Monday 15 October 2012

Alhamdulillah ;)

Assalamualaikum

alhamdulillah.jpg (1500×1000)

KM 110 K XXX, angka giliran itulah yang sentiasa menemaniku sepanjang pertarungan aku di dewan peperiksaan. Namun, Dia di atas menemani aku di setiap langkah dan detik.

Alhamdulillah, 4 hari berperang, akhirnya dapat juga menghembus nafas lega. Dua hari sebelum peperiksaan, Cikgu Azwan ada mengungkap sesuatu yang sampai sekarang, tak dapat dilupakan iaitu 

" Selamat menjawab soalan PMR yang senang-senang belaka "

JAuh panggang dari api. Kata-kata cikgu meleset jauh. Sangat tak dijangka soalan peperiksaan PMR tahun ini agak sukar berbanding tahun sebelum. Pada pendapat Aishah, soalan yang paling susah...

1- KHB PK
2- BAHASA MELAYU
3- SCIENCE

 NAmun, Alhamdulillah. Pertolongan Allah itu ada di mana-mana. Allah sentiasa menolong Aishah ketika Aishah buntu . Dan menggerakkan hati dalam meneka jawapan yang diragui. 

Kepada semua yang sekepala dengan Aishah, Aishah doakan yang terbaik untuk kita. Semoga kejayaan yang diimpikan dapat kita genggam sekaligus menjadi pencapaian yang kita dan ibu bapa kita banggakan. Insyaallah.

tumblr_l22cd6xy9O1qazko2o1_400.jpg (400×300)

Assalamualaikum

No comments: