Assalamualaikum
Pernah tak, dengar orang cakap:
"Bercita-citalah setinggi langit, andai jatuh masih ditimpa awan"
Bila kita maknai betul2 ayat keramat tu, sebenarnya ayat tu nak ajar kita untuk berjiwa besar dan ...
O P T I M I S
Cuba kita tengok balik setiap wishlist, azam, target atau cita-cita kita.
Ada orang, di usia 20 tahun meletakkan azam untuk menakluk hati wanita pujaan hatinya.
Ada orang, di usia yang sama meletakkan azam untuk mencapai first million .
Ada orang, di usia yang sama meletakkan azam untuk menakluk tanah demi menyebarkan agama tercintanya
dan ada juga yang di usia yang sama tidak mempunyai cita-cita atau target.
Pendek kata, follow the flow.
Subhanallah,
" Penting sangat eh ada target atau cita-cita yang tinggi ni? "
Hehehe, meh kita teliti cerita menarik zaman Rasulullah SAW dan nilai sendiri penting atau tidak untuk gantungkan cita-cita tinggi.
Ketika itu baru tahun 5 Hijrah. Rasulullah dan para sahabat tengah struggle habis-habisan untuk menggali parit sebagai persediaan Perang Khandaq atau Perang Ahzab.
Situasi Islam ketika itu jauh berbeza berbanding sekarang. Ketika itu para sahabat tidak ramai, ekonomi pula tak strong, support pun tak banyak. Pendek kata situasi umat Islam waktu tu tak strong berbanding Quraisy Mekah, Parsi, dan Rom.
*ilustrasi menggali parit ketika Perang Khandaq
Rasulullah dan para sahabat ketika itu mengikat perut sebab tiada makanan yang mencukupi untuk makan. Tapi persediaan untuk peperangan tetap harus diteruskan. Ini saja dah cukup gambarkan keadaan Islam ketika itu.
Tapi, optimisnya baginda Rasulullah SAW ketika itu...
Perhatikan ungkapan yang keluar daripada baginda Rasulullah SAW...
Sedang baginda mengetuk batu, lalu keluar percikan api dan batu itu pecah satu pertiga.
"Telah dibuka kepadaku negeri Syam. Dan demi Allah, aku telah melihat istana-istananya yang merah" ujar baginda.
Baginda mengetuk batu itu lagi, lalu keluar percikan api dan batu itu pecah lagi.
"Telah dibuka kepadaku negeri Parsi. Dan demi Allah, aku telah melihat istana-istana Mada'in yang putih" ujar baginda lagi.
Baginda mengetuk batu itu lagi sekali, lalu keluar percikan api dan batu itu pun berkecai.
"Telah dibuka kepadaku negeri Yaman. Dan demi Allah, aku telah melihat pintu Kota Sona'ah"
Masha Allah, jika kita teliti... Rasulullah SAW mengucapkan hal sebegitu di saat, umat Islam sedang kelaparan malah, mereka akan diserang oleh musuh. Orang-munafik ketika itu beranggapan bahawa baginda Rasul hanya bergurau dan melekehkan kata-kata baginda.
Namun, sebenarnya inilah yang dikatakan OPTIMIS nya Rasulullah SAW.
Di saat keadaan umat Islam masih di level bawah, namun baginda optimis bahawa Islam yang sedang dibangun bersama para sahabat ini akan mampu menguasai dunia.
Dan, optimis Rasulullah ini akhirnya mengobarkan para sahabat untuk merealisasikan kata-kata baginda setelah kewafatan baginda. Sehinggakan Islam sampai ke tahap Ustaziyatul Alam (rujukan seluruh dunia).Kesimpulannya, sebagai muslim sangat penting untuk kita bercita-cita besar dan optimis dengan cita-cita kita. Kerana Allah tidak pernah menciptakan kita sia-sia.
Manfaatkan usia hidup untuk terus memberi manfaat untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Wallahua'lam