Wednesday, 6 February 2013

Sekadar Bingkisan

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, perjalanan persekolahan berjalan dengan lancar. Oh ya, Aishah nak kongsi tentang pengalaman Aishah menyertai Pertandingan Syarahan. 

Pagi itu, ustaz membuat pengumuman agar peserta melihat papan kenyataan untuk ketahui tarikh, masa dan tempat pertandingan. Aishah berharap sangat dapat esok atau harai selepas itu. Namun, langit tak selalu cerah. Alangkah terkejutnya, apabila mendapati yang Pertandingan Syarahan akan bermula  pada 2.30 petang hari Isnin. Hari itulah. Aishah mula panik. Teks belum hafaz, dan tragisnya lagi teks tertinggal di rumah. Kalau nak suruh ayah ambilkan, memang tak sempat sebab kelas tamat 2.20 petang. TAKKAN nak tarik diri, rugi sangat. JADI, Aishah tetapkan pendirian untuk masuk juga pertandingan tersebut.


Seperti yang Aishah ceritakan, syarahan tahun ini dibuat secara spontan berdasarkan 6 tajuk yang diberi. Aishah berdoa agar tak dapat tajuk zakat. Tibalah masa untuk cabut giliran. Tup tup, nombor 6. Memang 6- 7 orang sahaja peserta. Haha. Takut + gelabah. Peserta keenam, sila bersedia. Fuh, pergi dekat Ustazah Asna, untuk cabut tajuk. BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Buka- buka, Nombor 1 - Jiran sepakat ummah sejahtera. Alhamdulillah. Aishah ada ingat 2 hadis, definisi dan isi bagi tajuk ni. Bersyukur sangat. Sebaik sahaja habis syarahan, kaki yang dari tadi terketar- ketar, tak berhenti. Memanglah, ketar sangat walaupun penontonnya tak seberapa.

Pada hari Sabtu, ada Majlis Penutup. Semasa diumumkan pemenang... tempat ketiga... tempat kedua, Fazlyn, kawan sekelas Aishah. Tempat pertama... Nor Aishah binti Norrifin. Apa? Aishah. Aku ke? Bayangkan, rasa terkejut masa tu membuatkan pergerakan Aishah macam tak betul. Lama kot masa yang diambil untuk naik pentas. Haih, itulah. Ada hikmah di setiap yang terjadi.


Selepas selesai majlis, Aishah, Izyan, Aizat dan Aliaa ( adik Aizat ) terus ke kelas yang kosong sementara orang lain semua balik. Kami perlu siapkan fail-fail Persatuan Geografi untuk pemantauan pertama pada 5 Februari lalu. Macam-macam kena buat. Aishah tanggung peranan sebagai setiausaha dengan rela dan ikhlas. Kalau itu ialah tugas, YES, kita kena lakukan. Walaupun Tingkatan 4 tiada subjek Geo, kami tetap setia pada Persatuan Geografi. Hehe.





Hari ini, hakikat tidak dapat berdusta. Alhamdulillah, Aishah mendapat tawaran ke MRSM Parit. Aishah pun baru dengar tentang MRSM itu. Sebaik sahaja, dapat tahu, terus check Izyan punya pula. Sedihnya, Izyan tak dapat. Memang apa, yang kami berdua sering sembangkan dalam kelas sudah menjadi kenyataan. 
Selepas itu, call Huda. Lama tak dengar suara Huda, rasa macam cakap dengan orang lain. Tapi, still Huda yang dikenali. :D

* from googleimage

Pagi tadi, apabila datang sekolah heboh satu kelas. " Aishah dapat mrsm ahh?" Izyan tak habis-habis sedih. Aishah pun sedih sebab tinggalkan sekolah, kawan-kawan cikgu. Tapi, tekad itu satu iaitu nak menimba pengalaman di rantauan. Biar pahit dahulu, manis kemudian. Selepas waktu rehat, proses tawaf pejabat dan bilik guru bermula. Satu-persatu kerja kena buat. Sedang sibuk menguruskan hal berhenti sekolah, sempat perhati jam, Sudah pukul 12.00, Nanti tak sempat ambil beg. Terus balik kelas nak ambil beg dan letak di bilik kaunseling. 

Belum sampai ke kelas, satu kelas 4Sc 10 perhatikan Aishah yang sedang berjalan. Sampaikan cikgu yang tengah ajar kata " Hampa tengok sapa tu" Time tu pun dah rasa sebak. Tahan.. Masuk kelas, tengok Izyan dah mula pindah ke belakang. Ye lah, kalau tak pindah nanti duduk sebelah lelaki pula. Aishah dan Izyan memang ditakdirkan duduk sebaris dengan lelaki. Semasa kemas-kemas barang, sempat lagi Syazwan dengan Fikri tanya, dapat mana. Heh, memang depa tak tahu. MRSM Parit. Wak tu tu, Cikgu Azura tengah pergi dekat Ain, jadi sempat lah sembang dengan semua orang sekejap. Semua orang macam sedih ja. Dah siap, galas beg. Tengok Izyan, mata dia dah merah dah. Tak leh tengok lama-lama, nanti mata den pula merah. Sebaik nak keluar, salam dengan cikgu. Yang paling Aishah terharu, semua orang lambaikan tangan dekat Aishah. Tak pernah Aishah rasai situasi sebegini. 

Masa itu, baru Aishah lambai dekat Izyan. Walaupun, satu kelas termasuk Izyan tahu yang Aishah akan still datang sekolah esok. Sayang semua. Aishah ingat lagi kata-kata Syaidah

" Tak pa, hang. Hari tu, hang cakap kat aku jangan drop akaun dengan pindah kelas. Sekarang ni, hang pindah sekolah terus. Sampai hati," 

Sebenarnya, Aishah sangat perlukan pengalaman. Pengalaman akan banyak mengajar Aishah erti kehidupan. 
Selepas ini, siapalah 
- Akan menjadi setiausaha Persatuan Geografi
- Akan menjadi AJK Chemistry 4Sc10
- Akan wakil sekolah dalam Pertandingan Syarahan.

Itu sahaja. Biarlah, segala yang patut menjadi urusan Tuhan tidak dicampuri kerana kita tidak berhak melaksanakan tugas Tuhan.. Redha dengan ketentuannya kerana Dia tahu apa yang terbaik. Berpegang pada itu, Insyaallah, kekuatan akan hadir.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
 dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat 
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah:216)
ASSALAMUALAIKUM

4 comments:

Anum said...

salam
singgah pagi

Anonymous said...

Assalamualaikum, kak! Nak daftar MRSM pakai baju apa? Pening den memikirnya! -Aliaa Yasmin Noor Manshah/Ayas Liaa Min

Aishah said...

@Lia veSus Ayiz
ENtahlah, kak pakai baju beige rasanya :)

Aishah said...

@nor aishah Norrifin
* Waalaikumsalam