Friday, 23 November 2012

Tetapkanlah Hati Ini

Assalamualaikum.



Dalam meniti detik akhir zaman ini, berbagai-bagai jenis cabaran, dugaan dan ujian yang menyerang manusia bertubi-tubi. Dalam situasi ini, apa yang perlu kita persiapkan hanyalah hati. Hati yang berfungsi sebagai penapis sebenarnya mampu membawa diri kita ke landasan yang benar.

|| Hati sebagai penapis. ||
Hal ini dapat dilihat apabila kita bertindak melakukan sesuatu. Cuba kita mainkan sedikit tindakan bodoh yang pernah kita lakukan. Misalnya, kita pernah menengking suara kepada ibu dan ayah. Sebenarnya, pada masa itu, kita tidak bersedia dan tidak mempersiapkan hati kita. Sekiranya, hati kita bersih dan sentiasa dicuci dengan amalan yang baik, maka tindakan bodoh seperti itu tidak akan terjadi.

|| UBATI HATI ||
 Baca al-Quran dan cuba untuk fahami maknanya
 Mendidik diri mendirikan solat malam. ( sangat bagus )
 Berdamping dan bersama-sama dengan orang yang soleh
 Banyakkan puasa sunat.
Berzikir terutamanya pada waktu malam.


Seperti yang kita tahu, kita manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun, kita hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan hati kita dan hindarkan kita daripada melakukan perkara yang munkar.

|| DOA MENETAPKAN HATI ||


Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
sekiranya kita merasakan bahawa ada yang tak kena pada hati kita, bersegeralah berdoa dan ingatlah kepada JANJI ALLAH. Insya-Allah, Allah akan berikan petunjuk kepada kita


Andai perjuangan ini mudah, 
pasti ramai menyertainya.
Namun, hakikat perjuangan bukanlah sedemikian.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga,
Andai REBAH,
BANGKITLAH semula,
Andai TERLUKA,
Ingatlah JANJINYA.

Itu sahaja
Taqabbalallah hu minkumTaqabbal ya Karim.


Sunday, 18 November 2012

Kebebasan untuk Palestin

Assalamualaikum.

Astaghfirullah. Sejak dahulu lagi, Rejim Zionis sering membawa bencana buat Bumi Anbia, iaitu Palestin. Saudara kita di sana sering dihujani bom. Marilah bersama kita doakan saudara kita di sana. Bayangkan kalau kita yang dilemparkan SATU bom. Astaghfirullah hal azim. Engkau sahaja yang mengetahui segalanya.


Semoga kemanan dan kedamaian dapat mereka rasai dengan ketabahan dan kesabaran mereka. Insya-Allah, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik. Pasti akan ada balasan yang sangat setimpal terhadap rejim zionis yang ZALIM.

Ayuh warga bumi bertuah, kita bangkit, 

sama ada kita bersama berjihad di sana

atau kita menyalurkan bantuan berbentuk makanan, pakaian atau perubatan

atau kita boikot barangan ISRAEL




atau kita mendoakan saudara kita di sana yang sedang bermati-matian menentang israel.

Renung-renungkanlah.
Assalamualaikum



Thursday, 15 November 2012

Saya Sahut Cabaran

Assalamualaikum.

Wah, senyuman yang terukir masih belum reda. Hehe. Alhamdulillah baru sahaja mendapat novel, setelah 3-4 bulan tak cuci mata dengan bahan bacaan selain buku MATHEMATICS, SCIENCE dan yang serupa dengannya.


Oh, The Hunger Games Trilogy. Hehe. Bukan sengaja tak nak ambil The Hunger Games Trilogy tapi, tanggapan Aishah tentang novel itu yang mengatakan bahawa novel Cathching Fire di dalam series tersebut tak begitu menarik menyebabkan rasa untuk membeli novel tersebut pudar. Namun, tanggapan Aishah silap sebenarnya. Apabila review balik dekat Google Reads, ternyata menarik juga malah lebih aksi.

Awsome :)
I've never read such interesting political novel or trilogy. The story connects from chapter to chapter. I could just lying on my bed for 6 hours doing nothing but reading it.Fascinating,breathtaking,amazing.Such a gorgeous piece after Twilight Saga trilogy.I have no words for this,it's just awesome.I recommend for everyone outside.Come and read it,you'll love it and never regret! :) 
* Review daripada seorang pembaca The Hunger Games Trilogy . 

Untuk pengetahuan ini pertama kali Aishah membaca novel yang sangat tebal. Setakat ini, novel/buku yang paling tebal yang pernah Aishah telaah sebanyak 500> . Maklumlah, Aishah ini bukannya sejenis manusia yang gemar membaca.

Jadi, apabila mendapat The Twilight Series yang terdiri daripada Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn, rasa macam Aishah sedang berhadapan dengan satu cabaran. Namun, plot bagi novel ini yang telah menggamit hati Aishah membuatkan Aishah merasakan yang novel ini hanya ada 300 muka surat sahaja.

Yang paling tebal antara kesemua novel di atas ialah Breaking Dawn dan itulah novel yang Aishah baca sekarang. Bukan sengaja nak skip tapi, Aishah dah tengok movie bagi ketiga-tiga novel lain so, Aishah buat keputusan nak baca Breaking Dawn dulu. 

Walau apapun, diri ini akan still baca Twilight, New Moon dan Eclipse. My target to finish reading the novels is around 3 weeks to 1 months. Selepas selesai, nak dapatkan The Hunger Games Trilogy pula. Sebelum tu, kena kumpul duit dulu. Barulah senang hati masuk kedai buku :D


1- Twilight
1- The Hunger Games.

I bet, both must be the best :D.

Itu sahaja
Assalamualaikum

* Ujian Kecenderungan semakin hampir. prepare yourself !





Tuesday, 6 November 2012

Bidadari Syurga

Assalamualaikum.

Bidadari syurga. Bagaimana agaknya ciri-ciri bidadari syurga yang dikatakan sering dicemburui oleh wanita solehah di dunia.

* Gambar Hiasan*

♦  Mahkotanya lebih baik daripada apa yang ada didunia.
♦  Rambut bidadari itu sangat panjang dan cantik.
♦  Mata bidadari sangat putih dan korneanya sangat hitam.
♦  Wajah bidadari cantik begitu cerah dan bercahaya.
♦  Ludah bidadari bagai madu, sehingga mampu membuat lautan menjadi manis.
♦  Tangan bidadari itu sangat indah dan bercahaya.
♦  Kuku sebaik-baik perhiasan.
♦  Kulit bidadari sangatlah halus dan lembut, bagaikan putih telur yang sangat lembut.
♦  Tubuhnya suci dari seluruh kotoran wanita dunia.


Apabila kita menghayati setiap keistimewaan bidadari syurga, memang benar, akan lahir perasaan cemburu. Namun, wahai wanita dan gadis di luar sana, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW yang kita cintai telah mengatakan bahawa :

⊰ Baginda menjawab setelah ditanya oleh Ummu Salamah, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... ⊱

Selagi, hati kita dibelenggu nafsu, selagi itu sukar untuk kita mengejarkan ibadah dengan ikhlas dan 

bersungguh-sungguh. Apa-apapun semoga, segala yang perkara baik yang kita kerjakan, diterima Allah.


AMIN YA RABB.





Reflection




Monday, 5 November 2012

Hari-Hari Sebelum Sesi 2012 Tamat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, terbuka sedikit hati untuk menerima kenyataan yang Aishah tidak dapat ke Kuala Lumpur bersama kawan-kawan kerana 'LACK OF ENTRANT'. Apa-apapun Aizat dah bagi kata-kata penawar 
(konon). Katanya:

" Aishah, mana lah tahu kan. Kalau kita pergi sana, terjadi accident. Allah tahu apa yang akan berlaku. Mungkin ada hikmahnya,".
Selain daripada lawatan ke Kuala Lumpur, macam-macam lagi aktiviti yang diatur oleh para guru untuk para pelajar PMR. Antaranya, lawatan ke Surabaya ( untuk ahli terpilih dari Kelab Badminton dan persatuan bahasa melayu ) Pertandingan Menyanyi, Chess, Tayangan Movie, Sukaneka, Boling Padang, Bola sepak, Bola jaring, bola kerangjang, penghantaran buku teks, sukaneka, senamrobik, mereka alatan permainan tradisional, Lauching Rocket, jamuan akhir tahun.

Memang menarik. Terima kasih cikgu, kerana prihatin kepada kami dan sanggup memerah otak, memikirkan aktiviti untuk kami. 


Semasa Jamuan Kelas 3A10. Trust me. Baju kelas kami adalah yang paling menyerlah. Apatahlagi, cahaya matahari memancar baik punya, lagilah. Silau terus. :D

Cikgu-Cikgu sesi petang yang mengajar kami semasa ting. 1 dan ting.2 tak kami lupakan. Seronok hidangkan makanan untuk cikgu-cikgu. Dari kanan, Mr.Chin ( English Form1, Form 2) Cg.Asmawati ( KHB PK Form1, Form 2) dan Cg. Sholiah ( Science Form 1, Form 2 )

Ini pula tugas untuk Aishah dan kawan-kawan Aishah sebagai ahli-ahli berkuasa dalam Persatuan Geografi tahun depan.Kalau dulu Kelab Kaunseling. Hehe, teringin nak berhijrah. Belum sampai Ting. 4 dah dapat tugasan. Aishah menjadi penolong setiausaha. Kebetulan pula pada hari itu, setiausaha tak hadir, Aishah lah yang bertugas membuat Notis Minit Mensyuarat.. dan Minit Mesyuarat... Penat ooo.  Bila dah siap, kena buat disediakan oleh setiausaha. Bukannya pen.setiausaha. Apa apa pun, Ikhlas itu penting.

Lepas siap. Penat sangat. Duduk relaks sambil ambil gambar. Jadikan kenangan. Miss Ng panggil Aizat ( pertama dari kiri) untuk membuat laporan audit pula. Aizat ni pengerusi tahun depan dan bekas bendahari. Memang 'ah long' terkemuka lah dia ni.



Kononnya nak buat-buat yang kita orang ni sibuk sangat tahap gaban. Tapi, Aizat kacau line. Sudah lah buat kerja dalam bilik yang banyak cikgu. Alhamdulillah, tak mengganggu cikgu-cikgu yang lain buat kerja. 

Sepanjang Aishah berada di dalam bilik tu, ada sesuatu yang Aishah belajar iaitu:

Menjadi seorang guru itu lebih sukar daripada menjadi pelajar yang hanya belajar. 

Setakat buat kerja sekolah, sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan kerja cikgu yang bertimbun. Jadi, usahalah dengan sebaik mungkin supaya nanti tak menyesal di kemudian hari. Rugi tau.

INGAT!!
Menuntut ilmu itu FARDHU AIN.
Jadi, wajib untuk kita menuntut ilmu. 

Itu sahaja.
3 days left before HOLIDAY.
Assalamualaikum

Sunday, 4 November 2012

La Tahzan Innallaha Ma'na


Kita selalu ungkapkan perkataan “Jangan Bersedih” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami perkara macam tu apakah kita akan bersabar dengan dugaan tersebut. Kenapa mesti bersedih, bukankah rahmat Allah tu luas…sekali gagal tak bermakna selamanya tak leh nak berjaya…kita ni hanyalah hamba yg Dhai’f.



Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia

Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain

Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi

Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu



Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,
Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...


✿ Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

♥ Al-Quran menjawab :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

✿ Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

♥ Al-Quran menjawab : 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


✿ Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

♥ Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


✿ Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

♥ Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


✿ Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

♥ Al-Quran menjawab :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

✿ Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

♥ Al-Quran menjawab :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

✿ Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

♥ Al-Quran menjawab :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

✿ Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

♥ Al-Quran menjawab :

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

✿ Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

♥ Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111

Artikel ini sungguh menarik sehingga Aishah sendiri tertarik untuk meletakkannya di dalam Heart of Beauty. Artikel ini adalah salinan sepenuhnya daripada http://srikandimaqsurah.blogspot.com/2010/06/la-tahzan-jadilah-wanita-yang-paling.html . Percayalah cakap Aishah, tak sia-sia anda melawati blog beliau kerana padat dengan info yang membina.

~Esok Akan Merekah Bunga Yang Harum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati~