Friday, 28 March 2014

Cinta Sang Pencipta

Assalamualaikum

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi)
Cinta itu fitrah insani.

Cinta itu anugerah Ilahi yang tak ternilai.
Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah.

MasyaAllah… indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah.

Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan  cinta itulah wujudnya kebahagiaan. 
Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama.

Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu?





“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa.
Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta.
Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.
Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Siapa kita untuk membuang rasa cinta dihati?

Siapa kita untuk menidakkan takdir Illahi?
Siapa kita untuk melawan rasa fitrah insani?



Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.

ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah Al-Muzzammil, 1-3)
MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi apa lagi yang kita nafikan?

Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.
Wallahua'lam
Assalamualaikum..

Pesta SEM

Assalamualaikum...

Pada penghujung bulan JANUARI 2014, telah diadakan PESTA SEM TYPE 3. 
Ini adalah antara program maktab yang paling menakutkan. Hasilkan inovasi, buat dokumentasi, bentangkan. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Itu paling BEST!!!

Tapi, apa-apapun kami kena laluinya juga. Las2 minute baru dapat idea. Menarik juga idea kami...
Green-Weed Killer...
Rasanya bertentangan dengan  kempen pengetua..Hihi =D




Akhirnya, yang membentangkannya adalah Aishah, Zulaikha...Aishah yang paling banyak cakap...Zu tolong back up..Hmm, macam-macam perkara yang terjadi sepanjang proses nak siapkan board SEM ni. ...

Taqabalallah Minna Wa Minkum =)
Assalamualaikum

Tuesday, 25 March 2014

Dunia Baru

Assalamualaikum


501 2014



* KELAS BARU *
501
Tahun 2014 merupakan tahun di mana pelajar Tingkatan 5 2014 terpaksa melalui satu perubahan iaitu shuffle kelas. Walaupun, bermacam cara dilakukan oleh BWP untuk menolak rancangan pembubaran kelas, tapi akhirnya tahun ini kami terpaksa melaluinya.

501 dan 507 dijadikan sebagai kelas elit yang menempatkan pelajar yang berada di TOP 60 semasa Final Sem 2 2013. 
Manakala pelajar lain ditabur sama rata di kelas 502 - 506.

Aishah tak tahu nak kata apa-apa...Sememangnya agak tertekan berada dalam kelas elit ini..
" Awak semua MASTER MENTOR!!! Awak MESTI dapat A sekurang-kurangnya A-. "
Ya Allah, hari-hari mendengar kata-kata yang sama. 

Aishah terus STAY POSITIVE. Anggap yang cikgu cuma nak yang terbaik untuk calon SPM 2014. 
In Sya Allah, setiap kata-kata cikgu itu adalah doa..
Terus cekal 501.

Tahniah kepada calon SPM 2013 berjaya menduduki tangga ke-18 MRSM SEMALAYSIA...

Assalamualaikum


Friday, 27 December 2013

Pesan Imam Syafie :D

Assalamualaikum.




Let the picture tells everthing =D
Take the ibrah ...
2014 is just around the corner. Be ready for New Year and New Target .

Assalamualaikum.

Thursday, 19 December 2013

Remembrance : Ambil Result PMR 2012

Assalamualaikum.

Berdebar-debar rasanya calon PMR 2013 hari ini menanti keputusan peperiksaan mereka. Aishah pun tak tahu kenapa hari ini membuatkan Aishah teringat kenangan semasa mengambil result PMR 2012. Subhanallah memang tak terkata...

tandantangan minit mesyuarat persatuan Gegografi buat kali terakhir di SMKSB =D

Pagi itu, Allah mengejutkan Aishah seawal jam 5.00 pagi. Aishah pun terus bangun dan bersihkan diri untuk Solat Subuh. Pagi itu, Aishah buat kerja rumah seperti biasa. Basuh pinggan, sidai baju dan kemas bilik. Sampailah pukul 9.30, Aishah mula bersiap untuk ke sekolah. 

Entahlah, pukul berapa baru bertolak ke sekolah. Rasanya pukul 10.30 pagi macam itulah. Masya Allah, dalam kereta itu, emosi Aishah yang tak menentu menimbulkan pelbagai persoalan tentang keputusan yang bakal Aishah terima. Akhirnya, ayah berjaya parkir kereta di padang SMK Sultan Badlishah. Erat saja tangan ni pegang tangan mama. Dalam perjalanan ke dewan, macam-macam reaksi pelajar lain yang Aishah dah jumpa... Dalam hati, Aishah kata,
" Awalnya, result sampai..."

Jantung berdegup semakin kencang. Sebaik tiba di dewan, terus terserempak dengan Afifah. Tengok muka Afifah sungguh menakutkan...
" Afifah, dapat kah?"
" Alhamdulillah," Afifah berkata sedemikian seraya menunjukkan slip PMR nya. Seronok pun ada takut pun ada bila tengok result Afifah...
Dalam hati berkata, " Afifah boleh, aku mesti boleh,"

Kemudian, terus ke meja kelas 3A10 di hujung Dewan Syed Ahmad ( dewan terbuka ). Cikgu Nazmah senyum ja dari jauh.. 

Terjumpa, Izyan pula...Izyan dah seronok dah dapat result. Sementara nak tunggu Kokillan, sembang kejap dengan Izyan...Sampailah giliran Aishah.
" Aishah .... Hmmm...Kejap noh," cikgu belek-belek slip yang ada dekat tangannya. 
" Ha!!! Ini Dia..Nor Aishah binti Norrifin.." cikgu pun menghulurkan slip tersebut kepada Aishah. Dalam hati ini rasa macam tak nak tengok slip itu.
Bila slip itu selamat berada dalm tangan Aishah, perlahan Aishah selak dan lihat satu persatu subjek.....Sampailah kepada subjek terbawah...
" ALHAMDULILLAH !!! "

Itulah perkataan pertama yang keluar. Air mata dah mula keluar. Cikgu Nazmah yang ada betul-betul depan Aishah, terus Aishah peluk. Aishah pun tak tahu kenapa Aishah menangis. Mungkin kerana Aishah berasa usaha yang Aishah kerahkan selama ini akhirnya membuahkan kejayaan. 
" Tahniah, Aishah. Teruskan usaha... Cikgu maafkan,..Dah, cikgu halalkan semua ilmu," kata cikgu Nazmah semasa dalam dakapan.
" Terima kasih banyak-banyak cikgu,"
Kemudian, mama, ayah yang setia menunggu di belakang, terus Aishah peluk sambil tunjukkan slip. Ya Allah, waktu itu air mata seperti tak boleh dikawal. Dah rasa macam nak banjir...

Tiba-tiba datang pula Pengerusi PIBG SMKSB..
" Nak ambil gambar..Straight A kan,"
"Ya,"
Lepas tu, Aishah dengan Afifah ke depan dewan untuk tengok analisis PMR 2012. Dalam perjalanan ke depan dewan, Aishah melalui kelas-kelas lain. Cikgu Sanusi, kelas 3A5 senyum ja tengok Aishah. Aishah tengok je cikgu.." Cikgu !!" sambil tunduk.
" Tahniah Aishah," ingat lagi, itulah kata-kata Cikgu Sanusi sambil tundukkan kepala sikit kepada Aishah. Aishah akan selamanya ingat Cikgu Sanusi. Banyak pengalaman dengan Cg Sanusi. Cikgu inilah yang membuatkan mutu karangan Aishah bertambah baik sampaikan bila masuk MRSM, Cikgu Ainor kata,
" Aishah!!! Karangan awak bombastik sangat..Kurangkan sikit tahap bombastik tu," tak faham betullah Aishah. Hihi.

Tak lama kemudian, Aizat pun sampai. Alhamdulillah, keempat-empat kami berjaya. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setahun tu, kami diberi tugasan yang gila-gila memang membuahkan hasil...

* Izyan balik awai sangat aiihhh.. ~ eheh.
* muka skema
Segala memori yang indah Aishah sematkan dalam hati. Ada jodoh, in sya Allah, jumpa lagi.

Kepada calon PMR 2013, ALLTHE BEST !!! In Sya Allah, kejayaan menanti kalian yang sudah berusaha dan bertawakal kepada Allah. 
Serahkan segalanya kepada Allah... Allah tahu apa yang terbaik :D
Taqabalallah Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kareem 

Assalamualaikum 


Monday, 16 December 2013

Hakikat Bahagia

Assalamualaikum,
ya akhi ya ukhti :D

Indahnya hidup ini kalau kita berpegang pada fitrah. Allah dah tetapkan fitrah bagi manusia, serta makhluk yang lain. Jadi, hari ini suka pula nak sembang fasal " Hakikat Bahagia ".

Pertamanya, bahagia itu datang dari mana?
Daripada boyfriend?
Daripada girlfriend?
Astaghfirullah hal Azim, kebahagiaan itu sebenarnya datang daripada Allah. Allah jualah yang berhak memberi kebahagiaan kepada hambaNya. Allah campakkan rasa bahagian itu ke dalam hati masing-masing... Agak-agak, siapalah kita tanpa Pencipta?



1. Beriman dan Beramal Soleh
----------------------------------
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)

Ibnu Abbas mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai rezeki yang halal lagi baik.
Saidina Ali pula mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai sifat qanaah iaitu sentiasa berasa cukup =D
Ali bin Abi Thalhah pula menyifatkan kehidupan yang baik itu sebagai kebahagiaan.


2. Sentiasa Mengingati Allah
-------------------------------

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenang " (ar-Rad : 28 )

3. Tawakal Kepada Allah
----------------------------

 "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Al-Talaq :3)

Bertawakal ---> Bersandar kepada Allah.
Bertawakal adalah apabila setelah kita berusaha sedaya upaya. Kemudian, kita sandarkanlah segalanya kepada yang Maha Kuasa. Ingat, hanya Dia lah tempat yang layak kita serahkan segala urusan dan meminta pertolongan. In Sya Allah :)


4. Mencari Peluang untuk Buat Baik 
------------------------------------------
 "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa' : 114)


Subhanallah.. Allah gariskan ' sesiapa yang menyuruh manusia kepada kebaikan ...' dia beroleh pahala.
Pahala merupakan kenikmatan kepada kita. Siapa tak seronok dapat pahala. Itu merupakan kebaikan daripada Allah. Cuma kita tak sedar Allah berikan pahala. 
Tapi, tanpa sedar itulah Allah berikan kita ketenangan.


5. Tidak Memikirkan Masa Depan dan Tidak Meratapi Masa Sila
---------------------------------------------------------------------------

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka kepada amalan syaitan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menitip pesan kepada kita...Kita sebagai 'Abd Allah ' @ Hamba Allah ini hanya perlu reda dengan ketentuanNya. Jangan pernah menyalahkan takdir. Apabila kita sabar dan reda nescaya kita akan mendapat ketenangan.
Jangan juga kita terlalu memikirkan masa hadapan secara melampau-lampau. Biarkan Allah dengan urusan Allah. Jangan kita, manusia yang  biasa ni nak masuk campur urusanNya..Laksanakan perintah Allah ;D



6. Lihat Apa yang Kita Ada Bukannya yang Tiada
------------------------------------------------------------

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." 
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

7. Jangan Mengharap Penghargaan daripada yang Lain 
-------------------------------------------------------------
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan : 9)


Hayati bait lirik Hakikat Bahagia daripada UNIC...Sungguh menyentuh :D

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 
Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Sama-sama kita menghayati. Mari bersama menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat. In Sya Allah =D
Astajib Dua' Ana, Ya Rahman

Assalamualaikum,

Friday, 29 November 2013

Colours of 2013 in Parit

Assalamualaikum.

Subhanallah, takdir Allah sungguh indah. Allah sudah atur cantik punya untuk kita. Aishah sendiri tak sangka hari ini Aishah sudah bergelar pelajar asrama. Kalau dulu, tak pernah terlintas akan duduk asrama. Takdir membongkar segala-galanya.



Untuk berpisah dengan sahabat-sahabat dari sekolah lama, SMK SUltan Badlishah memang sukar. Kadang kala, sempat lagi meraskan hendak berpatah balik. Tetapi, keyakinan bahawa perubahan, penghijrahan itu perlu. Mana tahu tempat lain lagi bagus. Jadi, detik-detik awal di MRSM Parit bagaikan permulaan hidup baru bagi Aishah. 


Aishah dipertemukan dengan pelbagai ragam manusia. Di situ, Aishah mula kenal bagaimana hendak memikat hati seorang kawan. Aishah juga dipertemukan dengan rakan bilik yang sendiri ada ragamnya. Hubungan roomate ni menyebabkan Aishah lebih kenal erti kehidupan. Tapi tidak semuanya manis. Kekadang, kami diduga dengan ujian. Perit rasanya, tapi Alhamdulillah Allah pertemukan jalan menyelesaikan masalah. Dan itulah yang menyebabkan hubungan ukhuwah kami bertambah kuat.

Bilik 4 memang hebat. Di dalamnya, ada pakar robot. Ada jurukamera berkalibar. Ada pemimpin berjaya. Ada tukang urut terhandal. Ada pelukis professional. Dan macam-macam lagi. Aishah ingat lagi, semasa Hari Anugerah Semester 1, cuma seorang saja yang tidak dapat naik pentas, 7 orang yang lain berjaya mendapat sijil penghormatan pengetua termasuk Aishah. Bilik 4 kadang-kadang dilabel skema sebab asal prep mesti senyap. Kami bukan skema tapi, gunakan masa prep dengan baik tapi kadang-kadang bising juga.
Bilik 4 juga melahirkan pemimpin yang kuat. Ada naib presiden PRS dalamnya, ada Ahli Majlis Tertinggi LDP, ada Presiden Puteri Islam, BADAR, penasihat Tunas Doktor dan lain-lain. Kami saling menasihati. Yang hebat ilmu ini, berkongsi dengan yang lain. 



Kemudian, Aishah dimasukkan ke dalam kelas 405. Pada mulanya kelas ini adalah kelas yang agak pasif. Kemudian, apabila berlaku pembubaran kelas, Aishah still 405. Aishah dapat lihat perubahan dalam kelas tersebut. Kelas bertambah meriah dan ahli saling membantu. Ukhuwah antara ahli kelas bertambah erat semasa menyiapkan kelas untuk UNGA Festival. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing-masing dengan baik. Persembahan UNGA juga telah merapatkan hubungan kami sekelas. Sampaikan persembahan kelas kami dilabel sebagai antara persembahan terbaik. 
Pernah terjadi satu peristiwa semasa minggu aktiviti sem2. Setiap kelas tingkatan 4 diwajibkan membuat persembahan drama Sejarah tema Kemerdekaan. Jadi, hampir semua kelas tingkatan 4 tidak membuat persediaan kerana terlampau sibuk kisahkan UNGA. Termasuklah 405. Sebaik tamat sahaja UNGA, esoknya tu ada Hari Tamat Kokurikulum pada paginya. Pada sebelah petang berlangsunglah Pertandingan Drama Sejarah. Semua orang risau dengan persiapan drama. Aishah ingat hancur dah kelas Aishah. Rupanya dia orang dah practice dekat surau. Bila Aishah dapat tahu terus pergi surau. Sampai je dekat surau, dia orang terus cakap, 
" Aishah kau jadi narrator.. Tengok macam mana persembahan ni. Lepas tu kau rekalah ayat yang kau nak cakap "

Aishah buntu. Masa tak lama untuk Aishah prepare skrip. Solat Zuhur dulu, 30 minit berbaki sebelum pertandingan bermula. 
Tajuk Drama Sejarah 405 : PEMBELOT
Alhamdulillah, perjalanan drama berlangsung dengan baik walaupun kadang-kadang microphone ada problem. Bila Aishah rasa kaku, tak tahu nak cakap,ada je yang buat lakonan spontan . Memang terbaek !!! AKhirnya kelas 405 dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Drama Sejarah. 
Kelas 405 pernah menjadi kelas kedua terbaik dalam subjek AddMath dan kelas terbaik bagi Biology. Subjek lain tak ambil tahu pula. Hehe :D
Semasa kem Mantop Student For Student... 405 Girls berjaya menjadi johan dalam Cabaran Membalut Telut. Telur tu tak pecah walaupun dicampak sekuat mana sekalipun. Hebat betul ikatan ukhuwah itu =D


Aishah juga dimauskkan dalam satu kelompok yang diberi nama Homeroom Ustazah Siti Aishah atau nama glamour Homeroom USA. Hehe. Pada mulanya Aishah tak nampak objektif homeroom tu sendiri yang nak memupuk rasa sudara sesama ahli homeroom. Tetapi, lama kelamaan memang timbul rasa bahawa setiap ahli homeroom itu bagaikan adik beradik sendiri. Yang muda anggap bagaikan adik, yang tua bagaikan abang dan kakak. Kami saling berkongsi masalah dan membantu terutama waktu exam.
Semasa Minggu Aktiviti Sem1, Homeroom USA mendapat tempat kedua secara keseluruhan. Bagi Aishah, Homeroom USA ni hebat juga. 
Ada Presiden BADAR (BWP), LDP, PRS, BADAR, presiden persatuan. Setiap ahli ada sahaja kelebihannya. Malah, setiap kali exam, akan ada ahli homeroom USA yang mengambil tempat di 10 teratas. Aishah dan Nik lah yang selalu bertukar tempat di 10 teratas tu. 
Ummi sangat baik dan prihatin terhadap anak homeroomnya. Aishah tak tahu nak describe bagaimana prihatinnya ummi. Tapi, apabila adanya ummi, rasa macam ada ibu yang bersama Aishah di asrama. Ummi juga seorang warden. 


Akhir sekali, Aishah juga berpeluang merasai pengalaman hidup berorganisasi. Tahniah dan Takziah.. Aishah menjadi ahli BADAR bagi tahun 2013 dan 2014. Aishah sangat sayang organisasi ini. Presiden BADAR pula ahli homeroom Aishah sendiri, classmate , lebih mudahlah. Aishah sayangkan BADAR sebab, susah senang kami sama-sama rasa. Kami sama-sama rasa betapa dakwah itu penuh dengan ujian. Kami bersama-sama berusaha dalam mengimarahkan surau. 
Satu benda yang Aishah tertarik dengan BADAR ialah Usrah BADAR. Melalui usrah ni, Aishah belajar banyak perkara dan dari sini Aishah dapat tingkatkan ilmu. Habis saja usrah, esoknya tu, Aishah cakap depan satu kelas. Kadang-kadang, ada ahli kelas Aishah yang down, Aishah datang dekat dia dan cuba berikan kata-kata semangat pada mereka. Aishah tak nak tengok kawan-kawan Aishah feeling down je. Terutama lepas dapat result. Macam-macam cara Aishah pujuk jiwa mereka.
Pernah satu hari BADAR ditugaskan untuk bersihkan surau sempena Hari Graduasi. Gotong Royong malam itu adalah gotong royong paling best. Masing-maisng buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Surau tu terus clean and clear :D

Itulah..
Aishah seronok berada di MRSM Parit walaupun kekadang terlintas kembali memori di sekolah lama. Namun, hidup perlu diteruskan. Suasana baru harus diterima.
Aishah tak dapat nafikan, maktab tersebut baru dan masih ada kekurangannya. Tapi, kami pelajar yang masuk ke maktab tersebutlah yang bakal melengkapi segala yang kurang. Memang kami perlu berkorban. 
Awal tahun tak ada whiteboard, tapi pengorbanan tersebut pasti membuahkan hasil. In Sya Allah.
Ya Allah terima kasih di atas jalan-jalan kemudahan yang Kau berikan. Walaupun kekadang Engkau mengujiku dengan pelbagai ujian, tapi Kau masih berikan aku petunjuk untuk hadapi ujian tersebut. 

Tahun depan, bilik dan kelas bakal dirombak. Aishah yakin Allah pasti telah tentukan yang terbaik untuk Aishah. 
Thanks for the Memory Room 4, Class 405. I'll never let the memories escape from my heart...
Forgive everyone for the sake of ukhuwah
Semoga tahun hadapan, tahu yang lebih mencabar, lebih berat amanah yang bakal dipikul bakal, meninggalkan kenangan manis dan mencatatkan sejarah yang membanggakan dalam hidup Aishah In Sya Allah.

Assalamualaikum