Monday, 5 November 2012

Hari-Hari Sebelum Sesi 2012 Tamat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, terbuka sedikit hati untuk menerima kenyataan yang Aishah tidak dapat ke Kuala Lumpur bersama kawan-kawan kerana 'LACK OF ENTRANT'. Apa-apapun Aizat dah bagi kata-kata penawar 
(konon). Katanya:

" Aishah, mana lah tahu kan. Kalau kita pergi sana, terjadi accident. Allah tahu apa yang akan berlaku. Mungkin ada hikmahnya,".
Selain daripada lawatan ke Kuala Lumpur, macam-macam lagi aktiviti yang diatur oleh para guru untuk para pelajar PMR. Antaranya, lawatan ke Surabaya ( untuk ahli terpilih dari Kelab Badminton dan persatuan bahasa melayu ) Pertandingan Menyanyi, Chess, Tayangan Movie, Sukaneka, Boling Padang, Bola sepak, Bola jaring, bola kerangjang, penghantaran buku teks, sukaneka, senamrobik, mereka alatan permainan tradisional, Lauching Rocket, jamuan akhir tahun.

Memang menarik. Terima kasih cikgu, kerana prihatin kepada kami dan sanggup memerah otak, memikirkan aktiviti untuk kami. 


Semasa Jamuan Kelas 3A10. Trust me. Baju kelas kami adalah yang paling menyerlah. Apatahlagi, cahaya matahari memancar baik punya, lagilah. Silau terus. :D

Cikgu-Cikgu sesi petang yang mengajar kami semasa ting. 1 dan ting.2 tak kami lupakan. Seronok hidangkan makanan untuk cikgu-cikgu. Dari kanan, Mr.Chin ( English Form1, Form 2) Cg.Asmawati ( KHB PK Form1, Form 2) dan Cg. Sholiah ( Science Form 1, Form 2 )

Ini pula tugas untuk Aishah dan kawan-kawan Aishah sebagai ahli-ahli berkuasa dalam Persatuan Geografi tahun depan.Kalau dulu Kelab Kaunseling. Hehe, teringin nak berhijrah. Belum sampai Ting. 4 dah dapat tugasan. Aishah menjadi penolong setiausaha. Kebetulan pula pada hari itu, setiausaha tak hadir, Aishah lah yang bertugas membuat Notis Minit Mensyuarat.. dan Minit Mesyuarat... Penat ooo.  Bila dah siap, kena buat disediakan oleh setiausaha. Bukannya pen.setiausaha. Apa apa pun, Ikhlas itu penting.

Lepas siap. Penat sangat. Duduk relaks sambil ambil gambar. Jadikan kenangan. Miss Ng panggil Aizat ( pertama dari kiri) untuk membuat laporan audit pula. Aizat ni pengerusi tahun depan dan bekas bendahari. Memang 'ah long' terkemuka lah dia ni.



Kononnya nak buat-buat yang kita orang ni sibuk sangat tahap gaban. Tapi, Aizat kacau line. Sudah lah buat kerja dalam bilik yang banyak cikgu. Alhamdulillah, tak mengganggu cikgu-cikgu yang lain buat kerja. 

Sepanjang Aishah berada di dalam bilik tu, ada sesuatu yang Aishah belajar iaitu:

Menjadi seorang guru itu lebih sukar daripada menjadi pelajar yang hanya belajar. 

Setakat buat kerja sekolah, sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan kerja cikgu yang bertimbun. Jadi, usahalah dengan sebaik mungkin supaya nanti tak menyesal di kemudian hari. Rugi tau.

INGAT!!
Menuntut ilmu itu FARDHU AIN.
Jadi, wajib untuk kita menuntut ilmu. 

Itu sahaja.
3 days left before HOLIDAY.
Assalamualaikum

No comments: