Monday 15 October 2012

Sasaran Azam yang Masih Tertunggak

daydream-hand-drawn-cute-wallpaper_422_83977.jpg (422×264)

Assalamualaikum.

Saja nak share dan tulis sesuatu di blog. Hanya sekadar mengisi masa yang sungguh lapang. Hehe.
Sebenarnya, pada awal tahun lagi Aishah dah sasarkan pelbagai azam untuk dilaksanakan pada tahun ini/

Antaranya :

1- Bersajak - Form 1 saja itupun persembahan kelas. Bersyair sempat ke pertandingan di sekolah. Hampeh.

2- Berpidato. Semasa Form 2. Menarik juga pertandingan ni. Suara yang lantang saja yang mampu bertahan dalam pertandingan ini. Menang no.3 itu pun yang tertinggi. Peringkat sekolah saja lah.

3- Bertilawah. Sempat juga sertai pertandingan ni. Tapi, lepas habis saja. Terus senyap. Cikgu langsung tak cakap apa. Sijil pun tak dapat. Hua Hua...

4- Ke peringkat yang lebih tinggi. Teringin juga ke peringkat daerah atau negeri mahupun ke kebangsaan. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan melalui Pert. Bicara Berirama. Dapat ke peringkat negeri. Itu saja pun.

Form 4 nanti,

1- Bersikap lebih berani ke hadapan

2- Sentiasa bertanya apabila perlu

3- Menceburi dunia kepimpinan seperti ketua tingkatan, pps atau pengawas sekolah. Asyik jadi setiausaha saja. 

Harap-harap sasaran yang diharap bukanlah sekadar angan-angan mat jenin atau hangat-hangat tahi ayam.

cute-desktop-backgrounds-2.jpg (1024×768)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,

Either shine or rain, we must face the challenge and adventure. Huh. 
TAKE NOTE, AISHAH.

Itu sahaja.
Assalamualaikum

No comments: