Thursday, 10 November 2011

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh) 2

Assalamualaikum

Meriam Urban 

Suatu hari, Sultan Muhammad berfikir mengenai senjata yang dapat merobohkan benteng Konstantinopel. Tiba-tiba ada seseorang menyuarakan bahawa terdapat seorang insan yang bernama Urban yang dapat membuat meriam. Kata-kata itu menarik perhatian Sultan Muhammad. Lalu, baginda bertanya di manakah Urban. Mereka pun berkata bahawa Urban sedang dikurung di bawah tanah oleh tentera Konstantinopel.

Sultan Muhammad pun memikirkan cara untuk membawa Urban dan menghasilkan senjata yang hebat itu untuk melawan Konstantinopel. Setelah dilakukan penyiasatan terhadap kota tersebut, mereka akhirnya menggali tanah sehingalah sampai ke bilik bawah tanah yang terletaknya Urban di situ. Urban yang menyedari ada yang sedang menghampiri biliknya itu, lalu pura-pura tidur supaya pengawal tidak mengecam yang bukan-bukan. Hasilnya, Urban selamat dibawa oleh Sultan Muhammad ke Turki. Sultan Muhammad bertanya mengapa engkau dikurung. Lalu, Urban berkata kerana dia tidak mahu membantu Maharaja Konstantine menghasilkan meriam dan mengetahui bahawa maharaja itu seorang yang zalim.

Tetapi, apabila SUltan Muhammad menyuruh Urban menghasilkan meriam untuk digunakan sebagai peruntuh benteng Konstantinopel, Urban bersetuju dan memilih untuk memasuk Islam. Tidak sekadar itu, Sultan Muhammad bertanya lagi mengapa Urban menerima pelawaannya untuk menghasilkan meriam. Lalu Urban berkata, "
pada malam sebelum tuanku datang membawa saya, saya telah bermimpi bahawa akan ada seorang ketua yang baik yang memiliki tentera dan rakyat yang baik yang akan menyelamatkan saya. Dan saya yakin itu pasti tuanku ".
Mendengar kata-kata Urban itu, Sultan Muhammad semakin yakin bahawa Kota Konstantinopel akan jatuh pada zaman pemerintahannya.

Selepas itu, Urban menghasilkan meriam sebanyak yang mungkin. Sultan Muhammad ingin mencuba kehebatan meriam buatan Urban itu. Lalu, baginda mengarahkan rakyatnya supaya tidak berada di sebuah kawasan *lupa. Apabila ditembak, meriam tersebut berjaya dilepaskan berbatu-batu dari situ. Sultan Muhammad sungguh kagum.


Bersambung...Akan datang ialah pencarian makam Syuhada. 

Wednesday, 9 November 2011

Penakluk Konstantinopel (Sultan Muhammad Al-Fateh )

Assalamualaikum.



PENDAHULUAN

Pernah dengar tak cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Ruginya tak baca. Aishah nak cerita sikit tentang apa yang telah Aishah baca melalui buku Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Murad iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad, ingin menjadikan kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hadis tersebut berupa :-
`Konstantinopel hanya akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik'
Namun, hasratnya itu tidak tercapai. Walaupun demikian, Syeikh Samsuddin al-Wali berkata kepada Sultan Murad
'Menurut firasat saya, bukan tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian ini (Sultan Muhammad al-Fateh)
Sultan Muhammad menggantikan posisi ayahandanya semasa umurnya 19 tahun lagi. Oleh sebab itu, maharaja Konstantine, maharaja Konstantinopel berasa bahawa Sultan Muhammad merupakan budak mentah yang senang dikalahkan. Namun, apabila utusan Maharaja menghantar mainan supaya dapat menarik perhatian sultan Muhammad ke Turki, dengan tegasnya, SUltan Muhammad menolaknya.

Apabila SUltan Muhammad memikirkan hadis nabi yang mengatakan ketua yg baik, tentera yg baik dan rakyat yang baik, dia memikirkan cara utk menjadikan dirinya, tenteranya dan rakyatnya baik. Jadi, baginda lantas mengumumkan secara besar-besaran pantang larang agama antaranya tentera tidak boleh mengacau anak gadis, peniaga haruslah jujur, rakyat mestilah beryimbang rasa.

Setelah beberapa hari, baginda ingin melihat perkembangan tentera dan rakyatnya. 
TENTERA...
Pada waktu siang para tentera menjalani latihan untuk meningkatkan kekuatan sbg persediaan menyerang Konstantinopel. Pada waktu malam, meraka beribadah kepada Allah. Dan tatkala mereka bertakbir lungan tersebut boleh kedengaran sehiingga ke kota konstantinpel menyebabkan Maharaja Konstantine gementar mendengarnya.

RAKYAT...
SUltan Muhammad menyamar menjadi rakyat biasa. Apabila dia mengetuk pintu rumah salah seorang rakyat baginda, Sultan Muhamad berkata di mana masjid utk sya menginap. Lalu, saudara tadi lantas mengajak SUltan Muhammad masuk kerana mengetahui bahawa Sultan Muhammad adalah musafir. Dan banyak lagi peristiwa yg berlaku.

Setelah itu, baginda berkeyakinan bahawa rakyat serta tenteranya sudah baik. Lalu, baginda bertanya kepada Syeikh Samsuddin Al-Wali yang sentiasa didampingi oleh baginda mengenai dirinya. Tidak ada kata yang keluar dari mulut Syeikh yg mengatakan tentang keburukan Sultan Muhammad.

BERSAMBUNG/....

akan datang - meriam urban..

Seronok sangat dapat ceritakan tentang cerita ni...Kalau nak faham lagi, beli sahaja buku tu. Best..Serious...

Assalamualaikum


Thursday, 3 November 2011

Menyertai Pertandingan Pidato

Assalamualaikum dan sambutlah salam 1 Malaysia daripada saya, anak Malaysia.

Ewah, sejak menyertai Pertandingan Pidato untuk Karnival Bintang Kecil ini, Aishah semakin pintar menggunakan ayat-ayat yang power dalam ayat. Percaya tak yang Aishah masuk Pertandingan Pidato. Mesti tak caya kan?

Sebenarnya macam gini. Semasa sekolah rendah, kawan Aishah , Nasuha menyertai Pertandingan Pidato sampai peringkat kebangsaan. Menang pula tu, nombor 3. Bila dengar suara dia timbul perasaan nak jadi macam dia. Jadi, apabila masuk Tingkatan 1, perasaan berani tu, tak ada lagi. Cuma berani untuk bersajak saja. Bila masuk Tingkatan 2, galakan daripada kawan-kawan serta keinginan diri telah membawa Aishah untuk menyertai pertandingan pidato. Aishah tak boleh nak nafikan bahawa Aishah ada harapan untuk kalah sebab bekas juara Pidato bintang kecil tahun lepas masih lagi menyertai pertandingan pidato utk tahun ini, Noreffa. Fuuh, suara dia  memang sedap maaa.

Apapaun AIshah akan buat yang terbaik. Sebenarnya, tadi ada pemilihan 3 terbaik. Tapi, sebab cikgu ada meeting terus tak jadi. Lega sangat. Hahaha. However, gentar itu masih ada.

Oh ya, result Aishah dah dapat semua dah. Alhamdulillah, kali ini dapat mantain kan result iaitu 7A 1B.
Yang paling tak sangka English Aishah A. Alhamdulillah. Pendidikan Islam turun sikit. Dulu 96, kali ini 91. Tak apalah, tak ada rezeki. Sejarah pula turun sampai  B iaitu 75. Kalaulah, kementerian tak suruh sekolah naikkan markah A kepada 80, mesti Aishah dapat staright As' kan. Mmmm, tahun depanlah.

Insyaallah. Doakan semoga pert. pidato berjalan dengan lancar. Kalau boleh nak menang, tapi no. 3 jadilah. Kalau no. 1 , nanti kena buat persembahan bintang kecil. Ketar, atas  stage.

Itu sahaja . Assalamualaikum 

Sunday, 30 October 2011

Adik, Besar Nanti Jadi Al-Hafiz, Ya

Assalamualaikum

Detik-detik terakhir ini, Aishah nak buat entri tentang Muhammad Nazrin, my boyfriend ( mana ada, adik Aishah la ). 

Kelahiran Muhammad Nazrin dalam dunia ini telah menemabahkan lagi keceriaan keluarga Aishah. Ayah dan mama Aishah telah berazam ingin menjadikan Nazrin seorang Al-Hafiz apabila besar kelak. Aishah sangat menyokong kehendak mama dan ayah tu.

Aishah pernah dengar orang kata, 
Seorang Al-Hafiz ini boleh membawa sepuluh orang bersamanya masuk ke dalam syurga
Aishah berharap, adik dapat membawa Kak Cah ke syurga. Ya adik.
Semasa solat Maghrib tadi, Aishah sempat mengambil gambar adik Aishah tengah sembahyang. Hahaha. Bukan sembahyang betul pun. Budak-budak bukannya tahu apa lagi. Memang comel la Nazrin berkopiah.










Assalamualaikum

Saturday, 22 October 2011

Hadiah Untuk Huda ( Contest Blog Paling Kemas )

Assalamualaikum...

Keputusan untuk GA baru saja di update kan. Sampai sekarang Aishah tunggu pemenang di FB.
Sambil tengah tunggu tu terlupa pulak contest yang Aishah huat dulu-dulu, pemenang tempat ketiga iaitu HUDA belum lagi dapat hadiah...

Tak adil. Jadi, ini dia hadiah yang sangat simple tapi harap bermakna.



NI pulak khas untuk birthday Huda ( 19.10 2011 ) baru-baru ini...Happy birthday, friends...
May God Bless You.


Itu sahaja...

P/S - Kesemua pemenang GA Aishah , hanya 30% saja yg contact aishah..I'll wait 4 u until November.

Assalamualaikum


Friday, 21 October 2011

Keputusan Bagi Simple GA HOB

Assalamualaikum..

Kalau dahulu masa sering mengejar manusia, sekarang manusia mengejar masa. Itu menunjukkan betapa sibuknya manusia hari ini menguruskan kehidupan duniawi mereka. Ok lah straight to the point, 


2X CURSOR UNTUK 2 PEMENANG BERTUAH

  1. Nombor 13
  2. Nombor 93
5X DOODLES UNTUK 2 PEMENANG BERTUAH

  1. Number 9
  2. Number 100
  3. Number 115
  4. Number 110
  5. Nombor 26
1 Watermark

  1. Nombor 55
4X Tulisan Clipping Mask

  1. Nombor 106
  2. Nombor 59
  3. Nombor 50
  4. Nombor 92
3X Top Up RM10.00 ( By Afifah Alias  )

  1.  Nombor 70
  2. Nombor 109
  3. Nombor 67
4X Top Up RM5.00 ( By Afifah Alias )

  1. Nombor 120
  2. Nombor 25
  3. Nombor 16
  4. Nombor 103
  5. Nombor 115 ( Utk peserta nombor ini anda akan menangi satu doodle )
 1 biji Red Niemonster (Felt craft doll saiz 12cm X 12 cm) (By Ninie )

  1.  Nombor 71
1 biji Gendix Doodle Doll  (10cm X 10cm) ( By Ninie )

  1. Nombor 136
 1 special doodle utk pemenang ( By Ninie )

  1. Nombor 79
 5 doodles from Niedoodle series ada nama setiap pemenang. ( By Ninie )

  1. Nombor 111
  2. Nombor 77
  3. Nombor 39
  4. Nombor 49
  5. Nombor 64

Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi menyertai Giveaway Simple ni. Penyertaan amat menggalakkan. Sasaran Aishah hanya 50 orang saha tetapi, penyertaan kali ini sangat mengejutkan sehingga mencapai 100 dan ke atas. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.
Kepada yang sudi menaja Giveaway Aishah kali ini, jasa anda akan sentiasa dikenang. Aishah ingat nak buat sesuatu untuk kedua-dua blogger tu. Tengok lah ya, Eyfa, Ninie.

Yang menang, tu contact lah dengan yang sponsor tu ok....
Yang menang hadiah Aishah, Contact dengan Aishah dekat 

Oleh sebab hadiah berbentuk image sahaja, jadi hadiah akan diupdate dekat blog HOB. FB cuma contact tentang ciri-ciri atau kehendak pemenang sahaja.

ATTENTION !!!!!!
Sekiranya, ada antara pemenang hadiah Aishah tak contact dengan Aishah sehingga 31 / 11 / 11, Aishah akan tukar pemenang.

Itu sahaja, Assalamualaikum

Free Doodles 2

Assalamualaikum....

Letihnya hari ini sebab baru balik dari Kem Jati Diri Mukmin. Kem ni sebenarnya ialah kem yg paling tak best yang pernah Aishah hadiri. Tetapi kem ini adalah satu-satunya kem yang telah memberi semangat berani dan yakin pada diri.
Semangat itu hadir apabila Aishah disuruh untuk menyembelih burung puyoh, Ketar tangan pegang pisau, bila tengok burung tu pejam mata lagi tak sanggup. Sebebnarnya, kem ni untuk amali penyembelihan Form 4. Tapi, kami dijemput sekali. Daatlah peluang menyembelih. 

Sebelum ke kem ada sedikit doodles yang telah direka.
Jadi, ni untuk pembaca , kalau disimpan pun nak buat apa, lebih baik sebarkan.







Tak cantik mana pun. Yang last ni yang paling cacat. Simple saja.

Itu sahaja 
Assalamualaikum