Friday 27 March 2020

Menggali Hikmah di Celah Bencana

Assalamualaikum,

lama sangat sudah tidak bersua di laman maya ini.
In Sha Allah akan diusahakan untuk meneruskan perkongsian melalui blogspot ini.
Moga Allah reda,

....

Dunia hari ini kecoh dengan satu wabak Corona Virus Disease (COVID-19). Seriusnya isu ini sehingga menyumbang kepada jumlah kematian yang sangat besar.


To fight the coronavirus, labs are printing its genome - The Verge

Ada yang kata wabak ini datang daripada kelawar yang dimakan oleh manusia.
Ada yang kata wabak ini adalah bentuk peperangan, ala2 Perang Dunia Ketiga.
Ada yang kata wabak ini adalah salah satu agenda Yahudi.
Dan macam-macam lagi.

Kita sebagai muslim pertamanya wajib percaya bahawa wabak ini adalah bentuk ujian daripada Allah SWT kepada manusia. Cumanya, saya bila tengok balik apa yang berlaku hari ini, terus teringat kepada kisah Raja Namrud.

Raja Namrud 
Penguasa zalim | Mengaku dirinya Tuhan | Mencuba bakar Nabi Ibrahim | Cabar Allah dengan memanah ke langit 

Subhanallah, angkuh dan sombongnya Raja Namrud, sehinggakan akhirnya Allah mengirim tenteraNya untuk patahkan kesombongan Namrud.
Allah tidak hantar angin taufan, ombak laut, goncangan bumi dan lain-lain. Dia hanya mengirim tenteraNya yang kecil iaitu seekor nyamuk yang masuk ke telinganya dan mencucuk-cucuk otaknya. Sehingga akhirnya selepas diketuk-ketuk oleh tenteranya lalu, matilah seorang Namrud. 

Begitulah Allah menunjukkan Maha Besar dan Maha KuasaNya.
Seperti hari ini, mungkin kita terlalu dalam tenggelam dengan kesombongan dan kealpaan. Sehingga lupa akan matlamat hidup sebenar kita.
Selepas satu demi satu bencana alam yang dikirimNya tidak mematahkan kesombongan kita. Lalu, hari ini alangkah terkejut seluruh manusia apabila diserang oleh makhluk yang super kecil.
Allahhu, dengan tenteraNya yang kecil itu sahaja, habis kelam kabut dibuatnya seluruh dunia. 

Hakikatnya, tentera Allah berbentuk Corona Virus ini datang membawa pesan kepada kita....

"Wahai manusia, adanya aku atau tiadanya aku, kalian manusia akan tetap bertemu ajal.  Cuma waktunya sahaja mungkin berbeza.Maka, bersiap-siaplah mencari bekal menuju TuhanMu"
MasyaAllah, satu pesan yang hakikatnya meruntuhkan kesombongan kita yang merasakan bahawa dunia ini milik kita. Dan pesan untuk hancurkan sifat wahan, cinta dunia dan takut mati. 

Jom sama-sama kita bangkitkan keimanan dan ketaqwaan terutama di waktu perintah kawalan pergerakan ini. 
Jadikan waktu quarantin ini sebagai waktu qurantime.
Manfaatkan waktu ini untuk kita santuni ibu ayah dan seisi keluarga.
Dan pastikan kita terus berada di rumah.

Semoga rantaian penularan wabak ini berjaya diputuskan
Stay sabr and keep praying.

Akhir kata,
semoga kita sentiasa dalam jagaan dan rahmatNya.

Wallahhua'lam

No comments: