
NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN
BAB 19: Menuju Wawasan
Hari demi hari berlalu… Furqan terus sibuk berulang-alik
dari kuliah ke perpustakaan kemudian ke makmal. Dia juga tidak ketinggalan menghadiri
kelas-kelas talaqqi di Masjid al-Azhar. Amira turut ke sana untuk menimba ilmu
selagi kaki masih melangkah di Tanah Egypt ini.
Pernah kekadang Amira bertanya kepada Furqan.
" Abang tak
penat ke?"
Dia
hanya menjawab
"
Penat!!! Tetapi penat bukan penghalang untuk berjaya. Kalau tak minat dengan
perubatan.. Penat menjadi alasan. Tetapi, minat abang terhadap bidang ini
sangat mendalam."
Furqan
juga sering mengingati Amira bahawa tiada babak indah dalam kehidupan tanpa
perjuangan dan pengorbanan. Itulah antara kata-kata Furqan yang sangat tinggi
maknanya. Amira kagum dengan Furqan kerana tidak semua orang mampu mendalami
bidang tersebut.
Setelah
lima tahun di sana, Amira berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti
Al-Azhar. Pangkat Mumtaz yang diperolehinya sungguh memuaskan hati Amira. Pejam
celik, pejam celik Amira sudah pun merentasi segala badai yang melanda
sepanjang perjuangannya menuntut ilmu. Segala usaha dan pengorbanan yang
dikerahkan oleh Amira ternyata membuahkan hasil. Kini, Amira hanya berada di
rumah dan setia menunggu Furqan menamatkan pengajiannya yang berbaki 2 semester.
*************
Pagi itu,
Amira mendapatkan kebenaran daripada Furqan untuk ke pekan. Amira cuba untuk mengajak Furqan bersama. Melihatkan
Furqan yang begitu kepenatan, Amira lantas membatalkan hasratnya itu. Amira
memahami keadaan suaminya itu. Langkahnya diatur menuju ke pekan sendirian.
“
Sayang...” panggil Furqan sebelum Amira memulas tombol pintu.
Langkahnya
terhenti. Amira menoleh ke arah Furqan.
“ Jaga
diri ya.” Ujar Furqan lalu mengukir senyuman.
Tersenyum
Amira mendengarkan ungkapan Furqan. Amira mengangguk lalu berkata, “ Abang pun.
Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
" Hmm..
peramah betul orang Mesir ni… Tak lekang senyum dari mulut tu," puji
Amira sendiri apabila melalui kaki lima jalan raya pekan itu. Ya, masyarakat
Mesir sungguh peramah terutama apabila mereka mengetahui rakyat Malaysia datang
ke Tanah Air mereka. Mereka berasa sungguh gembira. Antara sebabnya adalah
disebabkan oleh kunjungan Tun Dr Mahathir sebelum ini ke negara tersebut.
Persepsi minda Tun Dr Mahathir telah melahirkan fikrah yang baik masyarakat
Mesir kepada masyarakat Malaysia.
Kota
Kaherah yang merupakan ibu kota negara Mesir ini tidak pernah mati. Boleh
diibaratkan bandar ini sentiasa hidup dengan kepadatan penduduknya. Jadi, tidak
hairanlah kalau jalan raya di sini sentiasa sibuk. Sememangnya, kalau nak
membina kehidupan di sini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.
Pada
pagi hari rakyatnya sibuk membeli eisy
atau lebih dikenali sebagai roti, siangnya sibuk berjual-beli malam pula, kedai
kopi menjadi sasaran. Amira sudah asyik dengan perangai orang Mesir. 5 tahun di
Bumi Anbiya’ itu hakikatnya masih belum cukup untuk dirinya mengenali
sepenuhnya budaya masyarakat Mesir. Namun, pengalaman yang dilaluinya cukup
banyak mengajarnya erti kehidupan di bumi bertuah itu. Bagi perantau baru,
mungkin akan mengalamai kejutan budaya kerana budaya masyarakat di sini yang
sedikit berlainan. Tetapi, dari sudut sosial, masyarakat Mesir menjuarai carta.
Itu adalah kepujian yang patut diberikan kepada mereka.
Tidak
dinafikan, ideologi serta fahaman yang bermacam-macam bentuk juga banyak
didedahkan di situ. Masyarakat yang gemar mengikuti persatuan malah ada
segelintirnya bersikap assabiah iaitu semangat berpuak-puak. Jadi, sebelum ke
sini kita perlu memiliki satu fahaman yang cukup kuat dalam diri. Supaya nanti
tidak terikut-ikut ideologi persatuan yang cukup hebat di Bumi Mesir itu.
" Hmm… Nak cari barang sikit lah,"
kata Amira sambil melalui Pasar Khan al-Khalili.
Puas Amira mencuci mata di situ. Banyak barang yang
diperdagangkan di situ. Barang cenderamta, pakaian, permaidani dan
barang-barang lain yang menjadi kebanggaan masyarakat Mesir. Malah, pelancong
dari seantero dunia pasti akan menjengah ke situ setiap kali melangkah ke
Mesir.
Niat di hati Amira, dia ingin membeli sedikit cenderamata
untuk keluarga di tanah air. Indah khabar dari rupa. Amira melalui pasar
tersebut sekadar mencuci mata. Amira terus beredar dari kawasan tersebut yang
sangat sesak dengan lautan manusia. Langkahnya lebih menjurus ke kawasan
deretan kedai di kaki lima jalan raya.
Seketika
Amira asyik melihat gerai-gerai sekeliling, terpaku dirinya dek sebuah gerai
yang menjual barang kelengkapan bayi dan ibu. Jauh di sudut penjuru kiri gerai
Itu, terdapat pasangan suami isteri bersama seorang bayi. Bayi itu digendong
oleh si ayah yang sungguh seronok bermain dengan cahaya matanya. Betapa
bahagianya Amira melihat wajah si suami yang menggendong anak itu.
" Ya Allah, aku ingin melihat wajah suamiku
yang bahagia seperti itu. In Sya Allah.. Bersabar, Mira," bisik hati
Amira. Dia cuba untuk mengukir senyuman. Dengan harapan, akalnya tidak
menghasilkan mesej-mesej yang negatif. Amira lantas beredar dari kawasan itu.
Air mata bergenang di kelopak matanya. Amira cuba menahannya daripada menitis.
**************
Masa terus berjalan, Furqan kini hampir menamatkan
peperiksaannya. 2 minggu sahaja lagi berbaki.
" 2
minggu yang akan datang lebih mencabar.. ya Allah.. bantulah aku," rungut
Furqan sendiri. Ketika Amira asyik mengemas buku-buku di bilik, dia terdengar
rungutan Furqan itu. Lantas, Amira mengatur langkahnya menuju ke arah Furqan.
Langkah
Amira tiba-tiba terhenti.
‘Ahh..’
gumam hati Amira tatkala perasaan pening menyengat kepalanya seketika.
Huh... Dia menghembuskan nafas dengan
perlahan.
“ Ok... Kau boleh...” bisik hati Amira.
Amira
pun terus mendekati Furqan. Amira tersenyum sendiri dari jauh melihat Furqan
yang dikelilingi timbunan buku. Dia begitu memahami jiwa suaminya yang kacau.
Peperiksaan akhir semester akan menjelang tidak lama lagi.
“
Abang...” Amira mendekatkan wajahnya kepada Furqan dari belakang. Furqan
menarik nafasnya sedalam-dalam.
Tangan
Amira hinggap di bahu Furqan. Perlahan-lahan dia mengurut belakang Furqan.
"
Abang… bersabarlah… 6 tahun abang dah berjuang.. sekarang ni tinggal lagi 2
minggu. Sesungguhnya, selepas kesusahan itu ada kemudahan. Al-Insyirah ayat 5,"
kata Amira menenangkan hati Furqan.
Tangan
Furqan hinggap pada tangan Amira. Urutannya terhenti. Erat Furqan menggenggam
tangan isterinya itu. Wajah Amira direnungnya. Dia sudah cukup mengenali setiap
garis di wajah Amira.
"
Terima kasih kerana setia menemani abang di sini…" katanya sambil senyum
menatap mata Amira. Amira tersenyum mendengarkan kata-kata Furqan.
“ Sebab
abang suami Mira...” ujar Amira.
Seketika
menghayati tatapan wajah Furqan, rasa pening di kepala kembali hinggap di
kepala Amira. Amira memejamkan matanya untuk menahan rasa pening itu.
Furqan
mengerutkan dahinya. Aneh melihatkan keadaan Amira yang kelihatan menahan
kesakitan.
“
Mira...Kenapa ni?” soal Furqan.
Amira
menggeleng.
“
Erm...Tak ada apa-apa lah...Abang sambung belajar ya.” Ujar Amira.
Tangannya
mula dilepaskan daripada genggaman Furqan. Amira menoleh ke belakang. Belum
sempat memulakan langkah, Amira didatangi rasa mual. Kali ini, dia tidak lagi
mampu menahannya. Rasa mual yang semakin mencucuk itu memaksanya untuk bergerak
dengan pantas ke bilik air.
Furqan
yang terkejut melihatkan isterinya berlari menuju ke bilik air, mula terbit rasa
gundah. Lalu, dia mengekori isterinya.
Uwekk!!! Uwekk!!!
"
Sayang… Apa yang terjadi? Sayang.. Baik-baik ke tidak ni?" kata Furqan
sambil mengusap-usap belakang Amira. Nada suaranya begitu cemas.
"
Ehem.. hmm.. Rasa pening sikit. Tak apalah… Abang tak payah risaulah," Amira
cuba menenangkan Furqan. Bagi Amira, keadaannya sedemikian sepatutnya tidak
mengganggu Furqan yang berada pada saat-saat kritikal begini.
"
Eh, mana boleh tak risau. Kena check dekat klinik ni. Takut jadi
apa-apa," ujar Furqan dengan nada cemas. Amira segera berkumur. Sinki
tersebut dicurahkan air. Amira pun meninggalkan bilik air tersebut. Furqan yang
menanti di luar bilik air terus merenung wajah isterinya dengan penuh
kerisauan.
"
Sayang… Sudahlah, tak ada apa-apa. Percayakan Mira. Ini normal bagi ibu yang
mengandung.."
Furqan
terpaku mendengarkan penjelasan Amira. Dia terus memandang isterinya dengan
pandangan yang tajam. Amira aneh dengan riak wajah Furqan.
“Aku tersalah cakap ke? Atau ada sisa muntah
pada mulutku? Hmm… Tidak lama kemudian, baru aku sedar.”
Lama
mereka berdiam.
“Oppsss!!! Aku terlepas kata bahawa aku
sedang mengandung…”
"
Hmmm.. apa? Ibu mengandung? Mira mengandung? Isteri abang mengandung…
Mira?" Furqan dibelenggu persoalan tentang isterinya. Pada wajahnya jelas
terpampang riak ingin tahu. Amira tersenyum lalu menjawab.
"
Hmm.. alang-alang dah terlepas… Biar Mira ceritakan… Begini, semasa abang ke
kampus, Mira terasa mual. Mulanya, ingat nak tunggu abang. Tapi, Mira dah tak
tahan sangat. Kemudian, Mira keluar terus untuk check di klinik. Alhamdulillah, doktor sahkan Mira mengandung 3
minggu. Sekarang dah 4 minggu," Amira bercerita sambil diulit rasa
bahagia. Dia begitu tidak sabar untuk menyaksikan reaksi Furqan.
" Jadi,
maksudnya Mira rahsiakan hal ini selama seminggu dari abang. Kalau peristiwa ni
tak jadi, abang tak tahu sampai ke sudah," suara Furqan meninggi. Reaksi sedemikian
bukanlah seperti yang diingini oleh Amira. Amira mula memikirkan penjelasan
yang sesuai kepada Furqan.
"
Abang.. Mira ingat nak buat kejutan.. Tapi, abang sibuk dengan exam, jadi Mira cuma nak cari masa yang
sesuai saja. Tak sangka, kesudahannya begini.
Abang, marah ke?" Amira cuba memujuknya dengan mengusap-usap bahu
Furqan.
"
Hmm… Mestilah …tidak. Sayang, hari ini Allah dah tunjukkan kekuasaanNya kepada
kita. Tiada yang mustahil. Alhamdulillah.. Abang bersyukur sangat.. Jaga diri
elok-elok sayang…" kata Furqan lalu mencium dahi Amira.
"
Ini adalah kurniaan Allah kepada kita. Mira takkan sia-siakannya. Mira akan
jaga dengan baik," kata Amira sambil mengusap-usap perutnya yang masih
belum memboyot.
Furqan
menatap wajah isterinya bersulamkan senyuman yang cukup indah. Amira dapat
melihat kebahagiaan pada wajah Furqan. Lama ditenung oleh Furqan wajah
isterinya. Begitu juga Amira.
Furqan
mula menundukkan kepalanya. Perut Amira didekatinya. Dengan penuh kasih sayang,
Furqan menyentuh perut isterinya itu. Memang mereka tidak dapat melihat insan
yang bakal bergelar cahaya mata itu. Namun, mereka percaya Allah telah
menitipkan cahaya mata untuk mereka dalam rahim seorang isteri.
"
Assalamualaikum, anak abi. Tahniah kerana menjadi juara. Membesarlah di dalam
perut ummi. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!" bisik Furqan
pada perut Amira.
Tidak
dapat digambarkan persaan gembira Furqan apabial mendapat tahu khabar kehamilan
Amira. Kegembiraan pada wajah Furqan itu adalah kegembiraan yang sudah lama
dinantikan oleh Amira. Amira menyulam harapan agar kebahagiaan itu dapat
mengukuhkan lagi tiang-tiang yang mereka dirikan dalam bahtera perkahwinan ini.
Keseronokan
dalam diri Amira bertambah apabila dia teringatkan perbincangan dalam halaqoh
di maktabnya dahulu. Kak Humaira penah berkata:
‘Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan’
“ Ameen”
BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment