Assalamualaikum.
Semangat betul hari ini. Maklumlah, semua kerja rumah dah siap. Hari ini memang betul-betul 'agony'. Kena sental baju dua bakul pakai tangan, lepas tu bilas pula. Nak buat macam mana, langit tak selalu cerah. Kena pula mesin basuh masuk workshop.
Semalam, Mama minta tolong Aishah suruh basuh baju dua bakul. Mahu bulat mata dibuatnya. Lemah sangat semangat semalam sampaikan tak boleh nak tidur. Agak beberapa jam lepas baring atas katil baru terlelap. Apabila bangkit sahaja pagi tadi, Aishah berdoa semoga diberi kekuatan. Alhamdulillah, Allah membantu Aishah bukan dengan memberi kekuatan macam Superman. Tetapi, melalui penghayatan.
Aishah sempat menonton MHI di TV3. Ada tayangan tentang rakyat di Gaza yang sengsara. Ada satu babak yang sangat-sangat tragis sehingga mengalir air mata dibuatnya di mana seorang kanak-kanak yang berlumuran darah di mukanya, masih mampu mengangkat tangan dan tidak pernah menyerah. Lagi, wanita-wanita yang berani mengangkat senjata walaupun mereka tahu bahaya yang menanti. Dan banyak lagi babak yang manyayat hati.
Melalui tayangan itu, terus bersemangat nak sental baju. Satu per satu baju diambil, disental, dibilas. Yang paling tak tahan, apabila kena sental seluar jeans dan jaket kerja ayah. Beratnya nak angkat daripada rendaman.
Mari kita tengok sedikit cara yang diajar oleh Rasulullah sebagai teladan kita bersama.
|| Cara- Cara Menaikkan Semangat Diri Menurut Rasulullah SAW ||
Ketika puteri baginda, Fatimah az-Zahra mengeluh bahawa banyak kerja rumah yang perlu dikerjakannya di rumah lalu, Fatimah meminta seorang pembantu rumah daripada Rasulullah SAW. Tetapi, Rasulullah tidak memberi pembantu malah, mengajar puterinya itu cara untuk mengatasi masalah iaitu dengan :
ISTIGHFAR 3X
SUBHANALLAH 33X
ALHAMDULILLAH 33X
ALLAHU AKBAR 33X
LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAASYARIIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUAH YII WA YUMIITU WAHUA ‘ALLA KULLI SYAI ‘IN QADIIR
Ketahuilah bahawa, tiada masalah yang tiada penawarnya. Sekiranya, kita berusaha dan kuatkan semangat Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Melihat.
Itu sahaja
Assalamualaikum
1 comment:
Insyaallah :D
Post a Comment