kesksamaan, kelompok pendidik bestari, seterusnya warga intelektual penerus warisan Negara.
Assalamualaikum wbt dan salam apreasasi.

Berdirinya Usman Awang kerana puisinya, berdirinya Malaysia kerana rakyatnya. Berdirinya saya di dewan yang indah adalah untuk menyampaikan sebuah pidato buat pencetus minda generasi hari ini yang bertajuk Generasi Muda Penyambung Warisan.

Generasi di sini membawa maksud suatu kaula yang dapat membawa revolusi bagi semua ummat. Warisan pula membawa maksud tersendiri. Menurut Budayawan Negara, Datuk Radin warisan dari sudut budaya ialah apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Dari sudut sejarah pula, warisan menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu.
Teman dan taulan sekalian,

Bicara yang pertama ialah Batik Malaysia warisan khazanah bangsa. Peribahasa ada mengatakan “tak kenal maka tak cinta‟, sifat ini ialah tabii manusia yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Nilai estetika yang terdapat pada batik sering kali dipandang sepi oleh segelintir masyarakat kita. Pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan berjuta- juta ringgit untuk memasarkan jualan batik hingga ke peringkat antarabangsa. Pada tahun yang sama, impak jualan batik ialah RM33 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun 2004 berkat fakulti dan usaha Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Oleh itu, generasi muda hari ini dan akan datang merupakan wajah-wajah baru yang akan menjadi penerus kepada usaha Allahyarham.
Pria kacak serta juwita anggun sekalian,

Bicara yang kedua ialah permaianan tradisional warisan turun-temurun. Sudah terang lagi bersuluh. Dasawarsa ini, permainan tradisional dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.  Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula. Contohnya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan. permainan tradisional dari peringkat sekolah hingga antarabangsa. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.
Saudara saudari sekalian,

Bicara ketiga pula ialah budi bahasa warisan nenek moyang. Pepatah ada mengatakan, “bahasa jiwa bangsa,”. Maka jelaslah di sini menunjukkan bahawa asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya dapat mengangkat martabat masyarakat di negara kita. ‘Tiada kata secantik bahasa,”. Itulah antara seni kata senandung oleh Allahyarham P.Ramlee. Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Sekalipun kita angkat senjata pastikan kita berbudi bahasa. Perpaduan juga dapat terjalin melalui bahasa yang baik. Hal ini dapat dilihat apabila Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuat rundingan yang baik supaya permohonan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu berjalan dengan lancar. Akhirnya, melalui jalinan perpaduan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak British telah membuahkan impak yang baik.

Secara tuntasnya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi ‘biar mati anak, jangan mati adat´. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh warga bumi bertuah, kita bangkit mempertahankan warisan , kita bersama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

 Insyaallah.
Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya masa diperuntukkan hanya 7 Minit, tapi Aishah terlajak sampai 8 minit. Hihihi. 

Itu sahaja.Assalamualaikum

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh) 2

Assalamualaikum

Meriam Urban 

Suatu hari, Sultan Muhammad berfikir mengenai senjata yang dapat merobohkan benteng Konstantinopel. Tiba-tiba ada seseorang menyuarakan bahawa terdapat seorang insan yang bernama Urban yang dapat membuat meriam. Kata-kata itu menarik perhatian Sultan Muhammad. Lalu, baginda bertanya di manakah Urban. Mereka pun berkata bahawa Urban sedang dikurung di bawah tanah oleh tentera Konstantinopel.

Sultan Muhammad pun memikirkan cara untuk membawa Urban dan menghasilkan senjata yang hebat itu untuk melawan Konstantinopel. Setelah dilakukan penyiasatan terhadap kota tersebut, mereka akhirnya menggali tanah sehingalah sampai ke bilik bawah tanah yang terletaknya Urban di situ. Urban yang menyedari ada yang sedang menghampiri biliknya itu, lalu pura-pura tidur supaya pengawal tidak mengecam yang bukan-bukan. Hasilnya, Urban selamat dibawa oleh Sultan Muhammad ke Turki. Sultan Muhammad bertanya mengapa engkau dikurung. Lalu, Urban berkata kerana dia tidak mahu membantu Maharaja Konstantine menghasilkan meriam dan mengetahui bahawa maharaja itu seorang yang zalim.

Tetapi, apabila SUltan Muhammad menyuruh Urban menghasilkan meriam untuk digunakan sebagai peruntuh benteng Konstantinopel, Urban bersetuju dan memilih untuk memasuk Islam. Tidak sekadar itu, Sultan Muhammad bertanya lagi mengapa Urban menerima pelawaannya untuk menghasilkan meriam. Lalu Urban berkata, "
pada malam sebelum tuanku datang membawa saya, saya telah bermimpi bahawa akan ada seorang ketua yang baik yang memiliki tentera dan rakyat yang baik yang akan menyelamatkan saya. Dan saya yakin itu pasti tuanku ".
Mendengar kata-kata Urban itu, Sultan Muhammad semakin yakin bahawa Kota Konstantinopel akan jatuh pada zaman pemerintahannya.

Selepas itu, Urban menghasilkan meriam sebanyak yang mungkin. Sultan Muhammad ingin mencuba kehebatan meriam buatan Urban itu. Lalu, baginda mengarahkan rakyatnya supaya tidak berada di sebuah kawasan *lupa. Apabila ditembak, meriam tersebut berjaya dilepaskan berbatu-batu dari situ. Sultan Muhammad sungguh kagum.


Bersambung...Akan datang ialah pencarian makam Syuhada. 

Wednesday 9 November 2011

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh )

Assalamualaikum.



PENDAHULUAN

Pernah dengar tak cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Ruginya tak baca. Aishah nak cerita sikit tentang apa yang telah Aishah baca melalui buku Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Murad iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad, ingin menjadikan kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hadis tersebut berupa :-
`Konstantinopel hanya akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik'
Namun, hasratnya itu tidak tercapai. Walaupun demikian, Syeikh Samsuddin al-Wali berkata kepada Sultan Murad
'Menurut firasat saya, bukan tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian ini (Sultan Muhammad al-Fateh)
Sultan Muhammad menggantikan posisi ayahandanya semasa umurnya 19 tahun lagi. Oleh sebab itu, maharaja Konstantine, maharaja Konstantinopel berasa bahawa Sultan Muhammad merupakan budak mentah yang senang dikalahkan. Namun, apabila utusan Maharaja menghantar mainan supaya dapat menarik perhatian sultan Muhammad ke Turki, dengan tegasnya, SUltan Muhammad menolaknya.

Apabila SUltan Muhammad memikirkan hadis nabi yang mengatakan ketua yg baik, tentera yg baik dan rakyat yang baik, dia memikirkan cara utk menjadikan dirinya, tenteranya dan rakyatnya baik. Jadi, baginda lantas mengumumkan secara besar-besaran pantang larang agama antaranya tentera tidak boleh mengacau anak gadis, peniaga haruslah jujur, rakyat mestilah beryimbang rasa.

Setelah beberapa hari, baginda ingin melihat perkembangan tentera dan rakyatnya. 
TENTERA...
Pada waktu siang para tentera menjalani latihan untuk meningkatkan kekuatan sbg persediaan menyerang Konstantinopel. Pada waktu malam, meraka beribadah kepada Allah. Dan tatkala mereka bertakbir lungan tersebut boleh kedengaran sehiingga ke kota konstantinpel menyebabkan Maharaja Konstantine gementar mendengarnya.

RAKYAT...
SUltan Muhammad menyamar menjadi rakyat biasa. Apabila dia mengetuk pintu rumah salah seorang rakyat baginda, Sultan Muhamad berkata di mana masjid utk sya menginap. Lalu, saudara tadi lantas mengajak SUltan Muhammad masuk kerana mengetahui bahawa Sultan Muhammad adalah musafir. Dan banyak lagi peristiwa yg berlaku.

Setelah itu, baginda berkeyakinan bahawa rakyat serta tenteranya sudah baik. Lalu, baginda bertanya kepada Syeikh Samsuddin Al-Wali yang sentiasa didampingi oleh baginda mengenai dirinya. Tidak ada kata yang keluar dari mulut Syeikh yg mengatakan tentang keburukan Sultan Muhammad.

BERSAMBUNG/....

akan datang - meriam urban..

Seronok sangat dapat ceritakan tentang cerita ni...Kalau nak faham lagi, beli sahaja buku tu. Best..Serious...

Assalamualaikum


Thursday 3 November 2011

Menyertai Pertandingan Pidato

Assalamualaikum dan sambutlah salam 1 Malaysia daripada saya, anak Malaysia.

Ewah, sejak menyertai Pertandingan Pidato untuk Karnival Bintang Kecil ini, Aishah semakin pintar menggunakan ayat-ayat yang power dalam ayat. Percaya tak yang Aishah masuk Pertandingan Pidato. Mesti tak caya kan?

Sebenarnya macam gini. Semasa sekolah rendah, kawan Aishah , Nasuha menyertai Pertandingan Pidato sampai peringkat kebangsaan. Menang pula tu, nombor 3. Bila dengar suara dia timbul perasaan nak jadi macam dia. Jadi, apabila masuk Tingkatan 1, perasaan berani tu, tak ada lagi. Cuma berani untuk bersajak saja. Bila masuk Tingkatan 2, galakan daripada kawan-kawan serta keinginan diri telah membawa Aishah untuk menyertai pertandingan pidato. Aishah tak boleh nak nafikan bahawa Aishah ada harapan untuk kalah sebab bekas juara Pidato bintang kecil tahun lepas masih lagi menyertai pertandingan pidato utk tahun ini, Noreffa. Fuuh, suara dia  memang sedap maaa.

Apapaun AIshah akan buat yang terbaik. Sebenarnya, tadi ada pemilihan 3 terbaik. Tapi, sebab cikgu ada meeting terus tak jadi. Lega sangat. Hahaha. However, gentar itu masih ada.

Oh ya, result Aishah dah dapat semua dah. Alhamdulillah, kali ini dapat mantain kan result iaitu 7A 1B.
Yang paling tak sangka English Aishah A. Alhamdulillah. Pendidikan Islam turun sikit. Dulu 96, kali ini 91. Tak apalah, tak ada rezeki. Sejarah pula turun sampai  B iaitu 75. Kalaulah, kementerian tak suruh sekolah naikkan markah A kepada 80, mesti Aishah dapat staright As' kan. Mmmm, tahun depanlah.

Insyaallah. Doakan semoga pert. pidato berjalan dengan lancar. Kalau boleh nak menang, tapi no. 3 jadilah. Kalau no. 1 , nanti kena buat persembahan bintang kecil. Ketar, atas  stage.

Itu sahaja . Assalamualaikum