Friday 17 August 2012

Kisah Buah Tembikai

Assalamualaikum


Ramadhan sudah pun bersama dengan kita selama 28 hari. Ramadhan tidak pernah penat melayan telatah kita yang tidak ikhlas beribadah.  Mujur, masih ada segelintir manusia yang bersyukur dengan kehadirannya. Apapun muhasabah lah diri kita. Sejauh mana ibadah yang kita kerjakan sepanjang bulan yang penuh dengan maghfirah ini.

Dalam pada itu, apabila dengar tentang bulan puasa, kita pasti tidak akan terlepas untuk memastikan simpanan buah tembikai di dalam peti sejuk. Betul tak? Tambahan lagi, bulan puasa tahun ini tak seperti selalu. Panas memanjang. Hujan turun pun sekejap saja. 

SUka untuk Aishah kongsikan sedikit cerita mengenai Buah Tembikai. Kisah dahulu kala ni. Harap dijadikan teladan.

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Walaupun kisah ini pendek namun, padat dengan pengetahuan. Subhanallah, kalau sebelum ni kita marah dekat penjual sebab jual buah yang busuk, ingat balik cerita ni. 
Setiap insan inginkan yang terbaik.
Itu sahaja. Yang baik jadikan amalan, yang kurang jadikan teladan. Insyaallah, kita dapat memantapkan lagi iman.

Assalamualaikum



Saturday 11 August 2012

Hadiah Pemenang GA @ Contest.

Assalamualaikum.

Agaknya blog ni dah lama tak wujud, siapa lah yang sedar. Bukan itu yang nak dipersoalkan tapi, kepada pemenang tu, ingat ke tak lagi.

Kalau ingat dan berharap agar hadiah anda berbalas. Aishah berusaha sebaik mungkin. Tetapi, ini sahaja yang mampu.










Kesemua doodle di atas adalah yang masih belum dituntut. Aishah tak dapat nak tulis nama sebab tak inform dekat Aishah pun. Cuma 3 doodle sahaja yang diberitahu supaya letak nama.. Jadi, kepada yang lain, anda diberi kebenaran untuk mengambil sebarang doodle di atas dan jadikan sebagai milik anda.

Harap itu dapat mengambus kembali segala yang tertangguh sebelum ini. 
Itu sahaja.

Assalamualaikum

Senarai Ayat Bombastik ( Karangan )

Assalamualaikum.

6 days left to celebrate Aidilfitri 2012. Wah, tak sabarnya. Raya, raya juga. Exam jangan lupa. Hehe.
Jadi, Aishah nak kongsi sedikit persiapan yang Aishah lakukan untuk menghadapi peperiksaan BAHASA MELAYU KERTAS 2.

Aishah cuba untuk dapatkan ayat-ayat bombastik yang dapat melonjakkan markah untuk karangan. 


A] PENANDA PERMULAAN KARANGAN 
1. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….—
2. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
3. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.—
4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …—

B) PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

C) PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN 
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

D) PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN
1.Sebagai contohnya—
2. Biar kita lihat—
3. Biar kita ambil contoh—
4. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah—
5. Sebagai analoginya,—
6. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

E) PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH 
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Justifikasinya,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa

F) PENANDA MENUTUP ISI
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

G] PENANDA MEMULAKAN ATAU MEMASUKKAN PERIBAHASA 
A) Persis kata peribahasa Melayu, .............
B) Persis kata orang tua-tua, ............
C) Persis kata mutiara, ............
D) Persis kata cendekiawan, .............
E) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
F) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

H] PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP
a) Sebelum mengakhiri wacana ini,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,

I ]PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.·
2. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan
3. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Alhamdulillah, penggunaan ayat-ayat di atas banyak membantu Aishah. Semasa membuat Latihan Karangan Berkala, banyak 'improvement' yang dapat tertonjol. Untuk pengetahuan, Cikgu BM Aishah memang bagus and berwawasan.

Karangan pertama yang kami sekelas hantar dekat beliau merupakan permulaan bagi segalanya. Markah paling tinggi yang belaiu beri hanyalah 26/ 40. Fuh, Aishah dapat 25/40 kot. Cikgu kata, penggunaan ayat yang terlalu biasa merupakan puncanya.

Aishah terus cari banyak-banyak ayat bombastik, lepas tu ingat peribahasa yang sedap dan boleh meletupkan lagi karangan.  Sekarang, Aishah sudah berjaya mendapat markah 36/ 40. Itulah yang paling tinggi. Rasa bersyukur sangat.

Harap ayat bombastik di atas dapat membantu. Aishah petik dari satu pautan muat turun.

Itu sahaja. Semoga usaha kita memperoleh maghfirah di bulan Ramadhan semakin bertambah. Insyaallah.
Assalamualaikum