Thursday, 19 February 2015

Mencari Doa Malaikat

Assalamualaikum


" kau ni macam malaikat lah..."
Pernah dengar dialog tu? Kita akan umpamakan seseorang yang baik bagai malaikat. Kenapa? Sebab malaikat ini sifatnya memang baik. Langsung tidak dicemari nafsu. Malah, sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. 
Tapi, kita manusia ni susah lah nak capai tahap malaikat kan? Sebab manusia dicipta bersama nafsu. Itulah cabaran paling besar dalam hidup bersyariat ni. 

Back to our topic... Tahu tak yang ada amalan yang membolehkan kita, manusia untuk mendapatkan doa malaikat. Huh, bayangkan malaikat berdoa untuk kita...In Sya Allah, akan termakbul sebab malaikat sangat dekat dengan Allah apatahlagi, mereka patuh perintah Allah. Hmm...

JOM KITA DAPATKAN DOA MALAIKAT :
  Apabila seseorang itu duduk dalam keadaan berwudhuk sambil menunggu waktu solat :)
 Apabila seseorang itu mendoakan saudaranya yang lain dalam keadaan saudaranya tidak mengetahui tentang doa tersebut.
 Duduk seketika sebaik usai solat di tempat solat. * zikir
 Menghadiri majlis ilmu 
 Apabila manusia tidur dalam keadaan berwudhuk
 Apabila seseorang menziarahi saudaranya yang sakit walaupun sakit yang ringan.
 Manusia yang solat berjemaah di saf hadapan
 Manusia yang menginfakkan harta kepada orang lain.
 Orang yang bersahur 

Susah ke? Senang In Sya Allah kalau kita istiqamah dengan amalan ni


Antunna...Antum sekalian. ewaah :)
Kita tahu kedudukan malaikat di sisi Allah sangat tinggi. Amalan para malaikat sangat hebat, setiap masa berzikir kepada Allah malah, perintah Allah tidak pernah mereka ingkari. 
TAPI!!!
Kedudukan malaikat yang tinggi itu boleh diatasi oleh manusia. Bukan semua manusia boleh mendapatkan kedudukan sedemikian. Bagaimana?

Dalam Kitab Akidah Muslim menyatakan :
Siapakah yang paling istimewa kedudukannya, MANUSIA atau MALAIKAT?
Jawapannya :
MANUSIA yang taat kepada Allah dan jauhi kemungkaran. 
KENAPA?
Manusia inikan Allah cipatakan bersama nafsu sebagai UJIAN. Jadi, sesiapan yang berjaya tundukkan nafsu, subhanallah...Hebat kedudukan insan itu. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dapat tundukkan nafsu. Susah memang susah...Tapi, Iman mau kuat. In Sya Allah.


Nafsu takut dengan Iman =D

Itu sahaja
Assalamualaikum.

Tuesday, 27 January 2015

Tips Seronok Belajar

Assalamualaikum.

Badlishah 10-13
Hmm...Pernah rasa bosan belajar? Pernah rasa nak berputus asa? Amboi, melampau! Haha. Apa apapun...Kita kena ingat MENUNTUT ILMU adalah satu tuntutan Fardhu Ain. Jadi, selaku umat Islam kita wajib melaksanakannya. 
Jadi, seperti yang sudah tertakluk di bawah sistem pendidikan di Malaysia. Akan ada 3 peperiksaan yang penting. Betul ke tidak? Betul ke tidak? Betul ke tidak?
Sebenarnya ada banyak lagi... Tapi ada 3 yang paling COMMON dalam kalangan rakyat Malaysia.
1- Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR]
2- PMR \ Penilaian Tingkatan 3 [PT3]
3- Sijil Pelajaran Malaysia [SPM]

Hmm... Kepada calon2 yang bakal menduduki exam seperti di atas atau exam yang tidak disenaraikan...Aishah suka untuk kongsikan apa yang Aishah buat semasa nak hadapi SPM...

Perkongsian ini mungkin lebih tertumpu kepada pelajar berasrama. Jangan jadikan situasi jauh daripada keluarga sebagai alasan untuk tidak berjaya. Sebaliknya, jadikan itu sebagai pemangkin kekuatan kita untuk membanggakan mereka.

1- Pastikan tempat belajar kita sejuk mata memandang...


Err... Tak adalah sejuk sangat mata memandang. Yang pasti, kita hias sendiri tempat kita mengikut kemahuan kita. Tampallah kata-kata hikmah supaya diri kita sentiasa termotivasi. 
Seriously, apabila Aishah start balut meja, dan customize tempat belajar, bangkit semangat nak belajar kat tempat sendiri. Ketenangan itu hadir dengan sendirinya. 

2- Hasilkan nota sendiri dengan kreatif


Siapa kata, Biology senang? Angkat tangan. Bagi Aishah, Biology ni antara subjek yang sangat mengerikan. Aishah rasa setakat baca buku teks, buku rujukan belum cukup. Tapi, kalau ada ingatan yang mantap, itulah segalanya untuk subjek yang sama waktu dengannya.
Jadi, Aishah mengambil langkah untuk buat nota sendiri yang kita selak hari-hari. Dengan olahan warna dan lukisan yang memberangsangkan mampu menarik perhatian otak kita untuk telan ilmu tu dan lekat selekatnya untuk jangka masa yang lama.
Sebab...Otak suka pada warna dan bentuk. Otak benci angka dan tulisan. Itu adalah FAKTA!!!

3- Belajar dalam kumpulan


Manusia itu dicipta untuk saling melengkapi. Kepakaran masing-masing tak sama. Belajarlah dalam kumpulan...Aishah tidaklah begitu berminat untuk belajar berkumpulan. Tapi, adakala Aishah gagahkan diri untuk letakkan rasa tak suka belajar berkumpulan ni jauh2. Coz...Aishah sedar yang diri ini masih belum cukup ilmu. Dan ilmu yang kita ada dapat kita kongsi dengan kawan-kawan. SEBAB kita tak nak berjaya sorang-sorang!!!

Subjek yang Aishah suka untuk lakukan secara berkumpulan, Biology, Add Maths, Kimia. Yang seronok bila belajar berkumpulan, kita saling membantu kawan-kawan yang lemah dan pakar. MEMANG BEST. SIlaturahim pun terjalin. Senario belajar berkumpulan inilah yang akan menjadi memori belajar paling indah ~

4- Mengaku kehambaan kita kepada-Nya =)


THIS SHOULD BE THE FIRST!!! Ingat, walau setinggi mana sekalipun ilmu kita. Sebanyak mana A+ yang kita dapat. Hakikatnya, kita adalah hamba kepada-Nya. Jadi, janganlah lupa Dia dalam kita menuntut ilmu. Pesan ustaz, kalau nak belajar banyakkan ISTGHFAR, semasa peperiksaan banyakkan SELAWAT. Nampak tak, apabila hati kita terikat kuat dengan tali Allah, Allah akan jaga kita. Percayalah, Dia Maha Kuasa dan mampu menjadikan perkara yang mustahil itu realiti.

Rajin-rajinlah solat berjemaah dan lakukan solat sunat yang lain supaya diri kita sentiasa dekat denganNya. Semoga dengan itu, rahmatNya sampai kepada kita. Janganlah terlampau sibuk mengejar kejayaan sampai lupa untuk menghadiri majlis-majlis agama. Ingat, sesiapa yang melapangkan masanya denganNya, Allah akan atur hidup kita dengan CHANTEK.


Rasanya, itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menjadikan belajar itu sesuatu yang seronok.  Ikutlah cara masing-masing. Asalkan matlamat untuk belajar tercapai. Tapi, apa-apapun kita kena ingat NIAT sebenar kita menuntut ilmu. 
' Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala '
Setiap kali kelas Sejarah, cikgu mesti suruh kami baca niat kami kuat-kuat. Tidak hairanlah, subjek Sejarah 100% A semasa kebanyakkan ujian di maktab dan mencatat jumlah pelajar terbanyak A semasa TRIAL. Hebat sungguh niat ni sebab NIAT datang daripada HATI.

Apabila manusia mula melakukan sesuatu bukan kerana Allah, maka bersiap sedialah untuk KECEWA!!!


One more, janganlah 100% masa dihabiskan dengan BELAJAR. Ya Allah...Ikut Fitrah ok. Siang kita melaksanakan amanah, malam kita berehat. Tapi ... Beruntunglah mereka yang sujud kepada Allah swt di malam yang hening. 
Dan pastikan diri kita bersosial. Sosial mengikut syariat lah ye. In Sya Allah, kita akan rasa seronok untuk belajar sebab kita ada kawan-kawan di samping kita yang turut dalam perjalanan yang sama dengan kita. Akan wujudlah suasana aku tolong kau, kau tolong aku.
We want to see their success too..

Itu sahaja.
Moga bermanfaat.
Assalamualaikum wbt. =)




Saturday, 24 January 2015

Bahagialah Orang Asing

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda : 
Pada awal munculnya Islam merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing.
HR Muslim
Masya-Allah. Dalam sebenarnya maksud yang tersirat di sebalik hadis tersebut. Sangat halus maknanya.
Asing???
Apa maksud 'asing' dalam hadis tersebut?

Dalam riwayat yang lain, baginda SAW bersabda lagi:
"Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku
(HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)


Akan ada zaman ketika melaksanakan tuntunan menjadi tontonan.
 Akan ada masa tatkala menunaikan keta’atan kepada Allah ‘Azza wa Jalla dianggap sebagai keanehan. 
Akan ada saat manakala bersungguh-sungguh dalam memenuhi kewajiban agama dipandang sebagai perilaku berlebihan dan bahkan melampaui batas. 
Akan datang suatu masa saat berpegang teguh kepada Islam ini dianggap ketidakwarasan. 
Mereka asing di mata manusia, dan manusia pun mengasingkannya. Tetapi mereka adalah sebaik-baik manusia….
Keadaan begini terjadi apabila manusia mulai tidak saling menasihati. Masing-masing sibuk mengejar dunia sehingga lupa tugas dakwah kita. Semua umat Islam memikul amanah untuk berdakwah. Tidak semestinya berdakwah kepada orang yang masih belum memeluk Islam. Yang paling penting, berdakwah sesama kita, saudara seislam. 

Allah menjadikan iman kita sekejap naik, sekejap turun. Sebab tu, kita kena sentiasa jaga iman kita. Kalau rasa macam iman down sikit, cepat-cepat naikkan dengan cara zikrullah. In Sya Allah. 
Sebenarnya, insan ni kalau hidup ikut betul-betul sunnah baginda, memang chantek sangat perjalanan hidup kita. Sebab Sunnah Rasulullah adalah fitrah yang sangat indah...

YANG PALING PENTING...JAGA MUTABAAH..
- Tilawah Al-Quran : Jangan miss walau sehari. 
- Al-Ma'thurat : Cuba untuk baca setiap pagi dan petang
- Solat Sunat Dhuha : Cuba untuk perform setiap hari. In Sha Allah, murah rezeki
- Solat Sunat Rawatib : Buat sebanyak yang boleh.
- Puasa Sunat: Usaha untuk Isnin dan Khamis.


Jangan takut untuk lakukan semua itu. Hidupkan lagi sunnah baginda yang lain. Betul!!! Memang susah untuk menghidupkan yang mati. Tapi, ingat pesan Rasulullah:
' Berbahagialah orang-orang yang asing'


Siapa tahu, akhlak kita dapat membantu seseorang berubah sekaligus mendapat hidayah daripada Allah. Masya Allah, tinggi ganjaran untuk kita nanti.

Jangan gentar untuk berada di landasan kebenaran walau seorang diri.
 Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan kita.
In Sya Allah =D

Sama-sama kita muhasabah diri :)
Assalamualaikum

Friday, 9 January 2015

Belajar Untuk Reda

Assalamualaikum 

Cuti sekolah hampir tamat tetapi tidak untuk saya. Haha. 
#ansaraparit
#SPM2014


Suka untuk Aishah kongsikan satu pengalaman yang banyak mengajar Aishah erti JANGAN LALAI...
Setiap pelajar MRSM pasti mempunyai niat untuk mendapatkan Skim Pelajar Cemerlang (SPC). SPC ini merupakan satu bentuk tajaan pengajian daripada pihak MARA untuk kita sambung belajar selepas SPM sama ada dalam negara mahupun luar negara. Untuk mendapatkannya, keputusan trial kenalah GEMPAK!!!

Aishah pun sama. Jauh di sudut hati, tersimpan cita-cita untuk mendapatkannya. Siapa taknak tajaan. Sekurang-kurangnya, Aishah dapat kurangkan beban keluarga. Aishah tekad sebab serik keluarkan duit yang banyak di maktab. Pagi petang...bertungkus lumus untuk SPM. Setahun ada 6 exams. Bukan macam sekolah kementerian. Oiiihh, jenuh oo ambil exam banyak kali. Belum sempat nak rasa lega lepas Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2 pula menyusul. 

Tahun 2014 ini banyak berlaku pembaharuan. Peperiksaan Trial tidak lagi dipanggil Trial SPM malah dinamakan sebagai SPMRSM [ Sijil Pendidikan MRSM ]. SPC pun ditukar nama kepada Program Pembangunan Profesional Mara [ PPPM ]. 

SPMRSM pun berlalu. Keputusan pun bukannya GEMPAK sangat.  Masing-masing tak sabar menunggu pemberitahuan tentang tajaan MARA. Biasanya, sebaik tamat trial, terus keluar berita fasal SPC. Kali ini, pemberitahuan dikeluarkan lewat sedikit. Dalam musim peperiksaan SPM, Kaunselor Cg Hakimi mengadakan pertemuan dengan pelajar Ting. 5 dan bercakap tentang PPPM yang menggantikan SPC.

Aishah berbelah bahagi sama ada untuk memohon atau tidak. Lagipun, peluang cerah untuk aku memohon program luar negara. Tapi, malang sekali tidak banyak program yang ditawarkan kali ini. Pada mulanya, Aishah ingat nak abaikan saja PPPM tu sebab kebanyakkan program yang ditawarkan adalah bidang kejuruteraan. Hmm... Aishah bukannya bidang engineering ni. Tapi, last minute Aishah isi juga borang PPPM tu sebab Aishah rasakan peluang begini bukannya datang bergolek. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Aishah pun mengisi borang tersebut. 
Pilihan pertama : Chemical Engineering ( process ) di UniKL MICET
Pilihan Kedua : Science & Technology : MARA American Degree Preparatory Programme ( luar negara )

Aishah tak meletakkan pengharapan yang tinggi pun terhadap PPPM ni. SPM pun berlalu. Pejam celik-pejam celik... Dah masuk bulan Disember. 

4 DISEMBER 2014
Nak dijadikan cerita. Telefon bimbit Aishah hilang. Aishah pun tak kisah sangat  sebab telefon Nokia yang asas je pun. Lagipun, telefon itu untuk kegunaan di maktab saja. Jadi, Aishah tak berminat langsung nak cari tambahan lagi, bateri dah habis. 

9 DISEMBER 2014
Lebih kurang seminggu lebih lepas tu, Aishah rasa macam nak cari balik telefon. Akhirnya, jumpa di bawah katil. Alhamdulillah. Terus caj telefon. Tak lama selepas tu, bukalah inbox mesej. 
3 unread message.
2 daripada nombor yang tak dikenali. 1 lagi daripada Mimi.

Aishah pun open sms dari nombor yang pelik tu...

" TAHNIAH!!! Anda dicalonkan untuk Program MARA AMERICAN DEGREE PREPARATORY PROGRAMME ( MADPP ) Sila hadirkan diri ke pusat temuduga yang ditetapkan.Tempat: KKTM Ledang, Johor.Masa : 9 Disember, Bermula 8.30 pagiSila bawa alat tulis bersama "

Berlari-lari Aishah ke bilik nak tengok kalendar. Hari ini berapa hari bulan ek? Masa tu jantung dah dup dap dup dap... Aishah jerit satu rumah...tanya mama.
" MAMA... HARI NI 9 DIS ke ?"
 " HA-AH"

Aishah rasa macam tak percaya yang hari itu ialah 9 Disember. Tarikh temuduga itu adalah pada 9 Disember. Hati ni rasa macam patah sejuta. Rupa-rupanya mesej tersebut dihantar pada 4 Disember. Itulah tarikh Aishah mula kehilangan telefon bimbit.
3 malam Aishah tak boleh tidur sebab fikirkan kejadian itu. Bila difikirkan, Aishah bukannya minat sangat pun. Tapi... Aishah cuma fikirkan yang kawan-kawan Aishah yang lain tak dapat pun. Aishah je dan lagi 2 orang.

Hmm... lama Aishah ambil masa untuk terima kenyataan ini. Aishah belajar untuk reda. Bila diimbas balik. Sebenarnya, ada sesuatu yang Allah rancangkan untuk Aishah. 

Sekiranya sesuatu itu berlaku mengikut rancangan kita, kita pasti seronok kerana rancangan kita berjaya..
tetapi sekiranya sesuatu itu berlaku di luar rancangan kita, sepatutnya kita lebih seronok kerana rancangan itu datangnya daripada Allah SWT.
Rancangan Allah itukan lebih indah =)

Kawan-kawan Aishah setia mengirimkan kata-kata semangat supaya Aishah calm. Aishah percaya, mungkin ada yang Allah cuba nak ajarkan kepada Aishah. 

Aishah belajar untuk lebih berjaga-jaga. Jangan suka hilangkan barang. Hargai setiap barang yang kita miliki. and yang paling penting!!!
Aishah belajar untuk reda.

Setiap kali buka Tafseer Quran, Aishah mesti buka halaman 34: Surah al-Baqarah...
Allah berfirman..." Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Sejak hari itu, Aishah kuat. Biarlah tak dapat PPPM. At least, 6 bulan ini dapat Aishah isi untuk belajar memandu, belajar memasak dan jaga opah. Alhamdulillah, baru-baru ini dikeluarkan senarai pelajar yang berjaya PPPM. Ramai juga kawan-kawan Aishah yang dapat program diploma cemerlang dalam negara dan ijazah luar negara. Rupa-rupanya, program yang Aishah dapat itu satu-satunya program yang memerlukan proses temuduga. Dan, cuma seorang sahaja pelajar dari maktab Parit yang berjaya. Selebihnya, pelajar Taiping, Pengkalan Chepa dan TGB yang memenuhi carta 200 pelajar yang berjaya.

Tahniah!!! Berusahalah, ya. Belajar rajin-rajin n manfaatkan peluang ni. In Sha Allah, Allah memudahkan jalan kalian yang menuntut ilmu.

Syukur dengan kenikmatan...
Reda terhadap kesulitan...


Itu, sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih,
Wallahua'lam
Assalamualaikum wbt.

Monday, 1 December 2014

Dia, Fatih Seferagic

Assalamualaikum


Cuba perhatikan betul-betul.
Kedua-dua jejaka ini memiliki wajah yang hampir serupa.
TETAPI,
dalaman rohani mereka bagai langit dan bumi. Sangat berbeza.
Alangkah terkejutnya Aishah apabila mendapati insan bernama Fatih itu seorang hafiz Quran. Subhanallah.
Bacaan al-Qurannya hampir mirip lenggok Qari Misyari al-Afasy. 

* bacaan beliau.

*

Jom sama-sama hafaz Quran.
Target: Surah al-Kahfi 1-10
In Sha Allah

Assalamualaikum

Saturday, 29 November 2014

SPM was Over

Assalamualaikum

Hampir seminggu balik dari maktab. Hmm, terkenang balik hari terakhir SPM.
Subuh hari itu rasa sejuk sangat. Kabus memenuhi kawasan Parit. Perjalanan ke surau untuk Subuh berjemaah rasa macam sayup semacam.
Dalam hati terfikir...
" Ni Subuh terakhir aku di maktab ni. Lepas ni, entah bilalah aku dapat Subuh berjemaah macam kat sini "
sobsob..

Aishah bersyukur sangat sebab di sana, pelajarnya diberi kesempatan untuk tunaikan solat Subuh berjemaah...Tapi, ramai yang tak hargai peluang ini. Mungkin, mereka tak nampak lagi hikmah Solat Subuh berjemaah.
Seriously BEST SANGAT !!!

Lepas Subuh dengan segera bersiap untuk sarapan di DS (dewan selera). Maklumlah, sarapan terakhir di ds kesayangan ~


Menuju ke Dewan Iltizam untuk Paper Biology....
BIOLOGY. Itulah antara paper yang paling Aishah takut selepas Add Math. Kedua2 paper ni Aishah fobia sikit.
Sekarang, segalanya dah berakhir..
Kita letakkan segala usaha dan ikhtiar kita kepadaNya dan bertawakal sahaja.
In Sya Allah, Dia pasti tahu yang TERBAIK.

* haha. Sempat lagi bergambar. Walhal, lagi beberapa minit nak exam Biology Paper 3. Huh =)

Sebaik tamat Paper 3. Satu perasaan sebak menyelubungi diri ini. Rasa macam sedih semacam. Sebab sebelum pukul 6.00 petang dah kena clear asrama. Aishah ingat lagi, waktu perjalanan balik asrama, 'angah' datang menyapa....
" Angah..jangan lah nangis.."
Bila tengok angah menangis, Aishah pun meleleh sama.

Memang sebak, sebab 2 tahun di Parit rasa macam sekejap sangat. 
2 tahun bagaikan tak cukup untuk Aishah mengenali mereka.

Seorang demi seorang balik dan akhirnya, mama dan ayah pun sampai.
Sebelum balik, sempat lambai Teacher Hayani, the most sporting teacher ever.

Selamat tinggal, Parit.
Lepas ni dah tak boleh nak tengok tiang jam Parit.
Haha...Tengok tiang jam Kulim jelah.

Itu sahaja,
Assalamualaikum

Friday, 28 November 2014

Detik 24 Oktober 2014

Assalamualaikum

Of spring, cream puffs, self-compassion and freedom
Hmm... Hampir 4 bulan tak update blog. Muahaha. Maklumlah calon ESPIEM lah katakan. 
Pejam celik, pejam celik tak sangka yang Aishah dah masuk form 5. What!!! I feel like it was just yesterday I went to the MRSM Parit. 

Itulah dunia. Masa terus berlalu. Usia terus meningkat. Lain pula di akhirat nanti. 
Kalau di syurga kita akan terus muda dan sihat untuk menikmati seluruh nikmat yang jauh lebih indah daripada kehidupan di dunia. Tapi, di neraka kita akan terus dihidupkan agar sentiasa merasai kesakitan dan keperitan seksa azab an-Nar. Nau'zubillahhi min zalik.

Dalam banyak-banyak hari yang ditempuh di maktab, ada satu hari yang sangat bermakna dan boleh dikatakan paling best.
24 Oktober 2014

Pagi itu merupakan
HARI GRADUASI MRSM PARIT KALI KEDUA 
Apa yang seronok???
Graduasi tahun ini telah melayakkan kesemua 208 calon SPM 14 untuk bergraduasi. Alhamdulillah. Kesemuanya dapat merasa memakai jubah graduasi. Apatahlagi, batch kita orang yang rasmikan jubah graduasi maktab. Tahun lepas maktab pinjam daripada maktab lain. MRSM baru lah katakan. Huhu.


Alhamdulillah, Aishah berjaya menduduki graduasi Kelas Pertama dengan pointer terkumpul 3.78. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat tu. Yang penting, waktu form 4 kena pulun dapat pointer tinggi...Nanti naik form 5, bila pointer jatuh sikit tak adalah menjejaskan TPNG ( pointer terkumpul ).

Debaran duduk di barisan hadapan ni lain macam sebab kita nampak semua yang terjadi betul-betul depan mata kita. Kita, orang pertama yang kena bangun untuk beratur mengambil 'skroll'. Huh.
  

Selesai Majlis Graduasi. Sembahyang Jumaat dulu. 3.00 petang, hantar jubah balik. Rasa macam nak bawa balik ja jubah tu, Tapi, nanti kena bayor RM 500. Huh. Tak sanggup, mak. 
Petang tu, terus turun dewan. Persiapan untuk 
Annual Dinner Le Virulents 
malam tu.

Aishah dilantik sebagai AMT ( ahli majlis tertinggi ) bahagian Montaj. Bukan satu montaj, tapi dua montaj yang kena siapkan. Memanglah nampak tugas buat montaj macam senang. Tapi, sebenarnya susah bila kita berurusan dengan orang lain. Huru-hara dibuatnya. Aishah belajar untuk bersabar dan professional apabila kita bekerja dan berurusan dengan manusia. 


Berbalik kepada Annual Dinner. Hmm, buat dalam maktab sahaja. Pengetua katakan bahawa SPM semakin hampir jadi, lebih baik buat dalam maktab. Hmm, mungkin itu lebih baik. Macam-macam yang dilalui barisan AMT atas,  sebelum berlangsungnya majlis. Terpaksa berurusan dengan pengetua berkali-kali. 
Akhirnya, malam itupun terlaksanalah majlis yang dinantikan Le Virulents. Bertemakan Guns n Roses, kesemua pelajar Tingkatan 5 kelihatan vogue sanagat. Bermacam-macam gaya ada. 



HOMEROOMKU SAYANGKU =)

Rasanya, buat di dewan pun better. Luas pun luas. Selesa. Overall, memang terbaik lah. 
Malam itu sahaja, Aishah dapat kumpulkan 5 'barang' sekaligus. Huh
Sijil Anugerah Kelas Pertama, 
Skroll Anugerah Khas Pengetua, 
Plak Anugerah Khas Pengetua, 
Teddy Bear Graduasi daripada mama ayah 
dan hamper cabutan bertuah Malam Annual Dinner.

Keesokannya harinya, bermulalah kembali perjuangan untuk menghadapi SPM. Sekurang-kurangnya 24 Oktober 2014 itu menjadi hari di mana stress kami dilepaskan sementara. Haha, sementara cuma.

Thanks for those remembrances...
......
Itu sahaja, 
kalam runcing daripadaku setelah sekian lama tidak menaip..

Assalamualaikum