Assalamualaikum
Cuti sekolah hampir tamat tetapi tidak untuk saya. Haha.
#ansaraparit
#SPM2014
Suka untuk Aishah kongsikan satu pengalaman yang banyak mengajar Aishah erti JANGAN LALAI...
Setiap pelajar MRSM pasti mempunyai niat untuk mendapatkan Skim Pelajar Cemerlang (SPC). SPC ini merupakan satu bentuk tajaan pengajian daripada pihak MARA untuk kita sambung belajar selepas SPM sama ada dalam negara mahupun luar negara. Untuk mendapatkannya, keputusan trial kenalah GEMPAK!!!
Aishah pun sama. Jauh di sudut hati, tersimpan cita-cita untuk mendapatkannya. Siapa taknak tajaan. Sekurang-kurangnya, Aishah dapat kurangkan beban keluarga. Aishah tekad sebab serik keluarkan duit yang banyak di maktab. Pagi petang...bertungkus lumus untuk SPM. Setahun ada 6 exams. Bukan macam sekolah kementerian. Oiiihh, jenuh oo ambil exam banyak kali. Belum sempat nak rasa lega lepas Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2 pula menyusul.
Tahun 2014 ini banyak berlaku pembaharuan. Peperiksaan Trial tidak lagi dipanggil Trial SPM malah dinamakan sebagai SPMRSM [ Sijil Pendidikan MRSM ]. SPC pun ditukar nama kepada Program Pembangunan Profesional Mara [ PPPM ].
SPMRSM pun berlalu. Keputusan pun bukannya GEMPAK sangat. Masing-masing tak sabar menunggu pemberitahuan tentang tajaan MARA. Biasanya, sebaik tamat trial, terus keluar berita fasal SPC. Kali ini, pemberitahuan dikeluarkan lewat sedikit. Dalam musim peperiksaan SPM, Kaunselor Cg Hakimi mengadakan pertemuan dengan pelajar Ting. 5 dan bercakap tentang PPPM yang menggantikan SPC.
Aishah berbelah bahagi sama ada untuk memohon atau tidak. Lagipun, peluang cerah untuk aku memohon program luar negara. Tapi, malang sekali tidak banyak program yang ditawarkan kali ini. Pada mulanya, Aishah ingat nak abaikan saja PPPM tu sebab kebanyakkan program yang ditawarkan adalah bidang kejuruteraan. Hmm... Aishah bukannya bidang engineering ni. Tapi, last minute Aishah isi juga borang PPPM tu sebab Aishah rasakan peluang begini bukannya datang bergolek. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Aishah pun mengisi borang tersebut.
Pilihan pertama : Chemical Engineering ( process ) di UniKL MICET
Pilihan Kedua : Science & Technology : MARA American Degree Preparatory Programme ( luar negara )
Aishah tak meletakkan pengharapan yang tinggi pun terhadap PPPM ni. SPM pun berlalu. Pejam celik-pejam celik... Dah masuk bulan Disember.
4 DISEMBER 2014
Nak dijadikan cerita. Telefon bimbit Aishah hilang. Aishah pun tak kisah sangat sebab telefon Nokia yang asas je pun. Lagipun, telefon itu untuk kegunaan di maktab saja. Jadi, Aishah tak berminat langsung nak cari tambahan lagi, bateri dah habis.
9 DISEMBER 2014
Lebih kurang seminggu lebih lepas tu, Aishah rasa macam nak cari balik telefon. Akhirnya, jumpa di bawah katil. Alhamdulillah. Terus caj telefon. Tak lama selepas tu, bukalah inbox mesej.
3 unread message.
2 daripada nombor yang tak dikenali. 1 lagi daripada Mimi.
Aishah pun open sms dari nombor yang pelik tu...
" TAHNIAH!!! Anda dicalonkan untuk Program MARA AMERICAN DEGREE PREPARATORY PROGRAMME ( MADPP ) Sila hadirkan diri ke pusat temuduga yang ditetapkan.Tempat: KKTM Ledang, Johor.Masa : 9 Disember, Bermula 8.30 pagiSila bawa alat tulis bersama "
Berlari-lari Aishah ke bilik nak tengok kalendar. Hari ini berapa hari bulan ek? Masa tu jantung dah dup dap dup dap... Aishah jerit satu rumah...tanya mama.
" MAMA... HARI NI 9 DIS ke ?"
" HA-AH"
Aishah rasa macam tak percaya yang hari itu ialah 9 Disember. Tarikh temuduga itu adalah pada 9 Disember. Hati ni rasa macam patah sejuta. Rupa-rupanya mesej tersebut dihantar pada 4 Disember. Itulah tarikh Aishah mula kehilangan telefon bimbit.
3 malam Aishah tak boleh tidur sebab fikirkan kejadian itu. Bila difikirkan, Aishah bukannya minat sangat pun. Tapi... Aishah cuma fikirkan yang kawan-kawan Aishah yang lain tak dapat pun. Aishah je dan lagi 2 orang.
Hmm... lama Aishah ambil masa untuk terima kenyataan ini. Aishah belajar untuk reda. Bila diimbas balik. Sebenarnya, ada sesuatu yang Allah rancangkan untuk Aishah.
Sekiranya sesuatu itu berlaku mengikut rancangan kita, kita pasti seronok kerana rancangan kita berjaya..
tetapi sekiranya sesuatu itu berlaku di luar rancangan kita, sepatutnya kita lebih seronok kerana rancangan itu datangnya daripada Allah SWT.
Rancangan Allah itukan lebih indah =)
Kawan-kawan Aishah setia mengirimkan kata-kata semangat supaya Aishah calm. Aishah percaya, mungkin ada yang Allah cuba nak ajarkan kepada Aishah.
Aishah belajar untuk lebih berjaga-jaga. Jangan suka hilangkan barang. Hargai setiap barang yang kita miliki. and yang paling penting!!!
Aishah belajar untuk reda.
Setiap kali buka Tafseer Quran, Aishah mesti buka halaman 34: Surah al-Baqarah...
Allah berfirman..." Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. "
Sejak hari itu, Aishah kuat. Biarlah tak dapat PPPM. At least, 6 bulan ini dapat Aishah isi untuk belajar memandu, belajar memasak dan jaga opah. Alhamdulillah, baru-baru ini dikeluarkan senarai pelajar yang berjaya PPPM. Ramai juga kawan-kawan Aishah yang dapat program diploma cemerlang dalam negara dan ijazah luar negara. Rupa-rupanya, program yang Aishah dapat itu satu-satunya program yang memerlukan proses temuduga. Dan, cuma seorang sahaja pelajar dari maktab Parit yang berjaya. Selebihnya, pelajar Taiping, Pengkalan Chepa dan TGB yang memenuhi carta 200 pelajar yang berjaya.
Tahniah!!! Berusahalah, ya. Belajar rajin-rajin n manfaatkan peluang ni. In Sha Allah, Allah memudahkan jalan kalian yang menuntut ilmu.
Syukur dengan kenikmatan...
Reda terhadap kesulitan...
Itu, sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih,
Wallahua'lam
Assalamualaikum wbt.
12 comments:
Assalam Aishah
Makcik ni ada anak yg pergi temuduga Madpp tu
result dah keluar kah
nak tau resut cam na ya
tq
Aishah
anak mak cik ada pergi temuduga Madpp
result dah keluar kah
cam na nak tau
Aishah result mara american degree dah keluar ka?
Kalau belum, bila akan keluar?
And macam mana keputusan tu boleh taw?
Thanks ☺
Boleh tau tak awak tau mana eh list name budak2 yg dpt fast track?
@Anonymous
Waalaikumsalam
setahu saya semak di sini
http://online05.mara.gov.my/3pm/
Ini list pelajar yg berjaya ( try buka link tu, ada list pelajar yg berjaya utk american degree )
https://scontent-b-fra.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/16451_897839506913296_4719855605369022405_n.jpg?oh=4ab9053f873d6bcf6b7b93e163fc6de4&oe=5524FC02
@Nurul Nadiah
Dah keluar dah..
Cehck dekat
http://online05.mara.gov.my/3pm
@nadz
Laman group Fb : Geng Sporting Ansara *secret group.
Aishah,semoga Allah swt beri yg lebih baik utk awak InshaAllah :) kita sama2 doa ya! Saya pon tgh tggu result
@iman aisha
Ameen. In Sya Allah. Untuk awak begitu juga. Semoga Allah beri yang baik untuk kita =D
Salam, aisyah. Nak tanya yg spm or pppm ni hanya utk pelajar mrsm ke??
maaf typo bukan spm tapi spc :)
@Anonymous
Waalaikumsalam...
Ye, untuk pelajar mrsm je, guna result trial. :D
Untuk student bukan mrsm bleh minta biasiswa mara guna result spm =)
Post a Comment