Tuesday, 27 November 2012

Air Mata Seorang Manusia

Assalamualaikum.


Pernah mendengar perkataan ' La Tahzan'. Perkataan Arab itu membawa maksud jangan bersedih.
Namun, percayalah wahai sahabat sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan mengalami musibah dan jangan simpan air matamu dan pendamkan perasaanmu. Luahkanlah segala yang terpendam dengan mengeluarkan air mata. Air mata yang terurai dan membasahi pipi tidak menggambarkan bahawa seseorang lemah dan gagal mengawal emosi. Namun, ini adalah cara terbaik daripada menimbulkan kesusahan pada orang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

7 golongan yang mendapat perlindungan Arasy pada hari yang tiada perlindungan kecuali daripada Allah

 SWT ialah pemimpin yang adil, pemuda yang taat kepada perintah Allah sejak kecil lagi , lelaki yang hatinya 

sentiasa bertaut dengan masjid, orang2 yang kasih  mengasihani kerana Allah semata-mata, lelaki yang diajak 

oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan  cantik yakni melakukan maksiat, lalu dia menolaknya dengan

 berkata,"Aku takut kepada Allah.", orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui

tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya, orang yang bermunajat kepada Allah sambil 

bergelinangan air matanya (kerana takut kepada azab Allah).


( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Lihatlah, bagaimana air mata dilabelkan oleh Rasulullah di dalam hadis. Hanya mengeluarkan air mata ketika bermunajat sahaja sudah boleh mendapat naungan Arasy oleh Allah SWT. Bagaimana sebenarnya, air mata ini terhasil? 


|| Proses Menangis ||


Di atas sudut luar mata kita, tepat di bawah alis, ada  kelenjar lakrimal atau lebih dikenal dengan kelenjar air mata. Ukurannya hanya sebesar buah kenari, tetapi organ yang kecil ini dapat menyemburkan aliran air mata. Kelenjar air mata selalu membuat air  mata.

Air mata ini membasahi mata agar tetap bersih dan jernih. Air mata muncul lewat jalan keluar yang ada di sudut luar mata kita. Setiap kali kita berkedip, kelopak mata akan menyebarkan air mata di mata kita. Kemudian air mata mengalir lewat lubang di sudut dalam mata melewati saluran lain dan menuju ke bidang di belakang hidung kita, dimana air mata itu diserap oleh tubuh.



Tahu tak bahawa air mata ini juga membawa variasi hikmah buat kita .




|| Hikmah Air Mata ||
Membantu penglihatan kerana cecair yang keluar mencegah dehidrasi pada membran mata lalu mengelakkan mata menjadi kabur.
 Mengurangi tekanan kerana air mata yang keluar juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh
 Melegakan perasaan kerana setelah menangis, sistem otak dan jantung menjadi semakin lancar.

Banyak lagi hikmah yang kita peroleh melalui menangis. Sahabat sekalian bolehlah klik DI SINI untuk menerokai lebih lanjut.

Secara komprehensifnya, tiada punca untuk kita menahan air mata untuk mengalir kerana sesungguhnya hikmah yang dibawa oleh air mata itu sangatlah berguna kepada kita. Percayalah, sahabatku setelah kita mengeluarkan segala tekanan di dalam diri, maka akan lahirlah semangat yang baru yang mampu memangkin diri kita untuk meneruskan kehidupan di dunia fana ini.


Lihat gadis cilik dekat atas tu. Bersemangat betul tak. Ingatlah, walaupun kita wanita yang mempunya hati yang halus, namun kita masih kuat. Biarkan air mata itu mengalir sederas-derasnya kerana setelah itu, kita ialah seorang 
Strong Lady

A   Strong Lady  Wears The Look of Confidence on Her Face
   

Diharap entri yang panjang lebar ini mampu membawa sinar baru dalam diri kita, Insyaallah.
Itu saja
Assalamualaikum