Saturday, 24 January 2015

Bahagialah Orang Asing

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda : 
Pada awal munculnya Islam merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing.
HR Muslim
Masya-Allah. Dalam sebenarnya maksud yang tersirat di sebalik hadis tersebut. Sangat halus maknanya.
Asing???
Apa maksud 'asing' dalam hadis tersebut?

Dalam riwayat yang lain, baginda SAW bersabda lagi:
"Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku
(HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)


Akan ada zaman ketika melaksanakan tuntunan menjadi tontonan.
 Akan ada masa tatkala menunaikan keta’atan kepada Allah ‘Azza wa Jalla dianggap sebagai keanehan. 
Akan ada saat manakala bersungguh-sungguh dalam memenuhi kewajiban agama dipandang sebagai perilaku berlebihan dan bahkan melampaui batas. 
Akan datang suatu masa saat berpegang teguh kepada Islam ini dianggap ketidakwarasan. 
Mereka asing di mata manusia, dan manusia pun mengasingkannya. Tetapi mereka adalah sebaik-baik manusia….
Keadaan begini terjadi apabila manusia mulai tidak saling menasihati. Masing-masing sibuk mengejar dunia sehingga lupa tugas dakwah kita. Semua umat Islam memikul amanah untuk berdakwah. Tidak semestinya berdakwah kepada orang yang masih belum memeluk Islam. Yang paling penting, berdakwah sesama kita, saudara seislam. 

Allah menjadikan iman kita sekejap naik, sekejap turun. Sebab tu, kita kena sentiasa jaga iman kita. Kalau rasa macam iman down sikit, cepat-cepat naikkan dengan cara zikrullah. In Sya Allah. 
Sebenarnya, insan ni kalau hidup ikut betul-betul sunnah baginda, memang chantek sangat perjalanan hidup kita. Sebab Sunnah Rasulullah adalah fitrah yang sangat indah...

YANG PALING PENTING...JAGA MUTABAAH..
- Tilawah Al-Quran : Jangan miss walau sehari. 
- Al-Ma'thurat : Cuba untuk baca setiap pagi dan petang
- Solat Sunat Dhuha : Cuba untuk perform setiap hari. In Sha Allah, murah rezeki
- Solat Sunat Rawatib : Buat sebanyak yang boleh.
- Puasa Sunat: Usaha untuk Isnin dan Khamis.


Jangan takut untuk lakukan semua itu. Hidupkan lagi sunnah baginda yang lain. Betul!!! Memang susah untuk menghidupkan yang mati. Tapi, ingat pesan Rasulullah:
' Berbahagialah orang-orang yang asing'


Siapa tahu, akhlak kita dapat membantu seseorang berubah sekaligus mendapat hidayah daripada Allah. Masya Allah, tinggi ganjaran untuk kita nanti.

Jangan gentar untuk berada di landasan kebenaran walau seorang diri.
 Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan kita.
In Sya Allah =D

Sama-sama kita muhasabah diri :)
Assalamualaikum

Friday, 9 January 2015

Belajar Untuk Reda

Assalamualaikum 

Cuti sekolah hampir tamat tetapi tidak untuk saya. Haha. 
#ansaraparit
#SPM2014


Suka untuk Aishah kongsikan satu pengalaman yang banyak mengajar Aishah erti JANGAN LALAI...
Setiap pelajar MRSM pasti mempunyai niat untuk mendapatkan Skim Pelajar Cemerlang (SPC). SPC ini merupakan satu bentuk tajaan pengajian daripada pihak MARA untuk kita sambung belajar selepas SPM sama ada dalam negara mahupun luar negara. Untuk mendapatkannya, keputusan trial kenalah GEMPAK!!!

Aishah pun sama. Jauh di sudut hati, tersimpan cita-cita untuk mendapatkannya. Siapa taknak tajaan. Sekurang-kurangnya, Aishah dapat kurangkan beban keluarga. Aishah tekad sebab serik keluarkan duit yang banyak di maktab. Pagi petang...bertungkus lumus untuk SPM. Setahun ada 6 exams. Bukan macam sekolah kementerian. Oiiihh, jenuh oo ambil exam banyak kali. Belum sempat nak rasa lega lepas Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2 pula menyusul. 

Tahun 2014 ini banyak berlaku pembaharuan. Peperiksaan Trial tidak lagi dipanggil Trial SPM malah dinamakan sebagai SPMRSM [ Sijil Pendidikan MRSM ]. SPC pun ditukar nama kepada Program Pembangunan Profesional Mara [ PPPM ]. 

SPMRSM pun berlalu. Keputusan pun bukannya GEMPAK sangat.  Masing-masing tak sabar menunggu pemberitahuan tentang tajaan MARA. Biasanya, sebaik tamat trial, terus keluar berita fasal SPC. Kali ini, pemberitahuan dikeluarkan lewat sedikit. Dalam musim peperiksaan SPM, Kaunselor Cg Hakimi mengadakan pertemuan dengan pelajar Ting. 5 dan bercakap tentang PPPM yang menggantikan SPC.

Aishah berbelah bahagi sama ada untuk memohon atau tidak. Lagipun, peluang cerah untuk aku memohon program luar negara. Tapi, malang sekali tidak banyak program yang ditawarkan kali ini. Pada mulanya, Aishah ingat nak abaikan saja PPPM tu sebab kebanyakkan program yang ditawarkan adalah bidang kejuruteraan. Hmm... Aishah bukannya bidang engineering ni. Tapi, last minute Aishah isi juga borang PPPM tu sebab Aishah rasakan peluang begini bukannya datang bergolek. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Aishah pun mengisi borang tersebut. 
Pilihan pertama : Chemical Engineering ( process ) di UniKL MICET
Pilihan Kedua : Science & Technology : MARA American Degree Preparatory Programme ( luar negara )

Aishah tak meletakkan pengharapan yang tinggi pun terhadap PPPM ni. SPM pun berlalu. Pejam celik-pejam celik... Dah masuk bulan Disember. 

4 DISEMBER 2014
Nak dijadikan cerita. Telefon bimbit Aishah hilang. Aishah pun tak kisah sangat  sebab telefon Nokia yang asas je pun. Lagipun, telefon itu untuk kegunaan di maktab saja. Jadi, Aishah tak berminat langsung nak cari tambahan lagi, bateri dah habis. 

9 DISEMBER 2014
Lebih kurang seminggu lebih lepas tu, Aishah rasa macam nak cari balik telefon. Akhirnya, jumpa di bawah katil. Alhamdulillah. Terus caj telefon. Tak lama selepas tu, bukalah inbox mesej. 
3 unread message.
2 daripada nombor yang tak dikenali. 1 lagi daripada Mimi.

Aishah pun open sms dari nombor yang pelik tu...

" TAHNIAH!!! Anda dicalonkan untuk Program MARA AMERICAN DEGREE PREPARATORY PROGRAMME ( MADPP ) Sila hadirkan diri ke pusat temuduga yang ditetapkan.Tempat: KKTM Ledang, Johor.Masa : 9 Disember, Bermula 8.30 pagiSila bawa alat tulis bersama "

Berlari-lari Aishah ke bilik nak tengok kalendar. Hari ini berapa hari bulan ek? Masa tu jantung dah dup dap dup dap... Aishah jerit satu rumah...tanya mama.
" MAMA... HARI NI 9 DIS ke ?"
 " HA-AH"

Aishah rasa macam tak percaya yang hari itu ialah 9 Disember. Tarikh temuduga itu adalah pada 9 Disember. Hati ni rasa macam patah sejuta. Rupa-rupanya mesej tersebut dihantar pada 4 Disember. Itulah tarikh Aishah mula kehilangan telefon bimbit.
3 malam Aishah tak boleh tidur sebab fikirkan kejadian itu. Bila difikirkan, Aishah bukannya minat sangat pun. Tapi... Aishah cuma fikirkan yang kawan-kawan Aishah yang lain tak dapat pun. Aishah je dan lagi 2 orang.

Hmm... lama Aishah ambil masa untuk terima kenyataan ini. Aishah belajar untuk reda. Bila diimbas balik. Sebenarnya, ada sesuatu yang Allah rancangkan untuk Aishah. 

Sekiranya sesuatu itu berlaku mengikut rancangan kita, kita pasti seronok kerana rancangan kita berjaya..
tetapi sekiranya sesuatu itu berlaku di luar rancangan kita, sepatutnya kita lebih seronok kerana rancangan itu datangnya daripada Allah SWT.
Rancangan Allah itukan lebih indah =)

Kawan-kawan Aishah setia mengirimkan kata-kata semangat supaya Aishah calm. Aishah percaya, mungkin ada yang Allah cuba nak ajarkan kepada Aishah. 

Aishah belajar untuk lebih berjaga-jaga. Jangan suka hilangkan barang. Hargai setiap barang yang kita miliki. and yang paling penting!!!
Aishah belajar untuk reda.

Setiap kali buka Tafseer Quran, Aishah mesti buka halaman 34: Surah al-Baqarah...
Allah berfirman..." Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Sejak hari itu, Aishah kuat. Biarlah tak dapat PPPM. At least, 6 bulan ini dapat Aishah isi untuk belajar memandu, belajar memasak dan jaga opah. Alhamdulillah, baru-baru ini dikeluarkan senarai pelajar yang berjaya PPPM. Ramai juga kawan-kawan Aishah yang dapat program diploma cemerlang dalam negara dan ijazah luar negara. Rupa-rupanya, program yang Aishah dapat itu satu-satunya program yang memerlukan proses temuduga. Dan, cuma seorang sahaja pelajar dari maktab Parit yang berjaya. Selebihnya, pelajar Taiping, Pengkalan Chepa dan TGB yang memenuhi carta 200 pelajar yang berjaya.

Tahniah!!! Berusahalah, ya. Belajar rajin-rajin n manfaatkan peluang ni. In Sha Allah, Allah memudahkan jalan kalian yang menuntut ilmu.

Syukur dengan kenikmatan...
Reda terhadap kesulitan...


Itu, sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih,
Wallahua'lam
Assalamualaikum wbt.

Monday, 1 December 2014

Dia, Fatih Seferagic

Assalamualaikum


Cuba perhatikan betul-betul.
Kedua-dua jejaka ini memiliki wajah yang hampir serupa.
TETAPI,
dalaman rohani mereka bagai langit dan bumi. Sangat berbeza.
Alangkah terkejutnya Aishah apabila mendapati insan bernama Fatih itu seorang hafiz Quran. Subhanallah.
Bacaan al-Qurannya hampir mirip lenggok Qari Misyari al-Afasy. 

* bacaan beliau.

*

Jom sama-sama hafaz Quran.
Target: Surah al-Kahfi 1-10
In Sha Allah

Assalamualaikum

Saturday, 29 November 2014

SPM was Over

Assalamualaikum

Hampir seminggu balik dari maktab. Hmm, terkenang balik hari terakhir SPM.
Subuh hari itu rasa sejuk sangat. Kabus memenuhi kawasan Parit. Perjalanan ke surau untuk Subuh berjemaah rasa macam sayup semacam.
Dalam hati terfikir...
" Ni Subuh terakhir aku di maktab ni. Lepas ni, entah bilalah aku dapat Subuh berjemaah macam kat sini "
sobsob..

Aishah bersyukur sangat sebab di sana, pelajarnya diberi kesempatan untuk tunaikan solat Subuh berjemaah...Tapi, ramai yang tak hargai peluang ini. Mungkin, mereka tak nampak lagi hikmah Solat Subuh berjemaah.
Seriously BEST SANGAT !!!

Lepas Subuh dengan segera bersiap untuk sarapan di DS (dewan selera). Maklumlah, sarapan terakhir di ds kesayangan ~


Menuju ke Dewan Iltizam untuk Paper Biology....
BIOLOGY. Itulah antara paper yang paling Aishah takut selepas Add Math. Kedua2 paper ni Aishah fobia sikit.
Sekarang, segalanya dah berakhir..
Kita letakkan segala usaha dan ikhtiar kita kepadaNya dan bertawakal sahaja.
In Sya Allah, Dia pasti tahu yang TERBAIK.

* haha. Sempat lagi bergambar. Walhal, lagi beberapa minit nak exam Biology Paper 3. Huh =)

Sebaik tamat Paper 3. Satu perasaan sebak menyelubungi diri ini. Rasa macam sedih semacam. Sebab sebelum pukul 6.00 petang dah kena clear asrama. Aishah ingat lagi, waktu perjalanan balik asrama, 'angah' datang menyapa....
" Angah..jangan lah nangis.."
Bila tengok angah menangis, Aishah pun meleleh sama.

Memang sebak, sebab 2 tahun di Parit rasa macam sekejap sangat. 
2 tahun bagaikan tak cukup untuk Aishah mengenali mereka.

Seorang demi seorang balik dan akhirnya, mama dan ayah pun sampai.
Sebelum balik, sempat lambai Teacher Hayani, the most sporting teacher ever.

Selamat tinggal, Parit.
Lepas ni dah tak boleh nak tengok tiang jam Parit.
Haha...Tengok tiang jam Kulim jelah.

Itu sahaja,
Assalamualaikum

Friday, 28 November 2014

Detik 24 Oktober 2014

Assalamualaikum

Of spring, cream puffs, self-compassion and freedom
Hmm... Hampir 4 bulan tak update blog. Muahaha. Maklumlah calon ESPIEM lah katakan. 
Pejam celik, pejam celik tak sangka yang Aishah dah masuk form 5. What!!! I feel like it was just yesterday I went to the MRSM Parit. 

Itulah dunia. Masa terus berlalu. Usia terus meningkat. Lain pula di akhirat nanti. 
Kalau di syurga kita akan terus muda dan sihat untuk menikmati seluruh nikmat yang jauh lebih indah daripada kehidupan di dunia. Tapi, di neraka kita akan terus dihidupkan agar sentiasa merasai kesakitan dan keperitan seksa azab an-Nar. Nau'zubillahhi min zalik.

Dalam banyak-banyak hari yang ditempuh di maktab, ada satu hari yang sangat bermakna dan boleh dikatakan paling best.
24 Oktober 2014

Pagi itu merupakan
HARI GRADUASI MRSM PARIT KALI KEDUA 
Apa yang seronok???
Graduasi tahun ini telah melayakkan kesemua 208 calon SPM 14 untuk bergraduasi. Alhamdulillah. Kesemuanya dapat merasa memakai jubah graduasi. Apatahlagi, batch kita orang yang rasmikan jubah graduasi maktab. Tahun lepas maktab pinjam daripada maktab lain. MRSM baru lah katakan. Huhu.


Alhamdulillah, Aishah berjaya menduduki graduasi Kelas Pertama dengan pointer terkumpul 3.78. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat tu. Yang penting, waktu form 4 kena pulun dapat pointer tinggi...Nanti naik form 5, bila pointer jatuh sikit tak adalah menjejaskan TPNG ( pointer terkumpul ).

Debaran duduk di barisan hadapan ni lain macam sebab kita nampak semua yang terjadi betul-betul depan mata kita. Kita, orang pertama yang kena bangun untuk beratur mengambil 'skroll'. Huh.
  

Selesai Majlis Graduasi. Sembahyang Jumaat dulu. 3.00 petang, hantar jubah balik. Rasa macam nak bawa balik ja jubah tu, Tapi, nanti kena bayor RM 500. Huh. Tak sanggup, mak. 
Petang tu, terus turun dewan. Persiapan untuk 
Annual Dinner Le Virulents 
malam tu.

Aishah dilantik sebagai AMT ( ahli majlis tertinggi ) bahagian Montaj. Bukan satu montaj, tapi dua montaj yang kena siapkan. Memanglah nampak tugas buat montaj macam senang. Tapi, sebenarnya susah bila kita berurusan dengan orang lain. Huru-hara dibuatnya. Aishah belajar untuk bersabar dan professional apabila kita bekerja dan berurusan dengan manusia. 


Berbalik kepada Annual Dinner. Hmm, buat dalam maktab sahaja. Pengetua katakan bahawa SPM semakin hampir jadi, lebih baik buat dalam maktab. Hmm, mungkin itu lebih baik. Macam-macam yang dilalui barisan AMT atas,  sebelum berlangsungnya majlis. Terpaksa berurusan dengan pengetua berkali-kali. 
Akhirnya, malam itupun terlaksanalah majlis yang dinantikan Le Virulents. Bertemakan Guns n Roses, kesemua pelajar Tingkatan 5 kelihatan vogue sanagat. Bermacam-macam gaya ada. 



HOMEROOMKU SAYANGKU =)

Rasanya, buat di dewan pun better. Luas pun luas. Selesa. Overall, memang terbaik lah. 
Malam itu sahaja, Aishah dapat kumpulkan 5 'barang' sekaligus. Huh
Sijil Anugerah Kelas Pertama, 
Skroll Anugerah Khas Pengetua, 
Plak Anugerah Khas Pengetua, 
Teddy Bear Graduasi daripada mama ayah 
dan hamper cabutan bertuah Malam Annual Dinner.

Keesokannya harinya, bermulalah kembali perjuangan untuk menghadapi SPM. Sekurang-kurangnya 24 Oktober 2014 itu menjadi hari di mana stress kami dilepaskan sementara. Haha, sementara cuma.

Thanks for those remembrances...
......
Itu sahaja, 
kalam runcing daripadaku setelah sekian lama tidak menaip..

Assalamualaikum


Tuesday, 29 July 2014

Al- Akif, Going to Miss

Assalamualaikum

Kini sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan 
BADAR
Tak sangka sudah lebih kurang setahun lebih menjadi ahli 
badan dakwah kerohanian.

Seronok sebenarnya menjadi ahli BADAR. Ya, memang ini adalah satu amanah yang besar. Tapi, apabila amanah ini digalas secara bersama-sama, amanah tersebut terasa mudah untuk dilaksanakan.

Saat-saat awal sebagai ahli BADAR walaupun berasa sangat sukar tapi kami ditemani Ustazah  Syakiroh, Ustazah Zahirah Teacher Munal. 


Setiap hari Khamis selepas Isya', kami akan adakan Usrah BADAR. Seronok sangat berusrah dengan ustazah dan teacher. Tapi...
Lama kelamaan, seorang demi seorang meninggalkan kami. Bermula dengan Ustazah Syakiroh yang telah meninggalkan satu semangat yang membuak-buak untuk kami teruskan legasi ustazah di maktab.

Teacher Munal hadir menggantikan posisi ustazah. Tak lama kemudian Teacher Munal berserta dengan Ustazah Zahirah meninggalkan kami. Saat itu, kami berdiri sendiri berbekalkan ilmu yang kami ada. 

Tahun 2014, kami bergerak sendiri di bawah pimpinan Presiden BADAR. 

Pada Aishah, walaupun tak banyak pembaharuan yang dapat dilakukan sekurang-kurangnya kami telah berusaha untuk mengubah sesuatu dalam maktab ini. Haha...pelajar puteri pun dah tak berani untuk turun Maghrib lewat. Sebelum 7.15 dah mula penuh surau. Alhamdulillah. Walaupun masih ada segelintir yang tetap berdegil untuk turun lewat..Hmm, tak tahu dah nak buat apa.
" Berdoa je lah.. Moga2 Allah buka pintu hati dia untuk turun surau awal "

Ni paling lawak!!! BADAR buat jualan buku selama sebulan di maktab. Yang paling tak tahan, pernah sehari tu... Pendaftaran Tingkatan 4 2014 ambilan pertama. Ramai yang buat jualan di pusat pelajar. TupTup, kami berniaga buku dekat depan surau ni. Haha. Macam krik..krik.. Memang tak dapat dilupakan!!! 

Waktu ini pun best. BADAR dapat peluang untuk dengar ceramah PU YEOP dekat Siputeh. Ceramah ni best sangat. Bukan sekadar dengan ceramah, tapi sambil dengar QASIDAH dari KUISAS. Malam itu seronok sangat. BADARIAH semua duduk bersila di depan sekali. Haha =) Kesempatan ni kami ambil untuk jemput PU YEOP ke maktab kami. Akhirnya, hasrat itu tercapai. PU YEOP datang ke maktab kami di Malam Gema Islam masa bulan Ramadhan. =D


Inilah board yang paling Aishah sayang. Kalau dulu, Aishah rajin update info dekat board ni. Sesetengah info tu Aishah ambil daripada blog Aishah sendiri. Puas rasanya dapat menampal artikel dan orang lain dapat membacanya. Selalunya Aishah akan datang awal ke surau untuk tampal. Lepas tu, ramai orang berkerumun dekat board ni waktu Solat Maghrib. 
Tapi, masuk bulan April 2014 lebih kurang, Aishah dah macam busy sampai tak sempat nak update yang baru. Hmm... Sedih juga sebab tak ada masa untuk buat benda ni dan board ni terbiar macam tu saja. Ada juga yang tanya...
" Aishah, tak ada artikel baru ke?"
Aishah geleng saja...
Tak apa...BADAR 2014/2015 kan ada. Aishah yakin diorang dapat buat yang jauh lebih baik =D


Inilah Surau al-Akif, MRSM Parit. Seronok dapat jaga surau ni. Setiap pagi Ahad, BADAR gotong royong, bersihkan surau sambil layan nasyid. Sampaikan terlentok dalam bilik BADAR. Haha. BESAR!!! Surau ni memang besar. Nak jaga surau ni, memerlukan satu kerjasama yang baik =D

Aishah ingat kata-kata Prof MAZA semasa program NADWAH...
" Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berharap agar pemimpin selepasnya JAUH LEBIH BAIK daripadanya "

Kalau dulu, Aishah selalu terbayang macam mana rasanya saat melepaskan jawatan ini...MESTI SERONOK SEBAB TAK PAYAH MENCARI PUBLISITI DAH... Ternyata, apa yang Aishah fikir tu salah.
Rasanya sangat sedih untuk lepaskan satu badan yang telah menyatukan jiwa-jiwa ahli BADAR ni. Semasa membaca Doa Rabitah buat kali terakhir hari itu, terasa sedikit sebak. Mengenang kembali saat pertama kali membaca Doa Rabitah bersama Ustazah Syakiroh, Ustazah Zahirah, Teacher Munal, Ustaz Hazwan...Tak sangka, akhirnya Aishah akan menadah tangan untuk Doa Rabitah terakhir sebagai Ahli Badar.

Semoga amanah yang Aishah pegang selama ini terlaksana. Cukuplah, artikel yang Aishah tampal, tazkirah yang disampaikan, ajakan memenuhkan saf, denda sebab tak turun Subuh dan macam-macam lagi. 

Minta maaf kalau selama menjadi BADAR Aishah tersalah tindakan atau melukakan hati mana-mana pihak. Hakikat sebagai pemimpin memang akan ada orang yang tidak suka kepada kita. Aishah terima hakikat itu dan disebabkan itulah Aishah menerima jawatan ini dengan ikhlas.

Semoga BADAR 2014/2015 mampu melakukan suatu pembaharuan dan menjadi lebih baik. In Shaa Allah =D

# Struggling for SPMrsm dan SPM. Man Jadda Wa Jada :)
Assalamualaikum
Taqabalallah Minna Wa Minkum.

Saturday, 26 July 2014

Qalam Ramadhan =)

                                                                  Assalamualaikum


Subhanallah... Ramadhan dah bersama dengan kita selama hampir sebulan. Pada pandangan Aishah sendiri, Aishah rasakan kelainan pada bulan ini. Aishah setuju dengan kenyataan :-

Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Banyak ujian dalam bulan Ramadhan ni. Pertamanya, Aishah menghadapi Peperiksaan Trial SPMrsm. Sebelum datang bulan Ramadhan Aishah terfikir...
Bolehkah Aishah khatam Quran kalau bulan puasa ni Aishah exam. Tapi, Alhamdulillah Allah itu sentiasa ada untuk permudahkan.

Aishah ingat lagi, kata-kata Kak Atiqah dalam usrah...

Kesibukan itu sebenarnya UJIAN... Yang penting, kita ada KEMAHUAN dan NIAT yang betul =D

Tak cukup dengan exam. Suatu hari, kena pula sakit kepala. Kena pula hari Nuzul Quran. Rasa sakit kepala tu membuatkan Aishah langsung tak boleh study. Baru nak baca Chapter Radioactivity, kepala macam mencucuk-cucuk. Waktu tu tak tahu lah nak buat apa. Lumur minyak angin kat kepala.  Sehari itu memang tak study langsung, walhal ESOK nak exam Physics. 
Malam pula badan panas semacam. Masa itu, Aishah tawakal saja kepada Allah. Dengan harapan boleh jawab Physics.


Keseluruhannya, Aishah rasakan Ramadhan kali ini jauh lebih mencabar. 
1- Bersahur
2- Study sikit
3- Bersiap untuk solat subuh berjemaah
4- Bersiap ke sekolah
5- EXAM 
6- solat Zuhur * lepas tu exam balik
7- siap2 SOlat Asar berjemaah
8- Tadarus
9- Ambil makanan berbuka
10- bersiap2
11- * berniaga 
12- berbuka
13- solat Maghrib Isya' berjemaah
14- Solat tarawih berjemaah
15- Prep sekejap
16- sambung study kat bilik sampai tgh malam
17- tidur

dan lain-lain ~

-----------------------

Ya Allah...
Aku bersyukur kerana bulan ini banyak mengajar aku erti
 KESABARAN ... KESYUKURAN... KEIKHLASAN.

Aku berharap agar TARGET RAMADHAN tahun ini tercapai =)


Pejam celik...pejam celik...
Tetamu yang istimewa daripadaMU dah nak pergi. 
I felt sad when realised that Ramadhan is about to leave us...
I don't know whether Ramadhan satisfied with me or not...
I had done my best for this magnificent month...
Ya Allah, accept my ibadah :)

Thanks Ramadhan for being a great TEACHER for me =D
I'm going to miss you...
Ya Allah, let me be in the next Ramadhan and
may we have a better Ramadhan every year . Ameen

Itu sahaja...
Selamat Menyambut Aidilfitri tahun ini.
Taqabalallah Minna Wa Minkum =D

Assalamualaikum