Thursday, 20 December 2012

Pastikan Kesabaran Selalu Menang.

Assalamualaikum.

Sudah sekian lama, Entri Heart of Beauty berkisarkan diari harian Aishah. Hari ini, nak kongsi serba sedikit mengenai tajuk Pastikan Kesabaran Selalu Menang. Biar Aishah jelaskan serba sedikit mengenai tajuk tersebut.

Follow [ k a w a i i s e c r e t s . me ] for more kawaii photos ♥

Baiklah, setiap manusia pasti dirundung masalah dan ujian dalam kehidupan yang membuktikan bahawa Allah masih mencintai kita, hamabaNya. Namun, saat ujian ditimpa ke atas setiap insan, maka pada detik itulah dua pilihan dikemukakan kepada kita sama ada kita bersabar atau terus berputus asa dengan Allah SWT. Jadi, entri ini mengajak anda untuk pastikan kesabaran sentiasa menang ketika kita menghadapi kesusahan sebesar-besar mana sekalipun. Insyaallah :)


|| Tatkala Masalah Berkunjung Tiba ||

Translation : And awarded them for all that they endured, a Garden and silk.

Sahabat-sahabat sekalian, sekalipun pelari pecut dunia yang dapat berlari sepantas kilat tidak dapat lari dari masalah apakan lagi kita ini. Setiap manusia punya masalah yang tersendiri dan bergantung kepada tahap keimanan seseorang terhadap Allah SWT. Jangan pula kita bersangka buruk kepada Allah kerana ditimpa musibah yang berat, malah bersangka baiklah kepadaNya kerana Dia yang menciptakan kita. Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Oleh itu bertahanlah.
Allah berfirman :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)


|| Hikmah di Sebalik Ujian yang Diberi ||

Translation : 
Indeed, the patient will be given their reward without measure.
Sabda Rasulullah SAW: "Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid.
Sabda Nabi SAW: "Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: "Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." (Hadith riwayat Muslim)
Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. 
Sabda Nabi SAW: "Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga." (Hadith riwayat Ahmad)

 Percayalah, sekiranya kita yang ditimpa musibah atau ujian mengetahui akan hikmah yang disediakan Allah terhadap orang yang bersabar nescaya mereka akan dapat menghadapi ujian daripada Allah dengan tabah.


|| Apa Yang Perlu Lakukan? ||

Janganlah segera berputus asa dan menyalahkan takdir. 


 Beriman dan Redha terhadap ketentuan Allah SWT
 Melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang       bahaya yang muncul
 Membanyakkan doa dan basahi lidah dengan Zikrullah. 
 Bertaubat kepada Allah
 Bersolat.
 Sentiasa dalam keadaan wudhuk.

Itu sahaja.
Akhir kata, semoga kita dapat menghadapi masalah yang menjengah diri kita dengan tabah. Insyaallah. Diharap entri ini memberi manfaat walaupun kepada satu orang.

Assalamualaikum.

* Alhamdulillah, Allah memberi kebahagian kepadaku dalam bentuk kejayaan yang aku nantikan selama 3 tahun. Sungguh puas aku mencari di mana 1A yang tersembunyi sepanjang peperiksaan di sekolah untuk menjadikan gredku 8A. Rupa-rupanya, Allah menyimpannya dan memberikannya kepadaku saat yang tepat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 
Tahniah kepada semua yang berjaya. 7A, 6A, 5A... tiada A sekalipun tidak menggambarkan bahawa kita tidak berusaha namun, mungkin Allah sedang menguji kita. Allah simpan A itu untuk SPM. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita hanya perlu percayakan Qada' dan QadarNya.

2 comments:

Sya said...

setiap ujian tu pasti ada hikmahnya. tahniah! tahun depan kita form 4 kan?

Aishah said...

@Miss Xyz
Setuju. Nampak gayanya begitulah. Miss Xyz, tahniah juga :D