
NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN
BAB 22: Apabila Emosi Berbisik
Masa terus berlalu. Usia kandungan Amira kini menjengah 8
bulan lebih.
" Masya-Allah, bosannya di rumah… Aku nak buat
apa sekarang?" bisik hati Amira setelah selesai membersihkan rumah.
"
Assalamualaikum…" suara seseorang memanggil salam dari luar. Amira terus
mengintai dari tingkap untuk melihat gerangan yang bertandang ke rumahnya itu.
" Mama rupanya…" kata hati
Amira spontan .
Amira
menjemput mama masuk ke rumah.
"
Mama, datang seorang saja? Papa tak ikut?" soal Amira.
"
Papa tu bukannya free man. Sibuk orangnya. Lepas satu kerja selesai, datang
kerja yang lain pula. Mama tak tahulah bila papa nak serahkan syarikat tu dekat
orang bawah dia…"
"
Bukankah, Abang Hafiz yang akan pegang syarikat lepas ni?" soal Amira.
"
Betullah tu. Cuma, papa kamu tu masih nak gagahkan diri bekerja. Walhal, badan
tu dah penat," ujar mama.
Amira
gembira melihat mama datang. Tiba-tiba mama memanggilnya dengan lembut.
"
Mira…"
Pandangannnya
lalu tertumpu ke arah mama.
"
Kamu ini tak bosankah duduk di rumah seorang diri?" kata mama.
Kata-kata
itu sedikit menyentap diri Amira yang sememangnya bosan berada di rumah seorang
diri.
"
Hmm… bosan itu mungkin ada. Tapi, nak buat macam mana. Suami Mirakan kerja. Mira
duduk rumah je lah…"
"
Rumah??? Kamu tak kerja?" suara mama bernada sinis. Amira menjadi kaku
untuk menjawab soalan mama.
"
Bukannya tak kerja. Mira kan pregnant.
Furqan yang suruh Mira berehat sementara tengah sarat mengandung ini. Lepas
pantang, In Sya Allah, bolehlah mula bekerja,"
Amira
berharap kata-katanya menenangkan mama.
" Mama
bukannya apa… Mama kesian tengok kamu. Belajar 5 tahun di Mesir. Tinggalkan
keluarga sepanjang 5 tahun. Sampai Malaysia, kamu tak buat apa-apa. Mana
hasilnya kamu belajar di Mesir? Mama tak nampak.." kata-kata mama itu
sekali lagi bernada sinis.
Ternyata
harapannya untuk menenangkan mama tidak tercapai. Amira faham apa yang mama
cuba untuk sampaikan. Amira bersabar dan menelan pahitnya dari ungkapan mama
tadi. Lama masa dia ambil untuk sambung bicara.
"
Hmm…Mama. Kan Mira kata yang Mira akan bekerja sebaik lepas berpantang…." Amira
tidak mampu untuk berkata panjang.
"
Sayang mama, jangan ingat senang nak dapat kerja bila usia meningkat…"
Amira
menjadi runsing mendengarkan nasihat daripada mama. Hatinya berbelah bahagi
sama ada mendengar nasihat mama ataupun perintah seorang suami….
Bukankah
keluarganya yang begitu beria-ria melihat pernikahannya dengan Furqan. Kini,
apabila amanah sebagai isteri mula terpikul di bahu, mama mempertikaikannya.
Sukar untuk Amira fahami situasinya ketika itu. Terkadang, bisikan-bisikan ganjil muncul di benak
fikirannya.
“ Salahkah keputusan aku berkahwin dengan
Furqan?”
Allahuakbar!!!
Berbolak-balik hatinya sekarang.
“ Ya Rabb, Engkau terangilah hatiku ini agar
tidak buta untuk membuat keputusan. Dan jangan sesekali keputusan yang aku
lakukan ini dipengaruhi oleh hawa nafsu...”
**************
" Apa yang
mama cuba sampaikan tu…Arghh!!! Aku tidak kisahlah apa yang mama nak katakan.
Aku hanya menurut kata suamiku. Aku yakin ada baiknya pesan Furqan itu,"
Amira bermonolog sendiri dalam bilik sebaik selesai solat Maghrib. Air mata
terus menitis tatkala mengenang kata mama tadi. Sungguh kata-kata itu
meninggalkan parut pada hatinya
Amira
yakin Allah pasti ada rancangan yang jauh lebih baik buatnya selepas ini. Amira
hanya bersabar menanti janjiNya.
Setelah itu,
Al-Quran di atas rak digapai olehnya untuk dibaca.
Setelah
selesai menghabiskan 4 muka surat dalam Surah Maryam, Amira memerhatikan jam
dinding.
" Abang masih belum balik? Sekarang sudah
hampir masuk waktu Isyak. Kalau ada apa-apa pasti dia menelefonku…Hmm???"
bisik hatinya berbaur cemas.
Sejak
akhir-akhir ini, Furqan sering pulang lewat. Ada kalanya, di pagi-pagi buta
lagi mendapat telefon supaya ke hospital. Terkadang, Amira rindu akan gurau
sendanya, gelak tawanya serta bicaranya yang menggamit hati. Kini, sukar untuk dia
merasai suasana itu lagi. Menyesal? Amira berharap agar dirinya jauh daripada
perasaan itu.
Sungguh bukan
mudah dia melalui semua itu. Saban hari dia berperang dengan perasaan. Perasaan
sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwanya sentiasa
keliru antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Kepada-Nyalah Amira memohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu.
Kepada-Nyalah dia meminta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hatinya
akan berkurangan. Kepada-Nya jualah Amira meminta agar kepercayaannya kepada
suami berkekalan.
************
Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Kelibat
Furqan masih belum kelihatan. Amira ternanti-nanti bunyi kereta yang masuk ke
dalam garaj. Namun, tidak juga kedengaran. Badannya mula kepenatan, mata mula
mengantuk. Amira terus ke dapur untuk
menyimpan lauk pauk ke dalam peti ais supaya tidak basi. Setelah itu, dia pun
masuk ke dalam bilik untuk tidur.
Sesekali,
Amira berasa hampa kerana Furqan tidak pulang sehingga lewat malam begini.
Paling tidak pun, tinggalkanlah pesan kepadanya supaya dia tidak risau.
Di atas
katil, kakinya yang berasa lenguh, dirutnya perlahan-lahan. Membayangkan saat
Furqan mengurut kakinya semasa hari-hari pertama mereka tiba di Malaysia.
Amira membaringkan badannya ke atas katil. Susah pula
matanya untuk tertutup dan tidur. Dia memaksa dirinya untuk tidur namun masih
tidak boleh. Sedang Amira cuba memejamkan mata, fikirannya mula memikirkan kata-kata
mama petang tadi yang masih berbekas di telinganya. Amira cuba untuk berperang
dengan kata-kata itu agar tidak menguasai emosinya. Dia cuba untuk memikirkan
hal lain. Furqan!!! Hmm, Amira membayangkan wajah suaminya dengan
bersungguh-sungguh.
" Bagaimana keadaan Furqan sekarang? Baik-baik
saja ke? Ya Allah selamatkanlah dia,"
*************
Jam
menunjukkan pukul 1.32 pagi.
"
Assalamualaikum," Furqan memberi salam sebaik melangkah masuk ke dalam
bilik.
Selangkah
demi selangkah Furqan atur jejak memasuki kamar beradunya. Dari jauh dia sudah
melihat isterinya terbaring di atas katil. Sebaik menghampiri Amira, dengan
lembut dia menyisir rambut Mira dengan jari jemarinya.
"
Kesian, isteri abang. Sudah tidur rupanya. Maafkan abang, sebab pulang lewat
hari ini, sayang… Abang call Mira
banyak kali, kenapa sayang tak angkat. Hmm, Mira…Mira," bisik Furqan.
Furqan segera membersihkan diri . Sebelum menuju ke katil
beradunya, sempat Furqan mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat dan
Solat Sunat Witir. Teresak-esak air matanya menitis memikirkan tanggungjawab
baru yang harus dipikulnya. Rasa terkejut masih berbengkak di hatinya. Sungguh
dia tidak percaya bahawa kes tersebut menjadi tanggungjawabnya.
“ Kalau Mira
tahu...Hmm, bagaimana agaknya reaksi dia? Lebih baik aku rahsiakan dahulu. Itu
lebih baik,” monolog Furqan.
“ Allah ingin
tunjukkan sesuatu kepadaku. Hmm...Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku,”
bisik hati Furqan. Dirinya sudah terbaring di samping Amira. Matanya
berkedip-kedip merenung siling rumah. Tugasan kerjanya itu terus bermain di
fikirannya.
**************
Errhhh….
Amira mula menggeliat sebaik
terjaga jam 5.30 pagi. Dia memandang ke tepi, melihat suaminya yang nyenyak
tidur di sampingnya.
" Furqan dah balik…Agaknya, dia balik jam
berapa semalam…Mesti penat. lepas Mira mandi, Mira kejutkan abang,"
katanya sambil merenung wajah Furqan yang kelihatan sungguh kepenatan.
Setelah
berkali-kali menggerak Furqan sehinggakan, Amira selesai Solat Subuh akhirnya
Furqan pun bangun. Badannya jelas keletihan. Amira tidak mahu menanyakan soal
kelewatannya pulang semalam sebaik melihat keadaannya yang masih penat. Furqan
bersegera bersihkan diri, solat dan bersiap.
Jam
sudah menunjukkan jam 7.30 pagi.
"
Abang, pergi kerja lagi. Bukan semalam, abang balik lewat malam?" soal
Amira.
Amira terasa
ganjil dengan soalan yang dia ajukan kepada Furqan.
“Patutkah aku
bertanya demikian?” monolog Amira.
"
Mira… Abang kerja, sayang…." jawab Furqan dengan lembut sambil mengenakan
butang pada pakaiannya. Amira pula hanya merenungnya dari birai katil.
" Oh,
sayang, lupa nak cakap. Abang call
Mira semalam banyak kali, kenapa tak angkat? Abang hantar mesej pun tak balas.
Abang nak cakap yang abang ada urusan yang sangat penting dan mungkin abang
balik lewat,"
Kata-kata
Furqan itu membuka mata Amira. Telefon bimbitnya masih berada dalam beg
tangannya dalam keadaan belum bercas. Amira segera mendapatkannya. Dia berasa
kecewa dengan dirinya sendiri.
"
Oh, Mira letak fon dalam beg dan tak cas lagi…Sorry, abang,"
"
Tak apalah. Lepas ni pastikan, phone
tu sentiasa di sisi. Senang abang nak contact.
Abang pergi dulu, jaga diri baik-baik…Assalamualaikum," kata Furqan lalu
memberikan ciuman pada pipi Amira. Tersenyum lesu Amira sama ada ikhlas ataupun
tidak.
Setelah
kelibat kereta dipandu oleh Furqan hilang dari pandangan, Amira pun melangkah
masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba,
pelbagai suara yang aneh seakan-akan berbisik di telinganya.
" Abang, macam terlalu sibuk dengan
kerjayanya. Sehinggakan aku dibiarkannya sendiri sahaja di rumah. "
"Aku pula tidak dibenarkannya
bekerja. Sekiranya aku bekerja, mungkin sedikit sebanyak terubatlah rasa bosan
ini,"
" Adakah kasih sayangnya padaku
sudah berkurang?
"
Aku sudah tidak secantik dahulu ke?"
Pelbagai
kenyataan dan persoalan emosi datang menghambat fikiran. Amira bagaikan tidak
dapat menahan gangguan emosi ini lagi. Dia menangis sendiri di ruang tamu
memikirkan hal tersebut.
***********
Furqan
masih teringat akan peristiwa malam itu. Malam yang telah memberi tamparan
hebat pada dirinya.
"
Assalamualaikum, Doktor Furqan. Saya mendengar prestasi kerja anda begitu baik
sejak akhir-akhir ini. Walaupun, anda baru bekerja selama 5 bulan lebih, namun
pujian daripada pihak atasan menarik perhatian saya," ujar Doktor Izzati.
"
Waalaikumsalam. Terima kasih atas pujian itu. Saya hanya menjalankan
tanggungjawab saya sebagai doktor. Tidak lebih dari itu. Saya tidak perlukan
pujian sedemikian, saya tidak layak untuk itupun,"
"
Tak apa…Lebih baik saya teruskan dengan fokus bicara yang hendak saya
katakan,"
"
Baiklah, teruskan.." jawab Furqan.
"
Sebenarnya, kita ada pesakit baru. Dia mengidap penyakit ketumbuhan pada
hatinya. Jadi, saya ingin awak memegang tugasan ini untuk menjalankan
pembedahan membuang ketumbuhan pada hati pesakit. Oleh sebab, penyakitnya ini
masih pada peringkat awal, mudah untuk disembuhkan. Nah, ini fail maklumat
pesakit. Doktor boleh tengok," Doktor Izzati menghulurkan fail tersebut
kepada Furqan.
Furqan
menyelak halaman fail tersebut dengan perlahan. ' Masya-Allah '
Furqan
terpana sebaik melihat nama Nurul Afifah Azwa terpapar dalam fail tersebut. Dia
seperti tidak dapat berkata apa-apa. Dia tidak sangka yang dia akan menjadi pegawai
perubatan kepada adik angkatnya sendiri
"
Doktor!!! Dengar tak?" Doktor Izzati memanggil Furqan sambil memetik jari.
"
Oh, ya. Saya dengar. Di manakah pesakit sekarang?" Furqan seperti
tergesa-gesa ingin melihat keadaan Adik Wawa.
"
Ward 5 , tingkat 2," ujar Dr. Izzati.
Furqan
terus bergerak ke tempat yang diberitahu.
**************
Hari
itu, Furqan pulang lewat sedikit. Banyak perkara yang perlu diuruskannya di
hospital. Terutamanya, melakukan persiapan sebelum Adik Wawa menjalani
pembedahan tidak lama lagi.
"
Assalamualaikum," Furqan memberi salam sebaik melangkah masuk ke dalam
rumah. jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Wajahnya jelas memaparkan betapa
penatnya dia bekerja.
"
Waalaikumsalam. Abang dah balik…Sini beg," kata Amira lalu menyambut
kepulangan Furqan. Wajahnya langsung tidak ceria. Pada riak wajahnya,
terpampang rasa gelisah bercampur gundah. Hati Amira menjadi tidak senang
melihat keadaan suaminya sedemikian.
“ Kenapa dengan abang hari ni?” bisik hati
Amira.
Amira
meletakkan tangannya pada dahi Furqan untuk merasakan sama ada Furqan sihat
atau tidak. Keadaanya baik-baik sahaja. Furqan terus menuju ke kamar mandi
untuk membersihkan diri tanpa banyak bicara. Tidak banyak perkara yang
dibualkannya. Tanpa berkata panjang, Amira
pun menyiapkan makanan untuk makan malamnya.
Furqan
makan sedikit sahaja malah berbeza daripada sebelum ini.
Sebaik
mengemas dapur, hadir beribu persoalan yang mengganggu emosiku…
" Dia sudah lupa bahawa aku sedang
mengandungkan anaknyakah?"
" Dia tidak tahu, betapa aku
sunyi di rumah ini, kemudian dia pula pulang dalam keadaan begini…"
" Kalau dulu, setiap kali dia pulang dari
kerja, wajahnya tidak terlalu tegang,"
"Kalau dulu, setiap kali aku bercakap
dengannya, pasti dia balas dengan wajah yang menyenangkan,"
" Kalau dulu, setiap kali menjamah masakanku,
dialah yang akan memuji masakanku,"
" Apa sebenarnya masalah suamiku ini? Adakah
dia benar-benar tidak sayangkanku? Adakah dia…Arrhhh, serabut kepala aku
memikirkan hal ini. Lebih baik tidur. Furqan pun sudah tidur…Hmm…"
BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment