Thursday, 29 December 2011

Penaja Yang Sangat Sporting

Assalamualaikum.

* buruk sungguh kaki doodle ni


Sejahtera ke atas pembaca sekalian. Siapa tak seronok kalau ada yang sudi menaja apa-apa peraduan yang kita anjurkan. Mesti seronokkan. Pada kali ini, Aishah tengah mengadakan Contest Kreatif Menulis Bersama HOB.

Di mana objektif Contest ini diadakan ialah :-
1. Ingin berkenalan dengan blogger yang mempunyai bakat dalam bidag penulisan.
- Sebelum ini, Aishah telah menganjurkan Contest Blog Paling kemas. Banyak blog yang Aishah kenal yang   mempunyai kreativiti menjaga blog mereka. Kali ini, Aishah berserta semua bloggers lain nak berkenalan dengan penulis-penulis yang hebat

2. Melihat sejauh mana Daya Imaginasi blogger
- Bloggers ni bukannya sekadar edit blog saja. Kita juga kena buat entri dan post yang menarik. Jadi, imaginasi yang terdapat pada diri blogger ini mampun digunakan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

3. Lu Pikir Lah Sendiri
- Banyak lagi kan....Termasuklah mengeratkan hubungan antara bloggers.

Jadi, berbalik kepada penaja. Terdapat banyak penaja yang sudi menaja contest Aishah kali ini. Ada yang Aishah gunakan hadiah Aishah sebagai hadiah untuk Contest. Contohnya, Aishah memangi contest. Hadiah untuk contest tu, Aishah gunakan sebagai hadiah untuk contest Aishah.

Terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan yang disalurkan. Orang kata, kita buat baik dekat orang, orang lain akan buat lebih baik dekat kita.
Amin


Semua ini hanya untuk mengalakkan penyertaan daripada anda semua.
Insyaallah, pada tahun hadapan mungkin Aishah tak seactive tahun ini. Inysallah, masa yang diberikan ini akan digunakan untuk membaca karya yang dihantar.

Itu sahaja.
Assalamualaikum

Tuesday, 20 December 2011

Doodle Untuk 2 Pemenang Lucky Draw

Assalamualaikum.

Ingat tak Lucky draw yang Aishah buat dulu. Ha, dua orang pemenang telah contact Aishah. Jadi, inilah hasilnya. Sebelum itu, Aishah nak minta maaf sebab lambat buat. Aishah balik kampung hari tu. Hehehe.

Ok, ni untuk Qurratu Ainn.







Awak berdua boleh pilih mana satu nak ambil. Kalau nak dua-dua pun tak apa. Kening saja yang beza. 

Aishah telah meletakkan satu perkara yang menjadi pemisah antara dua dooodle ni iaitu akesori tambahan. 
Maaf kalau tak menepati cita rasa. Ambillah kalau sudi.

* Kepada Afriza natasya..Tulisan itu akan disiapkan segera

Assalamualaikum

Friday, 9 December 2011

Senarai Cerpen yang Dipertandingkan M

Assalamualaikum.

Semalam tak post apa pun dekat blog. Hari ni nak buat list cerpen lah. 

Sebelum Aishah sambung, Aishah nak kata sesuatu..............
......
.
.
Cerpen yang dipertandingkan memang best. MANTOP
Contest kali ini tidak menerima sambutan sangat. Hal itu memang sudah dijangkakan dari awal lagi. Tidak mengapa, semoga yang menyertakan diri dalam contest ini dapat menambahkan ilmu dalam teknik penulisan pada semua termasuk Aishah sendiri.

  1.  Daripada Nini - Mamat Desperate  ( Done )
  2. Daripada Lia - Bateri AA  ( Done )
  3. Daripada Amirah - La Tahzan  ( Done )
  4. Daripada Wafa' - Istikharah Cinta  ( Done )
  5. Daripada AE - Suara  ( Done )
  6. Daripada Farz - Kerana Lolipop  ( Done )
  7. Daripada Haliza - Cinta Akhir Kata  ( Done )
  8. Daripada Eimma -  http://taipanjemarieimma.blogspot.com/2011/12/contest-kreatif-menulis-bersama-hob.html ( Done )
  9. Daripada Myn - Cinta Mekanik Cabuk  ( Done )
  10. Daripada Cik NurFar - Bos Kecik Aku Tu Sebenarnya Siapa  ( Done )
  11. Daripada Nasuha - Dongeng Dua Puteri ( Done )
  12. Daripada Cik Mira - Ruhis  ( Done )
  13. Puteri Auni - Aku Gadis Luar Biasa  ( Done )
  14. Daripada Farisya - Hanya Kerana Sebuah Persahabatan  ( Done )
  15. Daripada Virtual Writer - The Dreamcatcher   ( Done )
  16. Daripada Ina - Sebuah Persahabatan  ( Done )
  17. Daripada Athirah - Seteguh Kasih Ayah  ( Done )
  18. Daripada Nur - Pengalaman Kehidupan  (done )
  19. Dripada Szal - Kisahku Semanis Dark Chocolate  (done 
  20. Daripada Kid's - Sebuah Pertemuan FANA (done )
  21. Daripada Rafique - Ikatan Benang Maya  (done )



DONE - Aishah sudah membaca + dinilai oleh juri

Klik saja link yang Aishah bagi tu untuk baca cerpen mereka sebab 20% daripada 90% adalah daripada komen yang anda berikan.

Terima kasih sekali lagi kepada peserta-peserta yang menyertai contest Aishah yang tidak seberapa ini. Inysaallah, kita semua akan diberkati oleh Allah SWT.

AISHAH AKAN PASTIKAN SEBELUM 12.1.12, SEMUA CERPEN SUDAH HABIS DIBACA 

Sekiranya ada yang masih berminat untuk menyertai...< tekan sini >. Tarikh tamat 12 Jan 2012.
Masih lama bukan. Mari sertai.

Itu sahaja
Assalamualaikum

Tuesday, 6 December 2011

Syukran Jazilan

Assalamualaikum.

Letihnya hari ini sebab kena operasi melipat baju. Dari pukul 2.00 perang tak buka blog sampai sekarang baru boleh. Namun, keletihan Aishah berjaya disembuhkan setelah Aishah check komen moderation. 

Sudah hampir 4 orang yang menyertai Contest Kreatif Menulis bersama HOB. Terima kasih Aishah tujukan kepada yang sudi menyertai contest ni. Aishah minta maaf kalau contest ni menyusahkan para bloggers sekalian. Syukur
Alhamdulillah, 

Ingatkan tak ada orang nak join dah. Apabila perasaan putus asa semakin menghampiri diriku, pada saat itu, muncul pula penawar yang dapat menjadi mengembalikan semula kekuatan dalam diriku ini.

Terima kasih sahabat maya ku. Semoga Allah sentiasa memberkati dirimu. Kepada yang ingin menyertai contest ni, boleh lagi join. 


Itu sahaja..*semoga contest ini memberi manfaat buat semua orang.

Assalamualaikum

Monday, 28 November 2011

Doodles Mood

Assalamualaikum.

Lama sungguh kita tidak bersua. Aishah pun baru sahaja pulang dari dotdotdot. Secret. Tapi, best sangat. Balik saja terus buat doodle ni. Tapi, kali ni AIshah buat pakai trend lain sikit. Mungkin yang ni nampak lain sikit kot.

.....
......
.....
..
.

Tak teragak-agak nak senyum



 Yummy 



Owwh, masamnya




Woooaaa





Nice face, girl




Ummm, what should I call this ??




FINISH

Aishah membenarkan sesiapa sahaja mengambil doodle di atas ni dengan syarat, jangan buang watermark yang Aishah letakkan tu.

Itu sahaja.
Assalamualaikum

Wednesday, 23 November 2011

Contest Cute Dolly atau Doodle


Assalamualaikum.


Unikkan banner di atas. Sebenarnya Aishah join satu contest ni ' Contest Cute Dolly atau Doodle '. Menarik juga contest ni, tu yang join tu. 

MY NAME IS WANA

MY NAME IS WANI
MY NAME IS WINA


Itu sahaja. AIshah tahu semua tu sama saja trend nya. Terserah, CCI nak choose yang mana. They are twins actually. But, there are differences between them. 
Wana- Beautiful and nice girl
Wani- Cheerful girl
Wina - simple and smart girl.

Untuk contest ni Aishah gunakan teknik doodle yang Aishah pakai waktu awal-awal Aishah buat doodle. Comel juga.

Assalamualaikum



Tuesday, 22 November 2011

Ketahui Jantina Komputer atau Laptop ?

Assalamualaikum.

Nak kongsi sesuatu benda yang sangat menarik. Pernah tak kita tahu yang lappy/comp kita ni laki atau perempuan. Jadi, jom kita sama-sama bongkarkan...

Ikuti step di bawah :

1. Buka Notepad.

2. Copy kod bawah ni dan paste pada notepad anda
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love You"
3. Kemudian, save as file tersebut dengan nama  love u.vbs. Semasa nak save pastikan type All Files.

4. Letak lah file tu dekat desktop anda. Dan cuba klik. Kalau suara yang keluar tu macam perempuan, perempuan lah, tapi kalau garau semacam, faham-faham lah.

Aishah dah try dah pun. Computer Aishah perempuan. Hehehe.
Yang Aishah warnakan oren tu boleh tukar dengan ayat yang lain. Seronok juga main dengan benda alah tu.


Itu sahaja. Jumpa lagi.
Assalamualaikum