Assalamualaikum.
*copy*
Pada bulan 27 - 30 Jun 2013, Aishah berserta 11 orang lagi mewakili MRSM Parit ke Program Nadawah Islamiah di MRSM Kubang Pasu.
Perasaan Aishah mestilah excited sebab program ini diadakan di negeri kelahiran Aishah. Setiap maktab perlu menghantar 12 orang yang terdiri daripada 8 orang Ting4 dan 4 orang Ting.2 .
*copy*
Alhamdulillah, Aishah terpilih untuk ke program ini.
Pengisian program ini sangat2 best.
Bertolak dari maktab. MRSM Parit terpaksa menumpang bas MRSM Pasir Salak sebab bas MRSM Parit digunakan untuk kontinjen Math Carnival.
Ucaptama dari Professor Madya Doktor Muhammad Asri bin Zainul Abidin. Subhanallah. Lama sangat Aishah berharap dapat berjumpa dengan Dr. MAZA ni. Aishah suka dengar cerama Dr MAZA. Memang best. Beliau telah memberi banyak pendedahan tentang kepimpinan. Aishah ingat satu ayat yang diungkapkan beliau semasa sesi ucaptama iaitu
Jawatan adalah satu penyesalan
Jawatan adalah satu penyesalan
Aktiviti berkumpulan. MRSM Parit telah digandingkan bersama MRSM Tun Ghazali Shafie (TGS). Banyak aktiviti yang dilakukan bersama. Antaranya, Percambahan Minda, Fault Line, Percambahan Minda 2 dan Rekreasi Petang.
Fault Line mengingatkan Aishah saat di mana setiap orang perlu mencari pasangan dan mendebatkan sebab untuk pasangan itu terus hidup. Setiap pasangan diberi karakter. Aishah dan pasangan Aishah mendapat karakter sebagai penjahat gila.Secara kebetulan, kami mendapat pasangan yang bukan sama maktab. Susah sikit nak communicate, tapi lama-lama biasalah. Sampaikan boleh bekerjasama untuk berdebat di hadapan.
Pada waktu malam ada Zikir Terapi bersama Hafiz Hamidun. Terasa tenang mendengar alunan zikir yang diperlagukan oleh beliau. 2 jam terasa sungguh sekejap. Beliau mengakhiri zikir terapi beliau dengan lagu Nur Kasih.
Qiamullail dilakukan pada malam kedua di sini. Kami beruntung kerana menerima kunjungan imam yang sungguh pandai mengimamkan qiamullail. Suaranya yang bernada melankolik membuatkan malam tersebut terasa sungguh syahdu. Tambahan pula, lampu ditutup, Aishah berasa bahawa malam itu hanya Aishah dengan Allah. Air mata keluar tak terkira.
Explorace pada waktu petang. Subhanallah, aktiviti ini adalah yang paling penat. mana taknya. Selepas ke timur, ke barat, lepas tu ke timur balik. Setiap checkpoint macam sengaja nak suruh kita orang ulang alik. Naik bukit turun bukit. Aishah rasa macam nak pengsan. Fuh.
Sesi Nasyid dan Qasidah adalah slot yang paling kami nantikan. Katanya kumpulan UNIC nak datang. Tapi, yang naik pentas kumpulan Simfoni. Hampir semua orang dalam dewan kecewa. Namun, kekecewaan kami terubat apabila 30 minit kemudian, UNIC mula memasuki dewan dengan menyanyikan lagu Menuju Wawasan. Seronok sangat dapat bernasyid bersama UNIC. Persembahan mereka diakhiri dengan Qasidah ya Hananah. Semua orang berdiri bagi menghormati qasidah ini.
* Menyanyi Seiring Sehaluan *
Aktiviti bersama MRSM TGS berakhir dengan Slot waktu petang di hari ketiga. Kami diberi tugasan oleh fasilitator untuk membuat lakonan. Abang Fasi memberi pilihan
@ Bahagikan kepada dua kumpulan dan lakonkan di kalangan kami
@ Berlakon berama-ramai tetapi berlakon di hadapan khalayak ramai
Kami membuat keputusan untuk berlakon beramai-ramai kerana, kami yakin persembahan kami akan bertambah mantap sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Siapa sangka, lakonan kami mendapat perhatian maktab lain dan menerima tepukan yang sungguh gemuruh.
Semasa Hari Penutup kami didatangi tetamu jemputan yang sangat istimewa iaitu Imam Muda Azhar. Beliau datang untuk berkongsi ilmu. Sepanjang slot bersama beliau, Aishah tak jemu mencatit kata-katanya. Serius, tak mengantuk sebab semangat betul dapat tengok IM Azhar depan mata.
* Semangat betul pagi Last Day *
* Sebilik dengan Budak TGB. Huhu, budak pandai ni *
Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama kontinjen MRSM TGS. Kami berasa seperti saudara setelah melalui banyak aktiviti bersama. Semuanya terasa sungguh indah kerana jalinan ukhuwah yang terjalin ini mengeratkan silaturrahim antara kontinjen Parit dan TGS. Kami mencipta satu nama yang menggabungkan maktab kami iaitu MRSM TgP. Bunyi macam pelik, tapi kami gembira dengan nama baru itu.
Ukhuwah Itu Indah
Semoga ukhuwah yang terjalin ini tidak terputus dan sentiasa mengingatkan kita antara satu sama lain.
Nina, Ea, Farah, Intan, As, Atiqah dan lain-lain.. Sentiasa dalam ingatan :D
No comments:
Post a Comment