Saturday, 14 September 2013

Sahabatku, Usahlah Bersedih

Assalamualaikum


Sahabatku...
Ketahuilah bahawa hari akan terus berjalan, jam akan terus beredar...Setiap detik dan saat akan meninggalkan kita. Ketahuilah, bahawa di setiap ujian dan musibah itu ada tersembunyi rahmat dan kemuliaan yang besar daripada Dia, Pencipta kita.

 Setelah badai melanda, hujan pula membasahi bumi, setelah mendaki gunung yang tinggi akan ada penurunan curam yang jurang. Semuanya akan berjalan mengikut Qada’ Allah. :)
Ingatlah, Allah pernah berkata dalam Quran 
" Telah pasti datangnya ketentuan Allah , maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya..." an-Nahl:1

Sikap yang terbaik adalah dengan...Kembali padaNya dan menangislah dengaNya.. Ingatlah hanya kepadanya tempat untuk kita merintih :D
Al-Qarni pernah berpesan ...
Seberapa banyak sekalipun kalian ditimpa kesusahan, Dia kemudian yang memudahkannya dan seberapa banyak sekalipun kalian berdoa, Dialah yang memakbulkan...Sweetnya Allah :P

Sahabatku...
Janganlah bersedih. kerana kesedihan itu hanya akan membuatkan airmata yang segar terasa pahit,
sekuntum bunga yang indah di nampak sepeti buah labu
taman yang rimbun tampak seperti gurun pasir yang tandus 
dan 
kehidupan di dunia menjadi penjara yang gelap
Yang indah jadi tawar
yang manis jadi gelap

La Tahzan 
Innallah ha ma'ana
Janganlah bersedih
Allah bersama denganmu

Ya, luka di hati sukar diubati. Sungguh sukar. Meskipun dirawat pasti terkesan parut padanya. Namun, percayalah ujian yang Allah berikan pada hambaNya itu bukanlah sebagai suatu beban pada kita. Tapi, sentiasa ingat bahawa di sebalik setiap ujian terdapat hikmah yang Allah simpan dan janjikan kepada kita.
Kerana Allah sentiasa bersama dengan kita


Allah tak akan menimpakan ujian yang membatasi kemampuan kita. Dia yang menciptakan kita, dia tahu kemampuan hambaNya yang lemah ini. 

Tidak Allah timpakan ujian kepada hambaNya melainkan, mengikut kemampuan hambaNya.

Bergembiralah kerana Allah masih melihat kita. Allah masih bersama dengan kita.. Allah masih menyayangi kita :D
Kerana itulah, Dia turunkan sedikit ibrah ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada Nya. Sejauh mana tahap kehambaan kita kepada Dia.

Sahabatku..Sudahlah
Kembalilah semula ke dunia asalmu. Kembalikan senyumanmu. Kembalikan kegiranganmu.. 

Setiap insan di sekelilingmu terasa kehilangan dan sangat mengharapkan kehadiran suaramu...

Kembalilah kepada Allah.. Bangunlah di satu per tiga malam...Sujudlah padanya.. Tahajjudlah padanya... rintihlah padaNya.. Mengadulah padaNya..
Hanya Dia sandaran kita...Hanya Dia sumber kekuatan kita..  TIADA YANG LAIN..

Ingat tugas utama kita diturunkan ke muka bumi ini...
" Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu " az-Zariyat:56

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMuMeski jatuh dan terbangun...Ku tetap bertahan...

Semoga bingkisan ini mampu muhasabahkan diri kita sama-sama sebagai hamba Allah. Sahabatku,
Mungkin bagi kita...MUSTAHIL,
Bagi Allah, apalah sangat...
Berodalah padanya :D

Itu sahaja lembaran hari ini..
Selamat berjihad rakan-rakanku.. Semoga berjaya :D
Insya-Allah
Assalamualaikum

Friday, 16 August 2013

Menjadi Qudwatun Hasanah ...

Assalamualaikum.

Kalau dulu, Aishah selalu dengar kalimah " qudwatun hasanah " setiap kali dengar ceramah, tazkirah ataupun ucapan daripada cikgu-cikgu. Tapi, tak pernah tahu pun apa definisi di sebalik kalimah yang cukup bererti itu. Sekarang, bila dah besar, mula menjadi matang, Aishah pun mulai tahu sedikit demi sedikit ditambah pula dengan hasil carian di Internet... Insya-Allah banyak membantu.

Qudwah Hasanah = Role Model

Setiap kali kita mendengar kalimah ini.. Pasti kita terbayang, seorang insan yang pada pandangan Aishah merupakan seorang yang cukup sempurna dan hebat dari segi jasmani dan rohaninya. Siapa lagi kalau bukan baginda Rasulullah SAW. Aishah teringat. ceramah Ustaz Don di rancangan 60 Minit bersama Ustaz Don: Rasulullah Penyuluh Alam Bhgn 2.

Allah bertanya kepada setiap nabi.. Siapakah kamu?
Lantas bermula dengan Nabi Adam menjawab " Akulah manusia pertama yang diciptakan Allah"
Nabi Musa " Aku adalah satu-satunya yang dapat berkomunikasi dengan Allah"
Setiap nabi menjawab kehebatan diri mereka masing-masing. Apabila tiba giliran Rasulullah SAW..Baginda menjawab
" Ana miskin wa ana yatim" 
Aku miskin dan aku anak yatim

Subhanallah, itulah nabi kita. Baginda mengajar kita supaya kita sentiasa merendah diri. Ya Allah, aku ingin menjadi qudwah hasanah..
Aku ingin menjadi qudwah hasanah kepada adik-adikku
....kepada rakan-rakanku

Namun.. kekadang hadir persoalan 
mampukah aku menjadi wanita solehah 
yang hidupnya ceria diwarnai keindahan taqwa
serta matinya dalam kemantapan iman

Sungguh, aku tidak sehebat Saidatina Khadijah
Kecerdikanku tidak setara Saidatina Aisyah
Kekuatanku tidak seperti Saidatina Fatimah
Ketabahanku tidak persis Siti Hajar
Diriku tidak selayaknya diumpamakan bagai Maryam dan Asiah.
Sungguh tidak layak

Tapi, aku punya azam..
aku punya impian...
aku punya keiinginan...
menjadi sehebat mereka biarpun sedikit daripadanya

Takbir
Allahuakbar!!!

Sekiranya ingin berubah, peribadi seorang muslim perlu dibentuk.. AQIDAH MESTI MANTOPP




Biarlah tak dapat menjadi qudwah hasanah tapi, jangan pernah buang qudwah hasanah kita dari diri kita yakni Rasulullah SAW. Sentiasa jadikan baginda sebagai contoh dan tauladan.

Ayuhlah..bersama kita koreksi diri kita... Kalau kita cakap diri kita ni dah cukup bagus itu bermakna kita berada pada tahap yang sangat bahaya sebab apabila kita ingat diri kita sudah cukup bagus, mulalah jadi malas nak beribadah. Maklumlah dah cukup bagus.

Tak payah tengok salah orang lain, muhasabah diri kita balik. Banyak mana salah kita dengan orang lain.. Bersama kita saling menasihati. Manusia itu sifatnya nasiya.. lupa. Sebab itu, kita tercipta untuk saling memperingati.

Itu sahaja. Gunakan masa cuti yang berbaki lagi berapa hari saja lagi dengan perkara yang baik. Tak siap homework lagi??? Teruskan usaha untuk siapkan dan berdoa semoga dipermudahkan agar sempat disiapkan. Insya-Allah

Assalamualaikum :D

Monday, 12 August 2013

Ahli Surau

Assalamualaikum



Sambungan selepas pemilihan BWP MRSM Parit 2013/2014, Aishah akhirnya mendapat ketenangan. Memang seronok sebab dapat pengalaman ditemuduga, bermanifesto, menjadi calon pilihanraya, gambar terpampang dalam kertas undi. Semua itu kini tinggal kenangan yang Aishah takkan lupa. 

Sekarang Aishah sudah ada jawatan yang tersendiri yang Aishah sendiri ikhlas menerima jawatan tersebut. Itulah , Badan Dakwah Rohani ( BADAR ). Alhamdulillah, setelah melalui proses temuduga dengan Ustazah Syakiroh, Ustazah Zahirah dan Ustazah Aishah, Aishah bersama beberapa orang lagi terpilih menjadi ahli BADAR tahun 2013/2014.

Aishah ingat petikan kata-kata Prof Dr MAZA semasa Nadwah

" Sekiranya kamu tidak berkehendak atas jawatan itu, Allah akan bersama dengan kamu dalam menjalankan tanggungjawab... NAMUN, sekiranya kamu yang meminta-minta jawatan itu, Allah akan serahkan segalanya di bahu kamu tanpa membantu kamu "



Baru 3 minggu menerima jawatan sebagai ahli BADAR, banyak perkara yang sudah Aishah lalui..Antaranya:

1. Sesi Perkenalan ahli BADAR. Semua ahli Badar berdiri di hadapan dan memperkenalkan diri setelah solat Isya'. Apabila sudah terbiasa berhadapan di khalayak, Aishah rasa biasa pula pegang microphone. Tapi, kadang-kadang terketor juga. Hehe :D

2. Ambil gambar ahli BADAR. Untuk ambil gambar ini, ahli BADAR perempuan perlu memakai baju jubah hitam dan tudung hitam. Aishah start gabra sebab tak ada baju jubah hitam.. Jenuh cari, akhirnya dapat pun pinjam daripada adik angkat Aishah, Izzah ( Form 1). Alhamdulillah , muat dan longgar.

3. Video penghargaan untuk Abang Brohim (ibrahim), Bekas Presiden BADAR yang sungguh berkaliber. Jadi, ahli Badar baru bagilah kata-kata buat Abang Brohim ni. Muka Aishah waktu tu, bengkak sebab kena sengat semut cali dekat asrama. Aishah merayu sangat tak nak masuk dalam video tu, tapi diorang still suruh masuk. Aishah cari idea. Akhirnya, Aishah membelakangkan kamera semasa proses rakaman. Memang tak nampak muka lah. 

Bercakap tentang bengkak. Bukannya bengkak, tetapi macam kena asid . Aishah pun risau dengan muka Aishah sendiri. Rasa macam tak nak keluar bilik seminggu. Tapi, Aishah fikirkan balik, 

Mungkin ada sebab Allah bagi ujian ni. Ada hikmahnya. 
Alhamdulillah, dah tak pedih sekarang, cuma tinggal parut. Sekali tengok macam budak askar pun ada, macam gangster pun ada. Apa-apa je lah...Asalkan tak pedih bila ambil Wudhu'.

Banyak betul perkara yang terjadi sepanjang bulan Ramadhan. 

-------------------
berbuka di maktab
-------------------

Outing.. Membeli juadah berbuka... Orang lain balik sempena Nuzul Quran :)

berbuka dengan homeroom :D HOMEROOM USA 

Itu sahaja. Bingkisan dari maktab.. 
Minal Aidil Wal Faizin :D

Assalamualaikum..

Monday, 5 August 2013

Undilah Saya

Assalamualaikum.


Kali ini, nak cerita bagaimana Aishah boleh terperangkap dalam Calon Badan Wakil Pelajar Maktab. Semuanya bermula apabila Aishah mengambil borang kelayakan BWP. Sebaik sahaja pulang daripada Program Nadwah Islamiah, pelajar yang mengisi borang BWP diminta untuk melalui proses temuduga bersama ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ya Allah, bolehkah aku memegang amanah yang sungguh besar ini. BWP bukannya amanah yang remeh,"

Aishah tetap melalui proses temuduga bersama ahli SPR. Mula-mula, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, kemudian baca Doa Qunut, Rukun Iman dan jawab soalan-soalan yang diajukan. Seriously, soalan yang ditanya macam nak bunuh orang. Aishah sampai terkedu nak jawab. Tapi, jawab sahaja dengan wajah yang selamba.

Keesokkannya, datang dua orang pelajar ke kelas lalu dipanggilnya 4 nama termasuklan nama Aishah. Apa pula kali ini?

" Petang ini, pukul 3, terus pergi Staff Room ada sesi temuduga bersama Guru dan Warden "

Ini memang menaikkan darah gemuruh Aishah. Rasa putus asa memang dah membara sangat. Waktu Aishah balik bilik, angah orang yang paling excited nak tahu. Aishah luahkan rasa Aishah nak tarik diri. Tapi, angah memberikan kata-kata semangat sambil memegang tangan Aishah dan menatap mata Aishah setajam-tajamnya. Adalah sedikit semangat.

Kali ini, Aishah mendapat Cikgu Azizan, guru sejarah merangkap guru penasihat Lembaga Disiplin Pelajar. Seperti biasa, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, jawab soalan. Aishah rasa temuduga dengan guru lebih mudah berbanding dengan SPR. 

Aishah sedar, esok akan dikeluarkan shortlist yang layak bertanding untuk pilihanraya. Aishah ingat lagi macam mana, Aishah menangis satu malam sebab takut.

" Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa aku boleh memikul amanah ini, Engkau permudahkanlah urusanku namun, sekiranya, ini bukanlah perkara yang baik buat hambaMu ini, Engkau jauhkanlah aku darinya,"

Setiap kali solat, Aishah sentiasa berdoa. Minggu itu, merupakan minggu yang paling menakutkan bagi Aishah.
Esoknya itu, kawan Aishah ada ajak Aishah tengok short list dekat papan kenyataan. Aishah tak nak. Aishah takut tahap gaban. Waktu rehat saja, angah terus datang kelas Aishah dengan tersenyum.

" Ecah, kita ada berita gembira buat kamu"

Aku dengar saja apa yang angah ceritakan, mengalir air mata. Aku tidak tahu, hati ini rasa sangat gementar. Aishah dapat rasa yang Aishah tak bersedia untuk memegang amanah ini dan Badan Wakil Pelajar bukanlah jawatan yang sesuai untuk Aishah. 

Malam itu juga, akan dilaksanakan Manifesto. Alhamdulillah, nama Aishah akan dipanggil pada petang esok. 


*Hari Manifesto*

Sebaik selesai manifesto, maka bermulalah sesi berkempen. Apa yang Aishah buat untuk berkempen? Heh, Aishah tak buat apa pun. Aishah berharap agar kalah saja. Pelik kan. Orang lain masuk bertanding nak menang, Aishah masuk bertanding untuk kalah. 

Pihak SPR terus keluarkan poster untuk ditampal. Aishah cuma tampal poster itu dekat satu tempat saja. Itupun, entah orang perasan atau tidak. Tak bersemangat langsung nak menampal poster. 

* Tasya adalah orang yang tegar menampal poster Aishah. Sampai sekarang tak cabut *

Esok ialah hari Pilihan Raya Maktab. Ingatkan calon BWP tak payah mengundi, rupanya calon pun turut mengundi. Undi Tetap Undi. Haha.

Akhir sekali, keluarlah keputusan Badan Wakil Pelajar 2013/ 2014. 
Aishah tak tahu nak cakap sama ada ini berita gembira atau tidak? Aishah tak tersenarai dalam 14 BWP. 

Yang pasti, Aishah tak perlu nak takut hari-hari lagi. 
Ini mungkin jalan terbaik yang Allah tentukan. Aishah yakin sangat-sangat yang Allah lebih tahu apa yang baik untuk Aishah. Aishah terima dengan senang hati. 
Oh ya, Faiz, Presiden homeroom Aishah dan classmate Aishah yang sama-sama bertanding dengan Aishah berjaya menjadi BWP 2013/2014 dan memegang jawatan Biro Kerohanian merangkap Presiden BADAR. 
Galas tanggungjawab ini dengan amanah, Faiz. Jangan buat main-main. Haha. Tegas sikit!!

Apa yang terjadi selepas ini? Haha, Aishah tak berhenti sampai BWP. Ada lagi selepas itu. 
Berhenti dulu.
Semoga kita mampu menguatkan iman kita untuk 10 Ramadhan terakhir ini dan bersama tingkatkan ketaqwaan kepadaNya. Ameen.

Assalamualaikum

Sunday, 4 August 2013

Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia 2013

Assalamualaikum.


*copy*
Pada bulan 27 - 30 Jun 2013, Aishah berserta 11 orang lagi mewakili MRSM Parit ke Program Nadawah Islamiah di MRSM Kubang Pasu. 
Perasaan Aishah mestilah excited sebab program ini diadakan di negeri kelahiran Aishah. Setiap maktab perlu menghantar 12 orang yang terdiri daripada 8 orang Ting4 dan 4 orang Ting.2 .


*copy*

Alhamdulillah, Aishah terpilih untuk ke program ini.
Pengisian program ini sangat2 best. 
Bertolak dari maktab. MRSM Parit terpaksa menumpang bas MRSM Pasir Salak sebab bas MRSM Parit digunakan untuk kontinjen Math Carnival.

Ucaptama dari Professor Madya Doktor Muhammad Asri bin Zainul Abidin. Subhanallah. Lama sangat Aishah berharap dapat berjumpa dengan Dr. MAZA ni. Aishah suka dengar cerama Dr MAZA. Memang best. Beliau telah memberi banyak pendedahan tentang kepimpinan. Aishah ingat satu ayat yang diungkapkan beliau semasa sesi ucaptama iaitu

Jawatan adalah satu penyesalan

Aktiviti berkumpulan. MRSM Parit telah digandingkan bersama MRSM Tun Ghazali Shafie (TGS). Banyak aktiviti yang dilakukan bersama. Antaranya, Percambahan Minda, Fault Line, Percambahan Minda 2 dan Rekreasi Petang.

Fault Line mengingatkan Aishah saat di mana setiap orang perlu mencari pasangan dan mendebatkan sebab untuk pasangan itu terus hidup. Setiap pasangan diberi karakter. Aishah dan pasangan Aishah mendapat karakter sebagai penjahat gila.Secara kebetulan, kami mendapat pasangan yang bukan sama maktab. Susah sikit nak communicate, tapi lama-lama biasalah. Sampaikan boleh bekerjasama untuk berdebat di hadapan.

Pada waktu malam ada Zikir Terapi bersama Hafiz Hamidun. Terasa tenang mendengar alunan zikir yang diperlagukan oleh beliau. 2 jam terasa sungguh sekejap. Beliau mengakhiri zikir terapi beliau dengan lagu Nur Kasih.


Qiamullail dilakukan pada malam kedua di sini. Kami beruntung kerana menerima kunjungan imam yang sungguh pandai mengimamkan qiamullail. Suaranya yang bernada melankolik membuatkan malam tersebut terasa sungguh syahdu. Tambahan pula, lampu ditutup, Aishah berasa bahawa malam itu hanya Aishah dengan Allah. Air mata keluar tak terkira.

Explorace pada waktu petang. Subhanallah, aktiviti ini adalah yang paling penat. mana taknya. Selepas ke timur, ke barat, lepas tu ke timur balik. Setiap checkpoint macam sengaja nak suruh kita orang ulang alik. Naik bukit turun bukit. Aishah rasa macam nak pengsan. Fuh.

Sesi Nasyid dan Qasidah adalah slot yang paling kami nantikan. Katanya kumpulan UNIC nak datang. Tapi, yang naik pentas kumpulan Simfoni. Hampir semua orang dalam dewan kecewa. Namun, kekecewaan kami terubat apabila 30 minit kemudian, UNIC mula memasuki dewan dengan menyanyikan lagu Menuju Wawasan. Seronok sangat dapat bernasyid bersama UNIC. Persembahan mereka diakhiri dengan Qasidah ya Hananah. Semua orang berdiri bagi menghormati qasidah ini.
* Menyanyi Seiring Sehaluan *


Aktiviti bersama MRSM TGS berakhir dengan Slot waktu petang di hari ketiga. Kami diberi tugasan oleh fasilitator untuk membuat lakonan. Abang Fasi memberi pilihan

@ Bahagikan kepada dua kumpulan dan lakonkan di kalangan kami
@ Berlakon berama-ramai tetapi berlakon di hadapan khalayak ramai

Kami membuat keputusan untuk berlakon beramai-ramai kerana, kami yakin persembahan kami akan bertambah mantap sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Siapa sangka, lakonan kami mendapat perhatian maktab lain dan menerima tepukan yang sungguh gemuruh.

Semasa Hari Penutup kami didatangi tetamu jemputan yang sangat istimewa iaitu Imam Muda Azhar. Beliau datang untuk berkongsi ilmu. Sepanjang slot bersama beliau, Aishah tak jemu mencatit kata-katanya. Serius, tak mengantuk sebab semangat betul dapat tengok IM Azhar depan mata.

* Semangat betul pagi Last Day *

* Sebilik dengan Budak TGB. Huhu, budak pandai ni *

Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama kontinjen MRSM TGS. Kami berasa seperti saudara setelah melalui banyak aktiviti bersama. Semuanya terasa sungguh indah kerana jalinan ukhuwah yang terjalin ini mengeratkan silaturrahim antara kontinjen Parit dan TGS. Kami mencipta satu nama yang menggabungkan maktab kami iaitu MRSM TgP. Bunyi macam pelik, tapi kami gembira dengan nama baru itu.


Ukhuwah Itu Indah
Semoga ukhuwah yang terjalin ini tidak terputus dan sentiasa mengingatkan kita antara satu sama lain.
Nina, Ea, Farah, Intan, As, Atiqah dan lain-lain.. Sentiasa dalam ingatan :D 



Saturday, 8 June 2013

1st Trip in MRSM

Assalamualaikum



Esok, 9 jun 2013, Ahad akan bermulalah sesi persekolahan bagi negeri-negeri tertentu. Aishah akan balik ke hostel MRSM Parit pada hari itu. Tak sangka, pejam celik, pejam celik, sekarang sudah nak masuk Semester 2. Ya Allah, aku dah lalui Semester 1 di MRSM Parit. Cepatnya masa berlalu. Apa-apapun hidup mesti diteruskan.

Aishah nak kongsi pengalaman Aishah ke Aquaria KLCC di Kuala Lumpur semasa berada di maktab. Inilah pertama kali keluar berjalan-jalan sepanjang keberadaan Aishah di maktab.

Tarikh : 11 May 2013
Hari : Sabtu

Pada mulanya, dirancang untuk ke Petrosains tapi tiket habis. Namun, tetap pergi Kuala Lumpur iaitu pergi Aquaria. Bayaran dikenakan setiap pelajar ialah RM 14. Kalau ke Petrosains RM 10 saja. Asal cukup bajet. 

582108_591700067521243_155289833_n.jpg (960×640)

Apa yang menyeronokkan ialah, trip ini disertai Aishah dan semua geng bilik Aishah iaitu Tasya, Mira, Fana, Pnad, Nisha, Angah dan Nad. Memang seronok tahap gaban. Satu hari bilik kita orang kosong. Krik! Krik!.
Banyak sebenarnya halangan sebelum berangkat.

1. Pada pagi itu, ada Qiamullail Perdana berserta Kuliah Subuh. Jadi, jam menunjukkan pukul 6.40 pagi dan Ustaz Farhan, ustaz jemputan masih belum menamatkan Kuliah Subuh. Bas akan bergerak 7.30 sharp. Aduh!!! Akhirnya, salah seorang daripada kami minta kebenaran keluar balik asrama untuk bersiap dan sangat bersyukur sebab akak BADAR benarkan.

2. Bila dah siap, rombongan Bilik 4 pun bergerak ke Pusat Pelajar untuk berkumpul. Memang kami sebilik menjadi perhatian sebab, semua orang tertanya-tanya..Diorang ni nak gi mane. Siap pakai baju sekolah segala bagai. Takkan outing. Awalnya.. Lebih kurang macam tu lah. Kita orang buat tak peduli je. 

3. Sesampai saja di Pusat Pelajar, krik! krik ! krik! Masih lengang. Katanya 7.30 sharp bas nak gerak. Ni dah pukul 7.20 pagi dan batang hidung bas pun tak nampak. Bila kita orang perhati dari Pusat Pelajar ke garaj bas yang tak lah jauh dari Pusat Pelajar, macam ada masalah je dengan bas ni . Aishah think positif je. Mungkin pak cik drebar tu nak check segala benda dulu sebelum gerak
Sampai pukul 8.00 pagi tak gerak. Budak lain semua dah nak gerak pergi prep pagi. Malunya tunggu depan Pusat Pelajar dan pelajar lain berjalan di hadapan menuju ke Blok Akademik. Alhamdulillah, 8. 35 minit kemudian, bas pun dapat digerakkan dan kami pun bergerak. Kalau diikutkan, nak saja Aishah dengar Kuliah Subuh tadi sampai habis sebab serius best kuliah subuh yang disampaikan oleh Imam Masjid Parit. Lawak and Informatif. 

Beberapa jam selepas itu, kami pun tiba. Masing-masing excited nak masuk. Walaupun hari lusa akan hadapi Exam Final Sem 1, anggap saja ini sebagai cara untuk tenangkan minda. Haha

Aishah dan Che 

Gambar lain ada dalam kamera dan kamera tertinggal di maktab.. Adehh. Semasa balik, senyap saja bas. Semua pakat lentok dalam bas. Penat meronda Aquaria dan Suria KLCC. Aishah ingat lagi, Aishah dan Che berlari anak dalam Suria KLCC semata-mata nak beli chocolate Tiramisu sebab jam hampir pukul 3.15 petang. 

Kenangan yang sangat tak boleh dilupakan. Sampai saja dalam bilik, kami sebilik berikrar untuk FOCUS pada exam. Cukup-cukup dah tu enjoy, hari lusa dah nak exam, Physics pula tu. 

Itu sahaja.
Semoga Semester 2 menjadi lebih baik :D
Assalamualaikum

Monday, 25 March 2013

Da Roommates

Assalamualaikum.



Excitednya nak menaip hari ini. Maklumlah, dah sebulan tak menaip. Tangan pun terketor-ketor menekan buatang pada papan kekunci. 
Sebulan lebih Aishah menjadi warga MRSM Parit. Jujur Aishah katakan, dalam masa sebulan di sana, banyak perkara Aishah pelajari serta pengalaman yang memacu diri Aishah ke arah yang lebih baik. Aishah rasa kuat untuk berada di sana kerana Aishah berpegang pada niat untuk belajar, harapan keluarga serta adanya teman-teman seperjuangan yang juga pegang misi yang sama iaitu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Aishah merupakan antara yang tiba awal di sana. Namun, banyak perkara yang terjadi menyebabkan Aishah terlewat sedikit untuk mendaftar asrama. Jadi Aishah mendapat Bilik 4 yang berada di tingkat bawah.

Sebenarnya, MRSM parit mempunyai dua blok Aspuri. Satu blok yang besar telah dipenuhi oleh Ting1, Ting2 dan Ting4. Tingkatan 3 masih belum ada. Jadi, satu lagi blok kecil Aspuri dimuatkan untuk pelajar Ting. 4. 
Aishah bersyukur sangat sebab ditempatkan di Bilik 4. Ada hikmah Allah bagi Aishah lewat untuk mendaftar asrama. Satu bilik ada 8 orang. Bunyi macam ramai, tapi sebenarnya ramai macam ini lah seronok. Serius seronok.


ROOMMATES :

Natasya Zulaikha ( Tasya ) - Duduk sebelah katil Aishah. Tasya ni seorang yang agak pendiam waktu awal-awal kenal dia. Tapi, lama-lama boleh dibawa bersembang juga rupanya. Tasya ini berasal dari Bruas, tak jauh dari maktab.

Nur Farhana ( Farhana ) - Duduk sebelah katil juga tapi sebelah penghadang. Agak complicated di situ. Pedulikan sahaja. Farhana ni orang yang paling heboh dalam bilik. Dia lah satu-satunya orang dalam bilik yang bleh cakap Penang sebab asal dari Parit Buntar. Legalah sikit ada yang sekepala dengan Aishah. Farhana ni ada satu rahsia peribadi yang luar biasa. Aishah pun agak terkejut apabila mengetahuinya. Haha.


Che Amira Izzati ( Che ) - Semasa hari-hari awal di maktab, Aishah tak rapat sangat dengan Che. Tapi, bila kita orang dapat kelas yang sama, dialah antara yang rapat dengan Aishah. Bila duduk dengan dia mesti gelak sakan sebab gaya dia cerita tambah dengan memek muka dia memang kelakar. Macam badut pun ada. Che berasal dari Batu Caves, Selangor. Jauh oooh.

Nur Syafinaz ( Pnad) - Aishah banyak sembang dengan Pnad tentang kisah sekolah lama dia yang penuh dengan misteri. Banyak benda baru yang Aishah tahu melalui kisah sekolah lama dia. Pnad ni sama sekolah dengan Tasya. Minggu pertama dekat maktab, Pnad tidur sekatil dengan Tasya sebab rindukan rakan sebilik  semasa sekolah lama dulu. Dia ni asal dari Ayer Tawar, Perak.

Nurul Nisha Mawarnie ( Nisha )- Nama dia paling glamour. Perangai Nisha ni rock sikit. Aishah sendiri tak tahunak mendeskripsi sikap Nisha. Tapi, Nisha ni mudah bergaul dengan lelaki apatah lagi perempuan. Dialah ketua bilik 4. Memang bertanggungjawab. Dia banyak cerita tentang kisah hidup dia dan yang paling tak boleh tahan cerita masa dia lari balik dari tadika sebab cikgu tadika pukul dia. Kelakar sangat. Nisha berasal dari Manjung, Perak.

Nurul Nadia ( Nadia / Nad) - Berasal dari Taiping, Perak. Benda yang paling best tentang Nadia ni ialah gelak dia. Kalau dia gelak memang kuat dan halus means, macam kartun. Pernah sekali masa Morning Call, cikgu tengah marah dekat depan, Nadia tergelak sebab satu situasi yang sedikit kelakar. Semua orang kalih ke belakang sebab suara tawa Nadia tadi. Nadia selalu kata yang dia malu sangat time tu. Katil Nadia adalah antara katil yang selalu Aishah lepak sebelum pergi riadah.

Amyra Suhada ( Angah ) - Kita orang panggil dia angah sebab dalam bilik kita orang ada 2 orang nama amira. Jadi, agar tidak confuce, kita orang panggil dia angah atas permintaannya sendiri. Sampai sekarang lekat panggilan angah. Sekali tengok angah macam lembut jer. Tapi, dalam bilik ganas juga budak ni. Tapi, little bit sensitive. So, bila cakap tu kena hati-hati sikit. 


Pada malam Hari Jumaat sebaik selesai minggu orientasi kita orang komplot nak main True or Dare. Sebab esoknya tu cuti. Banyak benda yang Aishah tahu tentang diaorang. Setiap mereka ada kisah hidup yang berlainan. Siapa tahu, melalui wajah ceria mereka sebanarnya ada kisah hitam yang pernah menjadi sebahagian dari mereka satu masa dahulu. Di situ, kami mengenali satu sama lain. 

 Seriously, Aishah bersyukur sebab dapat roommates yang sporting, baik, tak berlagak, selalu membantu dan banyak lagi. 

Pernah sekali, Aishah menyertai Pertandingan Daie Muslimah  mewakili Homeroom Siti Aishah sempena minggu aktiviti maktab, diaorang banyak membantu, sampaikan atas pentas pun diaorang support. Alhamdulillah, rezeki masa tu dapat menang tempat pertama. Macam tak sangka sangat. 

Itu sahaja.
Assalamualaikum