Tuesday, 29 July 2014

Al- Akif, Going to Miss

Assalamualaikum

Kini sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan 
BADAR
Tak sangka sudah lebih kurang setahun lebih menjadi ahli 
badan dakwah kerohanian.

Seronok sebenarnya menjadi ahli BADAR. Ya, memang ini adalah satu amanah yang besar. Tapi, apabila amanah ini digalas secara bersama-sama, amanah tersebut terasa mudah untuk dilaksanakan.

Saat-saat awal sebagai ahli BADAR walaupun berasa sangat sukar tapi kami ditemani Ustazah  Syakiroh, Ustazah Zahirah Teacher Munal. 


Setiap hari Khamis selepas Isya', kami akan adakan Usrah BADAR. Seronok sangat berusrah dengan ustazah dan teacher. Tapi...
Lama kelamaan, seorang demi seorang meninggalkan kami. Bermula dengan Ustazah Syakiroh yang telah meninggalkan satu semangat yang membuak-buak untuk kami teruskan legasi ustazah di maktab.

Teacher Munal hadir menggantikan posisi ustazah. Tak lama kemudian Teacher Munal berserta dengan Ustazah Zahirah meninggalkan kami. Saat itu, kami berdiri sendiri berbekalkan ilmu yang kami ada. 

Tahun 2014, kami bergerak sendiri di bawah pimpinan Presiden BADAR. 

Pada Aishah, walaupun tak banyak pembaharuan yang dapat dilakukan sekurang-kurangnya kami telah berusaha untuk mengubah sesuatu dalam maktab ini. Haha...pelajar puteri pun dah tak berani untuk turun Maghrib lewat. Sebelum 7.15 dah mula penuh surau. Alhamdulillah. Walaupun masih ada segelintir yang tetap berdegil untuk turun lewat..Hmm, tak tahu dah nak buat apa.
" Berdoa je lah.. Moga2 Allah buka pintu hati dia untuk turun surau awal "

Ni paling lawak!!! BADAR buat jualan buku selama sebulan di maktab. Yang paling tak tahan, pernah sehari tu... Pendaftaran Tingkatan 4 2014 ambilan pertama. Ramai yang buat jualan di pusat pelajar. TupTup, kami berniaga buku dekat depan surau ni. Haha. Macam krik..krik.. Memang tak dapat dilupakan!!! 

Waktu ini pun best. BADAR dapat peluang untuk dengar ceramah PU YEOP dekat Siputeh. Ceramah ni best sangat. Bukan sekadar dengan ceramah, tapi sambil dengar QASIDAH dari KUISAS. Malam itu seronok sangat. BADARIAH semua duduk bersila di depan sekali. Haha =) Kesempatan ni kami ambil untuk jemput PU YEOP ke maktab kami. Akhirnya, hasrat itu tercapai. PU YEOP datang ke maktab kami di Malam Gema Islam masa bulan Ramadhan. =D


Inilah board yang paling Aishah sayang. Kalau dulu, Aishah rajin update info dekat board ni. Sesetengah info tu Aishah ambil daripada blog Aishah sendiri. Puas rasanya dapat menampal artikel dan orang lain dapat membacanya. Selalunya Aishah akan datang awal ke surau untuk tampal. Lepas tu, ramai orang berkerumun dekat board ni waktu Solat Maghrib. 
Tapi, masuk bulan April 2014 lebih kurang, Aishah dah macam busy sampai tak sempat nak update yang baru. Hmm... Sedih juga sebab tak ada masa untuk buat benda ni dan board ni terbiar macam tu saja. Ada juga yang tanya...
" Aishah, tak ada artikel baru ke?"
Aishah geleng saja...
Tak apa...BADAR 2014/2015 kan ada. Aishah yakin diorang dapat buat yang jauh lebih baik =D


Inilah Surau al-Akif, MRSM Parit. Seronok dapat jaga surau ni. Setiap pagi Ahad, BADAR gotong royong, bersihkan surau sambil layan nasyid. Sampaikan terlentok dalam bilik BADAR. Haha. BESAR!!! Surau ni memang besar. Nak jaga surau ni, memerlukan satu kerjasama yang baik =D

Aishah ingat kata-kata Prof MAZA semasa program NADWAH...
" Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berharap agar pemimpin selepasnya JAUH LEBIH BAIK daripadanya "

Kalau dulu, Aishah selalu terbayang macam mana rasanya saat melepaskan jawatan ini...MESTI SERONOK SEBAB TAK PAYAH MENCARI PUBLISITI DAH... Ternyata, apa yang Aishah fikir tu salah.
Rasanya sangat sedih untuk lepaskan satu badan yang telah menyatukan jiwa-jiwa ahli BADAR ni. Semasa membaca Doa Rabitah buat kali terakhir hari itu, terasa sedikit sebak. Mengenang kembali saat pertama kali membaca Doa Rabitah bersama Ustazah Syakiroh, Ustazah Zahirah, Teacher Munal, Ustaz Hazwan...Tak sangka, akhirnya Aishah akan menadah tangan untuk Doa Rabitah terakhir sebagai Ahli Badar.

Semoga amanah yang Aishah pegang selama ini terlaksana. Cukuplah, artikel yang Aishah tampal, tazkirah yang disampaikan, ajakan memenuhkan saf, denda sebab tak turun Subuh dan macam-macam lagi. 

Minta maaf kalau selama menjadi BADAR Aishah tersalah tindakan atau melukakan hati mana-mana pihak. Hakikat sebagai pemimpin memang akan ada orang yang tidak suka kepada kita. Aishah terima hakikat itu dan disebabkan itulah Aishah menerima jawatan ini dengan ikhlas.

Semoga BADAR 2014/2015 mampu melakukan suatu pembaharuan dan menjadi lebih baik. In Shaa Allah =D

# Struggling for SPMrsm dan SPM. Man Jadda Wa Jada :)
Assalamualaikum
Taqabalallah Minna Wa Minkum.

Saturday, 26 July 2014

Qalam Ramadhan =)

                                                                  Assalamualaikum


Subhanallah... Ramadhan dah bersama dengan kita selama hampir sebulan. Pada pandangan Aishah sendiri, Aishah rasakan kelainan pada bulan ini. Aishah setuju dengan kenyataan :-

Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Banyak ujian dalam bulan Ramadhan ni. Pertamanya, Aishah menghadapi Peperiksaan Trial SPMrsm. Sebelum datang bulan Ramadhan Aishah terfikir...
Bolehkah Aishah khatam Quran kalau bulan puasa ni Aishah exam. Tapi, Alhamdulillah Allah itu sentiasa ada untuk permudahkan.

Aishah ingat lagi, kata-kata Kak Atiqah dalam usrah...

Kesibukan itu sebenarnya UJIAN... Yang penting, kita ada KEMAHUAN dan NIAT yang betul =D

Tak cukup dengan exam. Suatu hari, kena pula sakit kepala. Kena pula hari Nuzul Quran. Rasa sakit kepala tu membuatkan Aishah langsung tak boleh study. Baru nak baca Chapter Radioactivity, kepala macam mencucuk-cucuk. Waktu tu tak tahu lah nak buat apa. Lumur minyak angin kat kepala.  Sehari itu memang tak study langsung, walhal ESOK nak exam Physics. 
Malam pula badan panas semacam. Masa itu, Aishah tawakal saja kepada Allah. Dengan harapan boleh jawab Physics.


Keseluruhannya, Aishah rasakan Ramadhan kali ini jauh lebih mencabar. 
1- Bersahur
2- Study sikit
3- Bersiap untuk solat subuh berjemaah
4- Bersiap ke sekolah
5- EXAM 
6- solat Zuhur * lepas tu exam balik
7- siap2 SOlat Asar berjemaah
8- Tadarus
9- Ambil makanan berbuka
10- bersiap2
11- * berniaga 
12- berbuka
13- solat Maghrib Isya' berjemaah
14- Solat tarawih berjemaah
15- Prep sekejap
16- sambung study kat bilik sampai tgh malam
17- tidur

dan lain-lain ~

-----------------------

Ya Allah...
Aku bersyukur kerana bulan ini banyak mengajar aku erti
 KESABARAN ... KESYUKURAN... KEIKHLASAN.

Aku berharap agar TARGET RAMADHAN tahun ini tercapai =)


Pejam celik...pejam celik...
Tetamu yang istimewa daripadaMU dah nak pergi. 
I felt sad when realised that Ramadhan is about to leave us...
I don't know whether Ramadhan satisfied with me or not...
I had done my best for this magnificent month...
Ya Allah, accept my ibadah :)

Thanks Ramadhan for being a great TEACHER for me =D
I'm going to miss you...
Ya Allah, let me be in the next Ramadhan and
may we have a better Ramadhan every year . Ameen

Itu sahaja...
Selamat Menyambut Aidilfitri tahun ini.
Taqabalallah Minna Wa Minkum =D

Assalamualaikum

Friday, 28 March 2014

Cinta Sang Pencipta

Assalamualaikum

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi)
Cinta itu fitrah insani.

Cinta itu anugerah Ilahi yang tak ternilai.
Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah.

MasyaAllah… indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah.

Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan  cinta itulah wujudnya kebahagiaan. 
Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama.

Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu?





“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa.
Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta.
Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.
Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Siapa kita untuk membuang rasa cinta dihati?

Siapa kita untuk menidakkan takdir Illahi?
Siapa kita untuk melawan rasa fitrah insani?



Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.

ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah Al-Muzzammil, 1-3)
MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi apa lagi yang kita nafikan?

Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.
Wallahua'lam
Assalamualaikum..

Pesta SEM

Assalamualaikum...

Pada penghujung bulan JANUARI 2014, telah diadakan PESTA SEM TYPE 3. 
Ini adalah antara program maktab yang paling menakutkan. Hasilkan inovasi, buat dokumentasi, bentangkan. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Itu paling BEST!!!

Tapi, apa-apapun kami kena laluinya juga. Las2 minute baru dapat idea. Menarik juga idea kami...
Green-Weed Killer...
Rasanya bertentangan dengan  kempen pengetua..Hihi =D




Akhirnya, yang membentangkannya adalah Aishah, Zulaikha...Aishah yang paling banyak cakap...Zu tolong back up..Hmm, macam-macam perkara yang terjadi sepanjang proses nak siapkan board SEM ni. ...

Taqabalallah Minna Wa Minkum =)
Assalamualaikum

Tuesday, 25 March 2014

Dunia Baru

Assalamualaikum


501 2014



* KELAS BARU *
501
Tahun 2014 merupakan tahun di mana pelajar Tingkatan 5 2014 terpaksa melalui satu perubahan iaitu shuffle kelas. Walaupun, bermacam cara dilakukan oleh BWP untuk menolak rancangan pembubaran kelas, tapi akhirnya tahun ini kami terpaksa melaluinya.

501 dan 507 dijadikan sebagai kelas elit yang menempatkan pelajar yang berada di TOP 60 semasa Final Sem 2 2013. 
Manakala pelajar lain ditabur sama rata di kelas 502 - 506.

Aishah tak tahu nak kata apa-apa...Sememangnya agak tertekan berada dalam kelas elit ini..
" Awak semua MASTER MENTOR!!! Awak MESTI dapat A sekurang-kurangnya A-. "
Ya Allah, hari-hari mendengar kata-kata yang sama. 

Aishah terus STAY POSITIVE. Anggap yang cikgu cuma nak yang terbaik untuk calon SPM 2014. 
In Sya Allah, setiap kata-kata cikgu itu adalah doa..
Terus cekal 501.

Tahniah kepada calon SPM 2013 berjaya menduduki tangga ke-18 MRSM SEMALAYSIA...

Assalamualaikum


Friday, 27 December 2013

Pesan Imam Syafie :D

Assalamualaikum.




Let the picture tells everthing =D
Take the ibrah ...
2014 is just around the corner. Be ready for New Year and New Target .

Assalamualaikum.

Thursday, 19 December 2013

Remembrance : Ambil Result PMR 2012

Assalamualaikum.

Berdebar-debar rasanya calon PMR 2013 hari ini menanti keputusan peperiksaan mereka. Aishah pun tak tahu kenapa hari ini membuatkan Aishah teringat kenangan semasa mengambil result PMR 2012. Subhanallah memang tak terkata...

tandantangan minit mesyuarat persatuan Gegografi buat kali terakhir di SMKSB =D

Pagi itu, Allah mengejutkan Aishah seawal jam 5.00 pagi. Aishah pun terus bangun dan bersihkan diri untuk Solat Subuh. Pagi itu, Aishah buat kerja rumah seperti biasa. Basuh pinggan, sidai baju dan kemas bilik. Sampailah pukul 9.30, Aishah mula bersiap untuk ke sekolah. 

Entahlah, pukul berapa baru bertolak ke sekolah. Rasanya pukul 10.30 pagi macam itulah. Masya Allah, dalam kereta itu, emosi Aishah yang tak menentu menimbulkan pelbagai persoalan tentang keputusan yang bakal Aishah terima. Akhirnya, ayah berjaya parkir kereta di padang SMK Sultan Badlishah. Erat saja tangan ni pegang tangan mama. Dalam perjalanan ke dewan, macam-macam reaksi pelajar lain yang Aishah dah jumpa... Dalam hati, Aishah kata,
" Awalnya, result sampai..."

Jantung berdegup semakin kencang. Sebaik tiba di dewan, terus terserempak dengan Afifah. Tengok muka Afifah sungguh menakutkan...
" Afifah, dapat kah?"
" Alhamdulillah," Afifah berkata sedemikian seraya menunjukkan slip PMR nya. Seronok pun ada takut pun ada bila tengok result Afifah...
Dalam hati berkata, " Afifah boleh, aku mesti boleh,"

Kemudian, terus ke meja kelas 3A10 di hujung Dewan Syed Ahmad ( dewan terbuka ). Cikgu Nazmah senyum ja dari jauh.. 

Terjumpa, Izyan pula...Izyan dah seronok dah dapat result. Sementara nak tunggu Kokillan, sembang kejap dengan Izyan...Sampailah giliran Aishah.
" Aishah .... Hmmm...Kejap noh," cikgu belek-belek slip yang ada dekat tangannya. 
" Ha!!! Ini Dia..Nor Aishah binti Norrifin.." cikgu pun menghulurkan slip tersebut kepada Aishah. Dalam hati ini rasa macam tak nak tengok slip itu.
Bila slip itu selamat berada dalm tangan Aishah, perlahan Aishah selak dan lihat satu persatu subjek.....Sampailah kepada subjek terbawah...
" ALHAMDULILLAH !!! "

Itulah perkataan pertama yang keluar. Air mata dah mula keluar. Cikgu Nazmah yang ada betul-betul depan Aishah, terus Aishah peluk. Aishah pun tak tahu kenapa Aishah menangis. Mungkin kerana Aishah berasa usaha yang Aishah kerahkan selama ini akhirnya membuahkan kejayaan. 
" Tahniah, Aishah. Teruskan usaha... Cikgu maafkan,..Dah, cikgu halalkan semua ilmu," kata cikgu Nazmah semasa dalam dakapan.
" Terima kasih banyak-banyak cikgu,"
Kemudian, mama, ayah yang setia menunggu di belakang, terus Aishah peluk sambil tunjukkan slip. Ya Allah, waktu itu air mata seperti tak boleh dikawal. Dah rasa macam nak banjir...

Tiba-tiba datang pula Pengerusi PIBG SMKSB..
" Nak ambil gambar..Straight A kan,"
"Ya,"
Lepas tu, Aishah dengan Afifah ke depan dewan untuk tengok analisis PMR 2012. Dalam perjalanan ke depan dewan, Aishah melalui kelas-kelas lain. Cikgu Sanusi, kelas 3A5 senyum ja tengok Aishah. Aishah tengok je cikgu.." Cikgu !!" sambil tunduk.
" Tahniah Aishah," ingat lagi, itulah kata-kata Cikgu Sanusi sambil tundukkan kepala sikit kepada Aishah. Aishah akan selamanya ingat Cikgu Sanusi. Banyak pengalaman dengan Cg Sanusi. Cikgu inilah yang membuatkan mutu karangan Aishah bertambah baik sampaikan bila masuk MRSM, Cikgu Ainor kata,
" Aishah!!! Karangan awak bombastik sangat..Kurangkan sikit tahap bombastik tu," tak faham betullah Aishah. Hihi.

Tak lama kemudian, Aizat pun sampai. Alhamdulillah, keempat-empat kami berjaya. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setahun tu, kami diberi tugasan yang gila-gila memang membuahkan hasil...

* Izyan balik awai sangat aiihhh.. ~ eheh.
* muka skema
Segala memori yang indah Aishah sematkan dalam hati. Ada jodoh, in sya Allah, jumpa lagi.

Kepada calon PMR 2013, ALLTHE BEST !!! In Sya Allah, kejayaan menanti kalian yang sudah berusaha dan bertawakal kepada Allah. 
Serahkan segalanya kepada Allah... Allah tahu apa yang terbaik :D
Taqabalallah Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kareem 

Assalamualaikum