Assalamualaikum.
Dalam meniti detik akhir zaman ini, berbagai-bagai jenis cabaran, dugaan dan ujian yang menyerang manusia bertubi-tubi. Dalam situasi ini, apa yang perlu kita persiapkan hanyalah hati. Hati yang berfungsi sebagai penapis sebenarnya mampu membawa diri kita ke landasan yang benar.
|| Hati sebagai penapis. ||
Hal ini dapat dilihat apabila kita bertindak melakukan sesuatu. Cuba kita mainkan sedikit tindakan bodoh yang pernah kita lakukan. Misalnya, kita pernah menengking suara kepada ibu dan ayah. Sebenarnya, pada masa itu, kita tidak bersedia dan tidak mempersiapkan hati kita. Sekiranya, hati kita bersih dan sentiasa dicuci dengan amalan yang baik, maka tindakan bodoh seperti itu tidak akan terjadi.
|| UBATI HATI ||
Baca al-Quran dan cuba untuk fahami maknanya
Mendidik diri mendirikan solat malam. ( sangat bagus )
Berdamping dan bersama-sama dengan orang yang soleh
Banyakkan puasa sunat.
Berzikir terutamanya pada waktu malam.
Seperti yang kita tahu, kita manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun, kita hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan hati kita dan hindarkan kita daripada melakukan perkara yang munkar.
|| DOA MENETAPKAN HATI ||
Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
sekiranya kita merasakan bahawa ada yang tak kena pada hati kita, bersegeralah berdoa dan ingatlah kepada JANJI ALLAH. Insya-Allah, Allah akan berikan petunjuk kepada kita
Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Namun, hakikat perjuangan bukanlah sedemikian.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga,
Andai REBAH,
BANGKITLAH semula,
Andai TERLUKA,
Ingatlah JANJINYA.
Itu sahaja
Taqabbalallah hu minkumTaqabbal ya Karim.
2 comments:
insyaallah...sentiasa berubah kearah yg lebih baik
@nenot
Semoga kita sama-sama dapat berhijrah.
:D
Post a Comment