Wednesday, 13 November 2013

Apa yang Kau Kejarkan ?

Assalamualaikum.


Betul tu!!!

Life is a journey from Allah to Allah :D

Sebenarnya, kalau kita lihat kehidupan dari sudut akhirat, kita akan sedar betapa singkatnya dunia sekarang jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal.

Semasa kita di alam roh, sedar atau tidak sedar sebenarnya kita sudah mengikat perjanjian dengan Allah...
::::::
:::
.
Allah bertanya kepada roh
" Adakah kamu akan mengakui bahawa aku ini adalah Tuhanmu "

Surah al-Araf : 172
Benar. Bahkan kami menyaksikannya

 Lalu, kita pun diturunkan ke alam rahim. Alam di mana kita dalam perjalanan menuju ke alam dunia. Kita diturunkan ke dunia bukannya untuk berseronok, bershopping dan berfoya-foya dengan nikmat dunia.


Kita diturunkan dengan 2 sebab.

1.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat.
" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi "

2.
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. 


Perjalanan kehidupan ini hanyalah untuk beribadah dan menjadi seorang khalifah. Selain itu, kita juga memenuhi fitrah kita sebagai manusia. 
Bagaimana kita nak memenuhi amanah kita sebagai khalifah dan hamba Allah (ibadah kepadaNya) ??? 

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat sekiranya berpegang teguh kepada duanya iaitu, kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.
Itulah sebabnya, turunnya Al-Quran dan Sunnah. Tidak lain tidak bukan, sebagai panduan kepada kita. Tapi, kita hari ini hanya sibuk mengadakan pertandingan tilawah al-Quran, sibuk berlumba-lumba mengkhatamkan al-QUran. Tapi!!!


Adakah kita sudah memahami isi kandung Kitab Suci itu. 
Adakah kita sudah cukup faham apa yang sebenarnya Allah nak sampaikan kepada kita dan apa yang sebenarnya Rasulullah ajar kepada kita ??? 

Sebenarnya kalau kita betul-betul faham apa sebenarnya tujuan hidup ini, pasti tak sempat dah nak fikirkan fesyen terkini, gosip artis, dan segala berkaitan duniawi. Cukuplah sekadar apa yang kita pakai menutup aurat, apa yang kita lakukan semuanya halal dan tidak langgar syarak.

Rakan-rakan, janganlah kalian khuatir sekiranya hari ini nikmat yang Allah beri kepada kalian itu kurang dan hidup ini terasa begitu seksa. Jangan pernah salahkan takdir Allah. Cuba terima ketentuan. Kenapa???

Dikisahkan,
Seseorang yang hidupnya teramat seksa, dan tidak merasa nikmat dunia... Allah ambilnya lalu dimasukkan seketika ke dalam syurga. Lalu dikeluarkan, Allah bertanya... 
" Pernahkah engkau merasai seksa di dunia "
Lalu si fulan ini pun menjawab...
" Tidak, aku tidak pernah merasai derita di dunia"


Nampak tak??
Lihatlah, bagaimana derita yang dilalui di dunia lupa dan hilang dari ingatannya setelah dimasukkan ke dalam syurga walau seketika.
Rakan-rakan, kalau rasa dunia ni sangat derita..Ingatlah, syurga di atas tu teramatlah nikmat. Biar derita di dunia, biar pahit, teruskan jalankan amanah sebagai Hamba Allah dan Khalifah di muka bumi. Selagi kita berada dalam jalan yang benar, Allah akan sentiasa pelihara kita. Insya-Allah :D

Mujahadah itu PAHIT kerana Syurga itu MANIS.

Jaga hati, Jaga Iman.. INSYAALLAH :D
Assalamualaikum 

Tuesday, 12 November 2013

Teguh Mujahadah...Sabarlah

Assalamualaikum.

Suka untuk Aishah kongsikan ilmu yg Aishah peroleh semasa Usrah Badar bersama Teacher Munal. Ilmu ini sangat berharga buat Aishah kerana Aishah berjaya menjumpai kunci kekuatan.

teacher munal in memory ♥ with BADAR

Apa khabar imanmu hari ini? Diharap makin hari makin mantap. Insyaallah. Hari demi hari berlalu, bermacam amanah dan tanggungjawab yang harus kita pikul. Betul, hari ini kita mampu kita mampu katakan

" Aku boleh !!! "

Tapi, akan datang satu hari, satu detik dan satu saat di mana kita merasakan bahawa diri kita sangat rendah, kita merasakan kelemahan yang teramat dalam diri sehingga membantutkan kerja kita. Betul tak? Itu merupakan salah satu tanda seseorang itu hampir kepada putus asa.
Tidak!!!. Kita sudah meredah onak dan duri sejauh ini, tidak mungkin kita berpatah balik. Rakan-rakanku,
Di saat kita rasa jatuh dan lemah, cuba kita fikir kembali, besar sangatkah derita dan cabaran yang kita sedang hadapi. Adakah besarnya cabarannya lebih daripada cabaran yang Rasulullah hadapi.

Rasulullah diperintahkan suapaya menyeru kafir Quraisy memeluk Islam, tinggalkan maksiat, tinggalkan segala kemungkaran. Bayangkan ketika itu, mereka semua jahiliyyah (bodoh). Tidak mungkin mereka mempercayai kata-kata Rasulullah dengan mudah. Amanah dan cabaran ini Rasulullah galas .Baginda tabah dan sabar mengajak manusia ke jalan yang benar. Sehinggakan, Rasulullah diancam bunuh.

Rakan-rakan, Rasulullah diancam bunuh. Bunuh bukan soal kecil, tetapi soal hidup dan mati. Tidakkah cabaran yang baginda hadapi sangat besar. Subhanallah. Sehingga suatu masa, Rasulullah merasakan kelemahan dan baka kata orang sekarang " down".
Surah al-Muzammil- ayat 1.

Wahai orang yang berselimut
Ayat ini turun untuk memujuk hati Rasulullah. 

Bangunlah sembahyang pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), _ayat 2

Lihatlah. Sembahyang pada waktu malam merupakan kunci kepada kekuatan dan ketenangan. Cuba kita fikirkan, kalau kita bersedih dan rasa frust, siapa yang pertama kita mengadu masalah kita? Siapa ?
Pasti kita lebih gemar menceritakan kepada rakan-rakan yang sebenarnya belum pasti cerita kita selamat di tangannya.


Tapi, Allah. Allah adalah sebaik-sebaik tempat untuk kita mengadu. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya yang ada untukNya. Allah juga sentiasa ada untuk hambaNya yang tidak bersama denganNya. Allah maha Mendengar. Dia Maha Berkuasa, Dia mampu mengubah segalanya. 
Merintihlah kepada Allah.

Dalam surah al-Muzammil
Sesungguhnnya engkau pada siang hari mempunyai pekerjaan yang banyak

 Nampak tak? Nampak tak betapa Allah itu memahami kita sebagai insan. Insan yang sangat sibuk pada siang hari. Banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Amanah sebagai khalifah Allah, anak, pelajar dll. 
Sebab itu, diciptakan malam...khusus buat kita berehat. Bukankah itu fitrah. Tetapi, sungguh beruntung bagi kelompok manusia yang waktu malam itu digunakannya untuk bangun solat malam, mengadu kepadaNya. Allah pandang kelompok manusia ini. Allah pelihara. Insya-Allah :D

Malam ini boleh dikira sebagai waktu special untuk kita bercinta dengan Allah. Sepi dan sunyi. Sedangkan percintaan antara insan juga memerlukan kesepian dan kesunyian apatahlagi bercinta dengan sang Pencipta.

Cuba kita bayangkan di saat kita dihina, dicerca dan dijatuhkan semangat. Datang seseorang yang mengatakan...

Bertenanglah. Biar aku yang uruskan mereka

Pasti kita rasa seperti hilang satu beban dari diri kita. Sama juga dengan Allah. Allah telah berfirman :

Dan biarkanlah Aku sahaja memabalas orang-orang yang mendustakan, iaitu orang-orang yang dalam kemewahan dan berilah mereka penangguhan sebentar

 Nampak tak bagaimana Allah memujuk jiwa Rasulullah untuk kembali bersemangat. Subhanallah. Perkara yang sama Allah sampaikan kepada kita yang sedang menjalankan amanah. Jangan risau sekiranya ada yang tidak mahu mengikut arahan.

Bersabarlah. Ingat, jangan kita membalas mengikut nafsu amarah. Bahana menanti. Sebaliknya, pastikan kesabaran selalu menang. Sabar itu sangat indah kerana syurga yang manis menanti. Allah kata berilah mereka penangguhan sebentar.
Biarkan mereka yang lalai itu penangguhan iaitu kesenangan. Sedangkan kesenangan yang mereka rasakan itu cuma seketika jika nak dibandingkan dengan nikmat syurga yang menanti kelak.

Kalau kita nak ikutkan betapa banyaknya ujian dan dugaan yang telah kita hadapi. Tapi, kita akhirnya berjaya untuk sampai pada hari ini. Nampak tak.
Ingat lagi, di saat anda jatuh, lepas tu kita kata 
" Ya Allah, Tolonglah aku..."
Tapi, hari ini mungkin kata-kata rintihan itupun kita dah lupa. Sebab apa, Allah sudah keluarkan kita daripada dugaan itu dan kita sendiri berjaya melepasi ujian itu dengan bantuan Allah. Allah itu maha Berkuasa dan Dia mampu untuk berbuat apa-apa.

Kita hanya perlu serahkan segala urusan kepadaNya dan percaya denganNya. 
Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil
 Cukuplah bagiku Allah.. Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan :D

Jangan pernah kita berputus asa daripada landasan perjuangan ini. Jalan yang sedang kita lalui ini adalah jalan yang mulia, jalan menuntut ilmu, jalan yang sangat dituntut dalam Islam. 

Sangat rugi sekiranya kita berpatah balik atau erti kata lain putus asa. Sayang...

Kuatkan jiwa dan hati kita dengan solat malam. Insya-Allah, kita akan diberikan kekuatan daripadaNya untuk terus melalui jalan-jalan yang penuh dengan beban(amanah) dengan baik.

Sama-sama kita fikirkan.. Bangun malam memang sukar. Tetapi, berusaha dan terus berusaha ke arah itu pasti kita mampu untuk lakukannya. 
Istiqamah itu adalah lebih baik :D

Assalamualaikum

Saturday, 9 November 2013

UNGA Festival 2013

Assalamualaikum


Salam Maal Hijrah, pembaca. Buku catatan kita yang lepas sudah pun ditutup dan diserahkan kepada Allah. Sekarang, masanya memulakan buku yang baru. Ayuh kita penuhkan buku catatan yang baru ini dengan amal yang baik. Insyaallah.

Oh ya, suka untuk Aishah kongsikan pengalaman melalui detik UNGA Festival di MRSM Parit. UNGA ialah satu program yang wajib diadakan di setiap MRSM di setiap tahun. Jadi, setiap tahun akan ada satu batch bertuah yang harus melalui EVENT ini. 

Tahun 2013 menjadi tahun bertuah bagi batch FORM 4 2013 MRSM PARIT sebab menjadi batch pertama di MRSM PARIT yang terpilih melalui event yang sungguh besar ini. Jadi, setiap kelas akan dicabut untuk menentukan negara bagi setiap kelas. Kelas 405, mybelovedclassever mendapat South Africa. Masha-Allah, unik sungguh negara itu.


UNGA terbahagi kepada dua sesi iaitu 
+ Exhibition +
+ Cultural Performances +


2 Minggu PERSIAPAN S.A



Praktis waka-waka

UNGA FESTIVAL : EXHIBITION





Sudut makanan

Puak Zulu



Serangan Puak Zulu

UNGA FESTIVAL : CULTURAL PERFORMANCES 




Bagi cultural performances, kelas kami decide buat persembahan drama Black & White. Preparation untuk drama ini penuh dengan konflik sehinggalah akhirnya, Aishah dilantik sebagai Narrator, barisan pelakonnya juga begitu hebat.
Practice untuk drama ini adalah semasa hari terakhir sebelum UNGA FEST semasa waktu petang dan 1.00 pagi di surau. Memang bersemangat betul kelas kita orang prepare untuk drama ini. Sebab kita orang tak percaya dengan exhibition kita orang di kelas. SA bukannya banyak sangat benda nak dibuat. 



Usaha kita orang membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai NAIB JOHAN. Cayalah SA berjaya kalahkan France, UK, Thai dll. Tapi, Japan memang the best lah. Dengan seni bela diri, sound effect dan aksi yg sangat menarik.

Tak dinafikan event ini telah berjaya mengeratkan ukhuwah antara ahli 405. Sebenarnya, Aishah tak kisah langsung dengan hadiah UNGA tersebut. Yang penting kerjasama yang kita lakukan, dan ukhuwah yang terjalin ini dapat menyatukan kelas kami. 

Thanks 405 for a very great UNGA moments :D

najwa...ain...eza...anis...mirah...misyu...azeera...faiz...indra...adib...shaqif...atif...haziq...ilmi...amar...syahrul.....imran...amir...wan...hakim...odah...elly...che...aishah...sara...miera...sab...diba 

Sekian.
Assalamualaikum :)


Saturday, 14 September 2013

Sahabatku, Usahlah Bersedih

Assalamualaikum


Sahabatku...
Ketahuilah bahawa hari akan terus berjalan, jam akan terus beredar...Setiap detik dan saat akan meninggalkan kita. Ketahuilah, bahawa di setiap ujian dan musibah itu ada tersembunyi rahmat dan kemuliaan yang besar daripada Dia, Pencipta kita.

 Setelah badai melanda, hujan pula membasahi bumi, setelah mendaki gunung yang tinggi akan ada penurunan curam yang jurang. Semuanya akan berjalan mengikut Qada’ Allah. :)
Ingatlah, Allah pernah berkata dalam Quran 
" Telah pasti datangnya ketentuan Allah , maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya..." an-Nahl:1

Sikap yang terbaik adalah dengan...Kembali padaNya dan menangislah dengaNya.. Ingatlah hanya kepadanya tempat untuk kita merintih :D
Al-Qarni pernah berpesan ...
Seberapa banyak sekalipun kalian ditimpa kesusahan, Dia kemudian yang memudahkannya dan seberapa banyak sekalipun kalian berdoa, Dialah yang memakbulkan...Sweetnya Allah :P

Sahabatku...
Janganlah bersedih. kerana kesedihan itu hanya akan membuatkan airmata yang segar terasa pahit,
sekuntum bunga yang indah di nampak sepeti buah labu
taman yang rimbun tampak seperti gurun pasir yang tandus 
dan 
kehidupan di dunia menjadi penjara yang gelap
Yang indah jadi tawar
yang manis jadi gelap

La Tahzan 
Innallah ha ma'ana
Janganlah bersedih
Allah bersama denganmu

Ya, luka di hati sukar diubati. Sungguh sukar. Meskipun dirawat pasti terkesan parut padanya. Namun, percayalah ujian yang Allah berikan pada hambaNya itu bukanlah sebagai suatu beban pada kita. Tapi, sentiasa ingat bahawa di sebalik setiap ujian terdapat hikmah yang Allah simpan dan janjikan kepada kita.
Kerana Allah sentiasa bersama dengan kita


Allah tak akan menimpakan ujian yang membatasi kemampuan kita. Dia yang menciptakan kita, dia tahu kemampuan hambaNya yang lemah ini. 

Tidak Allah timpakan ujian kepada hambaNya melainkan, mengikut kemampuan hambaNya.

Bergembiralah kerana Allah masih melihat kita. Allah masih bersama dengan kita.. Allah masih menyayangi kita :D
Kerana itulah, Dia turunkan sedikit ibrah ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada Nya. Sejauh mana tahap kehambaan kita kepada Dia.

Sahabatku..Sudahlah
Kembalilah semula ke dunia asalmu. Kembalikan senyumanmu. Kembalikan kegiranganmu.. 

Setiap insan di sekelilingmu terasa kehilangan dan sangat mengharapkan kehadiran suaramu...

Kembalilah kepada Allah.. Bangunlah di satu per tiga malam...Sujudlah padanya.. Tahajjudlah padanya... rintihlah padaNya.. Mengadulah padaNya..
Hanya Dia sandaran kita...Hanya Dia sumber kekuatan kita..  TIADA YANG LAIN..

Ingat tugas utama kita diturunkan ke muka bumi ini...
" Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu " az-Zariyat:56

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMuMeski jatuh dan terbangun...Ku tetap bertahan...

Semoga bingkisan ini mampu muhasabahkan diri kita sama-sama sebagai hamba Allah. Sahabatku,
Mungkin bagi kita...MUSTAHIL,
Bagi Allah, apalah sangat...
Berodalah padanya :D

Itu sahaja lembaran hari ini..
Selamat berjihad rakan-rakanku.. Semoga berjaya :D
Insya-Allah
Assalamualaikum

Friday, 16 August 2013

Menjadi Qudwatun Hasanah ...

Assalamualaikum.

Kalau dulu, Aishah selalu dengar kalimah " qudwatun hasanah " setiap kali dengar ceramah, tazkirah ataupun ucapan daripada cikgu-cikgu. Tapi, tak pernah tahu pun apa definisi di sebalik kalimah yang cukup bererti itu. Sekarang, bila dah besar, mula menjadi matang, Aishah pun mulai tahu sedikit demi sedikit ditambah pula dengan hasil carian di Internet... Insya-Allah banyak membantu.

Qudwah Hasanah = Role Model

Setiap kali kita mendengar kalimah ini.. Pasti kita terbayang, seorang insan yang pada pandangan Aishah merupakan seorang yang cukup sempurna dan hebat dari segi jasmani dan rohaninya. Siapa lagi kalau bukan baginda Rasulullah SAW. Aishah teringat. ceramah Ustaz Don di rancangan 60 Minit bersama Ustaz Don: Rasulullah Penyuluh Alam Bhgn 2.

Allah bertanya kepada setiap nabi.. Siapakah kamu?
Lantas bermula dengan Nabi Adam menjawab " Akulah manusia pertama yang diciptakan Allah"
Nabi Musa " Aku adalah satu-satunya yang dapat berkomunikasi dengan Allah"
Setiap nabi menjawab kehebatan diri mereka masing-masing. Apabila tiba giliran Rasulullah SAW..Baginda menjawab
" Ana miskin wa ana yatim" 
Aku miskin dan aku anak yatim

Subhanallah, itulah nabi kita. Baginda mengajar kita supaya kita sentiasa merendah diri. Ya Allah, aku ingin menjadi qudwah hasanah..
Aku ingin menjadi qudwah hasanah kepada adik-adikku
....kepada rakan-rakanku

Namun.. kekadang hadir persoalan 
mampukah aku menjadi wanita solehah 
yang hidupnya ceria diwarnai keindahan taqwa
serta matinya dalam kemantapan iman

Sungguh, aku tidak sehebat Saidatina Khadijah
Kecerdikanku tidak setara Saidatina Aisyah
Kekuatanku tidak seperti Saidatina Fatimah
Ketabahanku tidak persis Siti Hajar
Diriku tidak selayaknya diumpamakan bagai Maryam dan Asiah.
Sungguh tidak layak

Tapi, aku punya azam..
aku punya impian...
aku punya keiinginan...
menjadi sehebat mereka biarpun sedikit daripadanya

Takbir
Allahuakbar!!!

Sekiranya ingin berubah, peribadi seorang muslim perlu dibentuk.. AQIDAH MESTI MANTOPP




Biarlah tak dapat menjadi qudwah hasanah tapi, jangan pernah buang qudwah hasanah kita dari diri kita yakni Rasulullah SAW. Sentiasa jadikan baginda sebagai contoh dan tauladan.

Ayuhlah..bersama kita koreksi diri kita... Kalau kita cakap diri kita ni dah cukup bagus itu bermakna kita berada pada tahap yang sangat bahaya sebab apabila kita ingat diri kita sudah cukup bagus, mulalah jadi malas nak beribadah. Maklumlah dah cukup bagus.

Tak payah tengok salah orang lain, muhasabah diri kita balik. Banyak mana salah kita dengan orang lain.. Bersama kita saling menasihati. Manusia itu sifatnya nasiya.. lupa. Sebab itu, kita tercipta untuk saling memperingati.

Itu sahaja. Gunakan masa cuti yang berbaki lagi berapa hari saja lagi dengan perkara yang baik. Tak siap homework lagi??? Teruskan usaha untuk siapkan dan berdoa semoga dipermudahkan agar sempat disiapkan. Insya-Allah

Assalamualaikum :D

Monday, 12 August 2013

Ahli Surau

Assalamualaikum



Sambungan selepas pemilihan BWP MRSM Parit 2013/2014, Aishah akhirnya mendapat ketenangan. Memang seronok sebab dapat pengalaman ditemuduga, bermanifesto, menjadi calon pilihanraya, gambar terpampang dalam kertas undi. Semua itu kini tinggal kenangan yang Aishah takkan lupa. 

Sekarang Aishah sudah ada jawatan yang tersendiri yang Aishah sendiri ikhlas menerima jawatan tersebut. Itulah , Badan Dakwah Rohani ( BADAR ). Alhamdulillah, setelah melalui proses temuduga dengan Ustazah Syakiroh, Ustazah Zahirah dan Ustazah Aishah, Aishah bersama beberapa orang lagi terpilih menjadi ahli BADAR tahun 2013/2014.

Aishah ingat petikan kata-kata Prof Dr MAZA semasa Nadwah

" Sekiranya kamu tidak berkehendak atas jawatan itu, Allah akan bersama dengan kamu dalam menjalankan tanggungjawab... NAMUN, sekiranya kamu yang meminta-minta jawatan itu, Allah akan serahkan segalanya di bahu kamu tanpa membantu kamu "



Baru 3 minggu menerima jawatan sebagai ahli BADAR, banyak perkara yang sudah Aishah lalui..Antaranya:

1. Sesi Perkenalan ahli BADAR. Semua ahli Badar berdiri di hadapan dan memperkenalkan diri setelah solat Isya'. Apabila sudah terbiasa berhadapan di khalayak, Aishah rasa biasa pula pegang microphone. Tapi, kadang-kadang terketor juga. Hehe :D

2. Ambil gambar ahli BADAR. Untuk ambil gambar ini, ahli BADAR perempuan perlu memakai baju jubah hitam dan tudung hitam. Aishah start gabra sebab tak ada baju jubah hitam.. Jenuh cari, akhirnya dapat pun pinjam daripada adik angkat Aishah, Izzah ( Form 1). Alhamdulillah , muat dan longgar.

3. Video penghargaan untuk Abang Brohim (ibrahim), Bekas Presiden BADAR yang sungguh berkaliber. Jadi, ahli Badar baru bagilah kata-kata buat Abang Brohim ni. Muka Aishah waktu tu, bengkak sebab kena sengat semut cali dekat asrama. Aishah merayu sangat tak nak masuk dalam video tu, tapi diorang still suruh masuk. Aishah cari idea. Akhirnya, Aishah membelakangkan kamera semasa proses rakaman. Memang tak nampak muka lah. 

Bercakap tentang bengkak. Bukannya bengkak, tetapi macam kena asid . Aishah pun risau dengan muka Aishah sendiri. Rasa macam tak nak keluar bilik seminggu. Tapi, Aishah fikirkan balik, 

Mungkin ada sebab Allah bagi ujian ni. Ada hikmahnya. 
Alhamdulillah, dah tak pedih sekarang, cuma tinggal parut. Sekali tengok macam budak askar pun ada, macam gangster pun ada. Apa-apa je lah...Asalkan tak pedih bila ambil Wudhu'.

Banyak betul perkara yang terjadi sepanjang bulan Ramadhan. 

-------------------
berbuka di maktab
-------------------

Outing.. Membeli juadah berbuka... Orang lain balik sempena Nuzul Quran :)

berbuka dengan homeroom :D HOMEROOM USA 

Itu sahaja. Bingkisan dari maktab.. 
Minal Aidil Wal Faizin :D

Assalamualaikum..

Monday, 5 August 2013

Undilah Saya

Assalamualaikum.


Kali ini, nak cerita bagaimana Aishah boleh terperangkap dalam Calon Badan Wakil Pelajar Maktab. Semuanya bermula apabila Aishah mengambil borang kelayakan BWP. Sebaik sahaja pulang daripada Program Nadwah Islamiah, pelajar yang mengisi borang BWP diminta untuk melalui proses temuduga bersama ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ya Allah, bolehkah aku memegang amanah yang sungguh besar ini. BWP bukannya amanah yang remeh,"

Aishah tetap melalui proses temuduga bersama ahli SPR. Mula-mula, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, kemudian baca Doa Qunut, Rukun Iman dan jawab soalan-soalan yang diajukan. Seriously, soalan yang ditanya macam nak bunuh orang. Aishah sampai terkedu nak jawab. Tapi, jawab sahaja dengan wajah yang selamba.

Keesokkannya, datang dua orang pelajar ke kelas lalu dipanggilnya 4 nama termasuklan nama Aishah. Apa pula kali ini?

" Petang ini, pukul 3, terus pergi Staff Room ada sesi temuduga bersama Guru dan Warden "

Ini memang menaikkan darah gemuruh Aishah. Rasa putus asa memang dah membara sangat. Waktu Aishah balik bilik, angah orang yang paling excited nak tahu. Aishah luahkan rasa Aishah nak tarik diri. Tapi, angah memberikan kata-kata semangat sambil memegang tangan Aishah dan menatap mata Aishah setajam-tajamnya. Adalah sedikit semangat.

Kali ini, Aishah mendapat Cikgu Azizan, guru sejarah merangkap guru penasihat Lembaga Disiplin Pelajar. Seperti biasa, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, jawab soalan. Aishah rasa temuduga dengan guru lebih mudah berbanding dengan SPR. 

Aishah sedar, esok akan dikeluarkan shortlist yang layak bertanding untuk pilihanraya. Aishah ingat lagi macam mana, Aishah menangis satu malam sebab takut.

" Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa aku boleh memikul amanah ini, Engkau permudahkanlah urusanku namun, sekiranya, ini bukanlah perkara yang baik buat hambaMu ini, Engkau jauhkanlah aku darinya,"

Setiap kali solat, Aishah sentiasa berdoa. Minggu itu, merupakan minggu yang paling menakutkan bagi Aishah.
Esoknya itu, kawan Aishah ada ajak Aishah tengok short list dekat papan kenyataan. Aishah tak nak. Aishah takut tahap gaban. Waktu rehat saja, angah terus datang kelas Aishah dengan tersenyum.

" Ecah, kita ada berita gembira buat kamu"

Aku dengar saja apa yang angah ceritakan, mengalir air mata. Aku tidak tahu, hati ini rasa sangat gementar. Aishah dapat rasa yang Aishah tak bersedia untuk memegang amanah ini dan Badan Wakil Pelajar bukanlah jawatan yang sesuai untuk Aishah. 

Malam itu juga, akan dilaksanakan Manifesto. Alhamdulillah, nama Aishah akan dipanggil pada petang esok. 


*Hari Manifesto*

Sebaik selesai manifesto, maka bermulalah sesi berkempen. Apa yang Aishah buat untuk berkempen? Heh, Aishah tak buat apa pun. Aishah berharap agar kalah saja. Pelik kan. Orang lain masuk bertanding nak menang, Aishah masuk bertanding untuk kalah. 

Pihak SPR terus keluarkan poster untuk ditampal. Aishah cuma tampal poster itu dekat satu tempat saja. Itupun, entah orang perasan atau tidak. Tak bersemangat langsung nak menampal poster. 

* Tasya adalah orang yang tegar menampal poster Aishah. Sampai sekarang tak cabut *

Esok ialah hari Pilihan Raya Maktab. Ingatkan calon BWP tak payah mengundi, rupanya calon pun turut mengundi. Undi Tetap Undi. Haha.

Akhir sekali, keluarlah keputusan Badan Wakil Pelajar 2013/ 2014. 
Aishah tak tahu nak cakap sama ada ini berita gembira atau tidak? Aishah tak tersenarai dalam 14 BWP. 

Yang pasti, Aishah tak perlu nak takut hari-hari lagi. 
Ini mungkin jalan terbaik yang Allah tentukan. Aishah yakin sangat-sangat yang Allah lebih tahu apa yang baik untuk Aishah. Aishah terima dengan senang hati. 
Oh ya, Faiz, Presiden homeroom Aishah dan classmate Aishah yang sama-sama bertanding dengan Aishah berjaya menjadi BWP 2013/2014 dan memegang jawatan Biro Kerohanian merangkap Presiden BADAR. 
Galas tanggungjawab ini dengan amanah, Faiz. Jangan buat main-main. Haha. Tegas sikit!!

Apa yang terjadi selepas ini? Haha, Aishah tak berhenti sampai BWP. Ada lagi selepas itu. 
Berhenti dulu.
Semoga kita mampu menguatkan iman kita untuk 10 Ramadhan terakhir ini dan bersama tingkatkan ketaqwaan kepadaNya. Ameen.

Assalamualaikum