Friday 27 December 2013

Pesan Imam Syafie :D

Assalamualaikum.




Let the picture tells everthing =D
Take the ibrah ...
2014 is just around the corner. Be ready for New Year and New Target .

Assalamualaikum.

Thursday 19 December 2013

Remembrance : Ambil Result PMR 2012

Assalamualaikum.

Berdebar-debar rasanya calon PMR 2013 hari ini menanti keputusan peperiksaan mereka. Aishah pun tak tahu kenapa hari ini membuatkan Aishah teringat kenangan semasa mengambil result PMR 2012. Subhanallah memang tak terkata...

tandantangan minit mesyuarat persatuan Gegografi buat kali terakhir di SMKSB =D

Pagi itu, Allah mengejutkan Aishah seawal jam 5.00 pagi. Aishah pun terus bangun dan bersihkan diri untuk Solat Subuh. Pagi itu, Aishah buat kerja rumah seperti biasa. Basuh pinggan, sidai baju dan kemas bilik. Sampailah pukul 9.30, Aishah mula bersiap untuk ke sekolah. 

Entahlah, pukul berapa baru bertolak ke sekolah. Rasanya pukul 10.30 pagi macam itulah. Masya Allah, dalam kereta itu, emosi Aishah yang tak menentu menimbulkan pelbagai persoalan tentang keputusan yang bakal Aishah terima. Akhirnya, ayah berjaya parkir kereta di padang SMK Sultan Badlishah. Erat saja tangan ni pegang tangan mama. Dalam perjalanan ke dewan, macam-macam reaksi pelajar lain yang Aishah dah jumpa... Dalam hati, Aishah kata,
" Awalnya, result sampai..."

Jantung berdegup semakin kencang. Sebaik tiba di dewan, terus terserempak dengan Afifah. Tengok muka Afifah sungguh menakutkan...
" Afifah, dapat kah?"
" Alhamdulillah," Afifah berkata sedemikian seraya menunjukkan slip PMR nya. Seronok pun ada takut pun ada bila tengok result Afifah...
Dalam hati berkata, " Afifah boleh, aku mesti boleh,"

Kemudian, terus ke meja kelas 3A10 di hujung Dewan Syed Ahmad ( dewan terbuka ). Cikgu Nazmah senyum ja dari jauh.. 

Terjumpa, Izyan pula...Izyan dah seronok dah dapat result. Sementara nak tunggu Kokillan, sembang kejap dengan Izyan...Sampailah giliran Aishah.
" Aishah .... Hmmm...Kejap noh," cikgu belek-belek slip yang ada dekat tangannya. 
" Ha!!! Ini Dia..Nor Aishah binti Norrifin.." cikgu pun menghulurkan slip tersebut kepada Aishah. Dalam hati ini rasa macam tak nak tengok slip itu.
Bila slip itu selamat berada dalm tangan Aishah, perlahan Aishah selak dan lihat satu persatu subjek.....Sampailah kepada subjek terbawah...
" ALHAMDULILLAH !!! "

Itulah perkataan pertama yang keluar. Air mata dah mula keluar. Cikgu Nazmah yang ada betul-betul depan Aishah, terus Aishah peluk. Aishah pun tak tahu kenapa Aishah menangis. Mungkin kerana Aishah berasa usaha yang Aishah kerahkan selama ini akhirnya membuahkan kejayaan. 
" Tahniah, Aishah. Teruskan usaha... Cikgu maafkan,..Dah, cikgu halalkan semua ilmu," kata cikgu Nazmah semasa dalam dakapan.
" Terima kasih banyak-banyak cikgu,"
Kemudian, mama, ayah yang setia menunggu di belakang, terus Aishah peluk sambil tunjukkan slip. Ya Allah, waktu itu air mata seperti tak boleh dikawal. Dah rasa macam nak banjir...

Tiba-tiba datang pula Pengerusi PIBG SMKSB..
" Nak ambil gambar..Straight A kan,"
"Ya,"
Lepas tu, Aishah dengan Afifah ke depan dewan untuk tengok analisis PMR 2012. Dalam perjalanan ke depan dewan, Aishah melalui kelas-kelas lain. Cikgu Sanusi, kelas 3A5 senyum ja tengok Aishah. Aishah tengok je cikgu.." Cikgu !!" sambil tunduk.
" Tahniah Aishah," ingat lagi, itulah kata-kata Cikgu Sanusi sambil tundukkan kepala sikit kepada Aishah. Aishah akan selamanya ingat Cikgu Sanusi. Banyak pengalaman dengan Cg Sanusi. Cikgu inilah yang membuatkan mutu karangan Aishah bertambah baik sampaikan bila masuk MRSM, Cikgu Ainor kata,
" Aishah!!! Karangan awak bombastik sangat..Kurangkan sikit tahap bombastik tu," tak faham betullah Aishah. Hihi.

Tak lama kemudian, Aizat pun sampai. Alhamdulillah, keempat-empat kami berjaya. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setahun tu, kami diberi tugasan yang gila-gila memang membuahkan hasil...

* Izyan balik awai sangat aiihhh.. ~ eheh.
* muka skema
Segala memori yang indah Aishah sematkan dalam hati. Ada jodoh, in sya Allah, jumpa lagi.

Kepada calon PMR 2013, ALLTHE BEST !!! In Sya Allah, kejayaan menanti kalian yang sudah berusaha dan bertawakal kepada Allah. 
Serahkan segalanya kepada Allah... Allah tahu apa yang terbaik :D
Taqabalallah Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kareem 

Assalamualaikum 


Monday 16 December 2013

Hakikat Bahagia

Assalamualaikum,
ya akhi ya ukhti :D

Indahnya hidup ini kalau kita berpegang pada fitrah. Allah dah tetapkan fitrah bagi manusia, serta makhluk yang lain. Jadi, hari ini suka pula nak sembang fasal " Hakikat Bahagia ".

Pertamanya, bahagia itu datang dari mana?
Daripada boyfriend?
Daripada girlfriend?
Astaghfirullah hal Azim, kebahagiaan itu sebenarnya datang daripada Allah. Allah jualah yang berhak memberi kebahagiaan kepada hambaNya. Allah campakkan rasa bahagian itu ke dalam hati masing-masing... Agak-agak, siapalah kita tanpa Pencipta?



1. Beriman dan Beramal Soleh
----------------------------------
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)

Ibnu Abbas mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai rezeki yang halal lagi baik.
Saidina Ali pula mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai sifat qanaah iaitu sentiasa berasa cukup =D
Ali bin Abi Thalhah pula menyifatkan kehidupan yang baik itu sebagai kebahagiaan.


2. Sentiasa Mengingati Allah
-------------------------------

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenang " (ar-Rad : 28 )

3. Tawakal Kepada Allah
----------------------------

 "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Al-Talaq :3)

Bertawakal ---> Bersandar kepada Allah.
Bertawakal adalah apabila setelah kita berusaha sedaya upaya. Kemudian, kita sandarkanlah segalanya kepada yang Maha Kuasa. Ingat, hanya Dia lah tempat yang layak kita serahkan segala urusan dan meminta pertolongan. In Sya Allah :)


4. Mencari Peluang untuk Buat Baik 
------------------------------------------
 "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa' : 114)


Subhanallah.. Allah gariskan ' sesiapa yang menyuruh manusia kepada kebaikan ...' dia beroleh pahala.
Pahala merupakan kenikmatan kepada kita. Siapa tak seronok dapat pahala. Itu merupakan kebaikan daripada Allah. Cuma kita tak sedar Allah berikan pahala. 
Tapi, tanpa sedar itulah Allah berikan kita ketenangan.


5. Tidak Memikirkan Masa Depan dan Tidak Meratapi Masa Sila
---------------------------------------------------------------------------

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka kepada amalan syaitan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menitip pesan kepada kita...Kita sebagai 'Abd Allah ' @ Hamba Allah ini hanya perlu reda dengan ketentuanNya. Jangan pernah menyalahkan takdir. Apabila kita sabar dan reda nescaya kita akan mendapat ketenangan.
Jangan juga kita terlalu memikirkan masa hadapan secara melampau-lampau. Biarkan Allah dengan urusan Allah. Jangan kita, manusia yang  biasa ni nak masuk campur urusanNya..Laksanakan perintah Allah ;D



6. Lihat Apa yang Kita Ada Bukannya yang Tiada
------------------------------------------------------------

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." 
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

7. Jangan Mengharap Penghargaan daripada yang Lain 
-------------------------------------------------------------
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan : 9)


Hayati bait lirik Hakikat Bahagia daripada UNIC...Sungguh menyentuh :D

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 
Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Sama-sama kita menghayati. Mari bersama menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat. In Sya Allah =D
Astajib Dua' Ana, Ya Rahman

Assalamualaikum,