
NOVEL ISLAMI
NOR AISHAH BT NORRIFIN
BAB 20: Sayang Adik Wawa
Kini, sudah genap dua
minggu mereka di bumi Malaysia. Kadang-kadang Amira tidak percaya bahawa dirinya
dan Furqan telah melalui jerih perih di bumi Mesir dan menamatkan segalanya
dengan baik sekali. Betapa syukur tidak terhingga dipanjatkan oleh Amira kerana
berjaya menamatkan pengajiannya. Tambahan pula, Amira meninggalkan Univerisiti
Al-Azhar dengan pangkat Jayyid Jiddan. Manakala, Furqan pula telah berjaya menamatkan
pengajiannya dengan pangkat Mumtaz.
Masih ligat bermain di benak fikiran Amira saat terakhir
dia menjejakkan kaki di bumi Ardu’ Kinanah itu. Berbaki beberapa langkah
sebelum menuju ke dalam pesawat yang tersedia untuk menerbangkan mereka ke
Tanah Air. Rasa hiba menyuntik kalbu Amira. Dia bagaikan sukar untuk meninggalkan
bumi yang telah banyak mengajarnya erti kehidupan. Bumi itu juga yang telah
memulakan kehidupannya bersama dengan Furqan, suaminya. Bumi itu juga yang
telah memulakan kehidupannya sebagai seorang ibu yang mengandung.
Selangkah sebelum menaiki pesawat, Amira memandang wajah
Furqan. Furqan mengangguk sambil tersenyum. Amira gagahkan dirinya untuk
meneruskan langkah terakhir itu. Jejak itu kini hanya tinggal kenangan.
Kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatannya. Sebak Amira meninggalkan
Egypt. Sungguh sekejap masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, saat itu tiba
jua.
" Terima kasih Cairo…Terima kasih,
Mesir… Terima kasih atas segala memori," itulah kata-kata akhir yang diucapkan oleh Amira
kepada Bumi Anbiya’ itu sebaik pesawat mula berlepas.
Ketibaan sepasang suami isteri itu
disambut dengan penuh keseronokan dan kesyukuran. Mama, papa, Abang Hafiz dan
keluarga begitu bahagia dapat bertemu semula dengan anak dan menantu. 6 tahun
berpisah bukanlah jangka masa yang pendek. Kepada Tuhan jua diserahkan segala
rasa rindu yang terkadang bertaut di hati.
2 bulan pertama, Furqan dan Amira
tinggal di rumah banglo papa. Sepanjang tempoh itu, mereka berusaha
mencari-cari rumah untuk mereka sendiri. Malah, tidak lupa juga untuk
mendapatkan lesen memandu.
Amira dan Furqan merancang untuk
melawat Adik Wawa di Rumah Anak Yatim al-Latiff di Kedah. Perjalanan terlalu
jauh. Amira yang sedang mengandung hampir 3 bulan kekadang berasa mual dek
keadaan jalan raya yang tidak menentu. Furqan yang melihat keadaan isterinya
demikian, mengambil langkah untuk berehat di R&R dengan harapan Amira dapat
merehatkan fikiran.
Oleh sebab, perjalanan terlalu jauh,
Furqan menyarankan Amira untuk melelapkan mata supaya tidak berasa mual yang
melampau. Jauh di sudut hati Amira berat untuk meninggalkan Furqan memandu sendirian.
Namun, perasaan mualnya itu semakin membuak-buak. Amira tiada pilihan lain
selain menurut saranan Furqan.
Hampir 7 jam diambil untuk tiba di
sana. Furqan lantas parkir kenderaan di sebelah rumah anak yatim tersebut
dengan baik lalu menarik gear P. Perlahan-lahan Furqan meregangkan tangannnya
yang serba lenguh setelah memandu berjam-jam. Nafas ditariknya sedalam-dalamnya
lalu dihembus. Wajahnya terus mengalih ke arah Amira di sebelahnya. Tersenyum
dia melihat Amira yang masih lena tidur di sebelahnya. Furqan mengejut Amira
perlahan-lahan.
" Sayang.. sayang.. bangun,
sayang. Kita dah sampai. Ayuh, kita keluar sekarang," Amira yang terjaga membuka matanya
perlahan-lahan. Sengal menusuk pingang Amira. Setelah puas meregangkan
badannya, dia pun keluar dari kenderaan dalam keadaan yang bersemangat. Dalam
benak fikiran Amira, hadir sejuta reaksi yang bakal dia saksikan daripada wajah
Adik Wawa sebaik melihat ketibaan Furqan dan Amira memandangkan mereka tidak melawatnya untuk sekian lama.
Furqan memimpin langkah Amira menuju
ke dalam Rumah Anak Yatim Al-Latiff. Mereka bergerak bersama-sama menuju ke
situ.
Sebaik sahaja tiba di dalam bilik
pengurus panti...
“ Assalamualaikum,
Puan Syafinaz. Saya, Taqiyyah Amira. Ini, suami saya. Ahmad Furqan,” Amira mula
memperkenal diri sebelum masuk kepada topik yang ingin dibualkan. Niqab yang
menutupi wajahnya disingkap agar mudah Puan Syafinaz mengenali Puan Syafinaz.
“ Waalaikumsalam.
Amira, Furqan. Sudah lama tak datang sini…,” sapa Puan Syafinaz dengan begitu
lembut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Amira.
Puan Syafinaz sungguh
mengenali mereka . Kekerapan mereka berkunjung ke panti tersebut sebelum ke
Mesir telah merapatkan hubungan mereka dengan pengurus panti tersebut.
“ Bukannya tak nak
datang. Cuma, saya sambung belajar dengan isteri di Mesir selama 6 tahun. Jadi,
kami tidak dapat pulang ke Malaysia sepanjang 6 tahun di sana. Semuanya kerana
masalah kewangan. Alhamdulillah, sekarang dah balik. Itu yang nak jenguk
keadaan Wawa. Di mana dia sekarang,” Furqan menyambung bicara.
“ Oh, Wawa. Hari-hari
dia tanya tentang kamu berdua. Keadaan dia tak berapa sihat. Kami nak bawa ke
klinik, dia tak mahu. Jadi, kami hanya mampu menjemput doktor ke sini. Itupun,
sekadar memberi ubat,” ujar Puan Syafinaz sambil menunjuk ke arah Bilik Sakit.
“Tidak
sihat!!! Apa yang terjadi padanya?” penjelasan Puan Syafinaz menerbitkan
rasa khuatir dalam hati Amira.
“ Boleh saya ke sana
sekarang?”
“ Ya, silakan,” kata
Puan Syafinaz membenarkan mereka menjenguk Adik Wawa. Puan Syafinaz segera
mengatur langkah menunjuk jalan ke bilik sakit.
Tiba di depan pintu, Furqan
memulas tombol pintu tersebut. Amira setia di samping Furqan. Rasa tidak sabar
mula membuak-buak dalam hati Amira. Sungguh dia ingin tahu kondisi Adik Wawa
saat itu.
“ Assalamualaikum,”
Amira melihat Adik
Wawa dan 2 kanak-kanak lain yang turut berada dalam bilik itu.
“ Waalaikumsalam.
Abang Furqan, Kak Mira….” Reaksi Adik Wawa ketika itu sukar untuk digambarkan.
Yang pasti, wajah Adik Wawa seakan-akan tidak mempercayai kehadiran Amira dan
Furqan ketika itu.
“Abang Furqan, Kak
Mira, tahu tak berapa lama adik tunggu sini. Tapi, abang dengan akak tak datang
pun. Adik ingat akak dengan abang dah lupakan adik dekat sini,” kata Adik Wawa
yang terus terbangun sebaik saja melihat wajah-wajah yang pernah menabur
kebahagiaan dalam dirinya suatu masa dahulu.
Mendengarkan kata
anak kecil itu, rasa sebak mula menyelubungi diri Amira. Dia bersalah kerana
meninggalkan Adik Wawa sendirian untuk sekian lama tanpa sebarang khabar. Amira
menyepi menahan rasa sebak di hati. Dia membiarkan Furqan menyambung bicara.
“ Adik, bukannya
abang tak datang. Abang ada urusan dekat luar,” kata Furqan yang mula mendekati
Adik Wawa.
Amira pula terus
berada di sampingnya di tepi katil
“ Urusan apa? Sibuk
sangat ke, sampai tak ada masa nak jenguk adik dekat sini. 6 tahun, abang
dengan akak tak datang sini, telefon pun tak apatah lagi surat. Jangan harap,”
Amira tidak terkejut
dengan respon tersebut. Dia sudah mengagak dari awal lagi. Hati siapa yang
tidak terluka? Apabila ditinggalkan untuk jangka masa yang lama tambahan lagi,
tidak mengkhabarkan pemergian. Amira
cuba menenangkan jiwa Adik Wawa.
“ Adik… tak baik
macam tu. Akak dengan abang bukannya tak nak datang tengok adik dekat sini.
Sebenarnya, kami berdua sambung belajar di Mesir. Jauh Mesir adik, bukannya
dekat-dekat sini. 6 tahun kami di sana, tanpa balik ke sini. Kami bukannya
bermain-main di sana. Kami belajar, sayang. Janganlah macam ni,” Kepalanya diusap
oleh Amira dengan lembut.
“ Akak dengan abang?
Kenapa akak dengan abang pergi mana tu.. aa.. Mm..Meeessir.. bersama-sama?”
tanya Adik Wawa sambil mengesat air mata. Hadir persoalan dalam benak fikiran
Adik Wawa.
“ Ha!!! Itu dia, Adik
Wawa tak tahu lagi. Sini, abang nak cerita. Tapi, janji jangan marah dekat
abang dengan akak dah. Senyum ...” kata Furqan lantas duduk di atas kerusi yang
disediakan untuk bercerita kononnya.
“ Ya lah. Senyum...”
kata Adik Wawa lantas terukir senyuman pada wajahnya.
Hati Amira mulai tenang melihatkan ukiran senyuman indah
pada wajah manis Adik Wawa. Wajah yang cukup dirindui olehnya.
“ Macam ni. Sebaik sahaja tamat pengajian
abang dengan akak di sini. Kita orang pulang ke rumah masing-masing. Rumah Kak
Mira di Putrajaya. Rumah abang dekat Perak. Alhamdulillah, kami berdua telah
lulus Imtihan Qalbu ke Universiti al-Azhar dan berjaya dimasukkan ke sana.
Tapi, sebelum kami ke sana, Allah pertemukan jodoh kami. Sebelum berangkat, kami
berdua dikahwinkan. Jadi, kami ke sana dalam keadaan sah suami isteri, ” kata
Furqan diikuti dengan pergerakan tangan
dan memek muka yang lengkap. Bijak Furqan menarik perhatian insan bergelar
kanak-kanak.
" Hmm.. Susah
adik nak faham. Tapi, adik faham situasi abang dengan kakak dan…Uhuuk, uhuuk,” batuk
yang menyerang Adik Wawa menghentikan bicaranya.
Amira tersentap
mendengar batuk yang berdekah-dekah daripada Adik Wawa. Dengan cemas, Amira
segera menepuk-nepuk belakangnya. Furqan pula menuangkan air ke dalam gelas
yang tersedia.
“ Nah, minum air
ini,”
Batuknya mula reda.
Adik kembali senyum.
“ Adik, adik dah
besar. Tahun ini dah masuk 12 tahun. Fikiran adik sudah menuju ke arah yang
lebih matang. Adik sebenarnya sudah dapat beza antara baik dan buruk. Adik kena
ingat yang adik cuma perlu berfikir positif. Contohnya, abang dengan kakak tak
datang jenguk adik. Jangan fikir yang kami lupakan adik. Fikir positif. Ha,
fikir yang kami mungkin ada hal yang tak dapat dielakkan. Adik ingat lagi kan
pesan akak, masa awal-awal kita jumpa dekat bawah pokok tu. Akak kata yang adik
cuma perlu fikir perkara yang baik sahaja. Ingat, hati mengawal pemikiran,
pemikiran mengawal tindakan. Kalau adik tak jaga hati, habis semuanya. Hati
raja kepada anggota kita. Sebab tu, adik kena jaga hati betul-betul,” kata
Amira sambil mengusap-usap belakang Adik Wawa.
“ Betul, apa yang
akak cakap. Pemikiran adik kena mula matang. Jangan ingat adik kecil lagi.
Selagi adik tak berfikiran matang, susah adik nak mencari identiti dan memahami
tujuan hidup,” sambut Furqan.
“ Abang, akak. Adik
minta maaf sebab salah sangka dekat abang dengan akak. Adik tak sedar yang adik
dah besar. Adik minta maaf kak, abang,” kata Adik Wawa lalu mengambil tangan
Amira lalu mendekatkan kepada bibirnya. Hangat kucupan yang hinggap pada tangan
mulus Amira.
“ Tak apa. Lagipun,
abang dengan akak tak bagi tahu adik dulu sebelum pergi. Sekarang, abang dengan
akak nak tengok adik senyum. Abang tahu, adik dah banyak bazirkan air mata
sepanjang abang dengan akak pergi,” kata Furqan.
Seketika selepas itu,
Furqan keluar untuk dapatkan sesuatu.
“ Taraaa.. Tengok abang bawa apa? Abang ada
bawa aneka jenis biskut untuk adik. Ini adik simpan. Sekarang, kita makan nasi
goreng udang yang abang baru beli ini” kata Furqan sambil mengusik Amira.
“Sudah. Jom kita makan di pondok luar,” kata
Furqan mengajak mereka berdua menuju ke arah pondok.
Senang hati Amira
dapat melihat Adik Wawa yang berselera menikmati nasi goreng udang.
“
Ya Allah, Engkau jauhilah rasa sedih
daripada menjengah diri adik. Engkau berikan dia ketenangan. Permudahkan urusan
hidupnya. Peliharalah dia di bawah naunganMu. Semoga Engkau merahmatinya. Ameen,”
Amira berdoa sendiri dalam hatinya .
Sebaik sahaja
matahari mula menghilangkan diri, Amira dan Furqan mula bersiap untuk pulang.
“ Adik. Kami tidak
tahu, bila lagi kami dapat datang ke sini. Tapi, memang kami akan datang ke
sini lagi. Adik kena janji, belajar rajin-rajin. Ingat, belajar-belajar juga,
sembahyang jangan tinggal, al-Quran jangan lupa, Sunnah nabi amalkan selalu. In
Sya Allah, hidup sentiasa diberkati. Berdoa dengan Allah selalu. Allah pernah
kata, “ berdoalah kepadaKu, nescaya aku
perkenankan,” Itu janji Allah. Sama ada cepat atau lambat itu urusan Allah.
Kita berserah segalanya kepadaNya. Allah tahu apa yang terbaik,” kata Amira
kepada Adik Wawa sambil memeluk tubuh kecil Adik Wawa seerat-eratnya.
“ Akak, adik janji
adik akan belajar bersungguh-sungguh. Adik nak ke Mesir macam akak dengan
abang. In Sya Allah, adik ingat pesan Kak Mira dan Abang Furqan. Adik sentiasa
doakan kesejahteraan abang dengan akak,” kata Adik Wawa lantas melepaskan
dirinya daripada dakapan Amira dan Furqan.
************
Mereka ditemani suasana malam dalam
perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
" Mira, tadi abang sempat
sembang dengan Puan Syafinaz. Katanya, Adik Wawa akan dipindahkan ke Rumah Anak
Yatim as-Suhadah di sekitar Kuala Lumpur," ujar Furqan.
" Ha!!! Rumah Anak Yatim
as-Suhadah… Rasanya tak jauh dari tempat kita. Hmm… Tapi, kenapa?"
" Sebenarnya, penyakit Adik
Wawa tu teruk. Jadi, Puan Syafinaz ingat nak bawa dia ke hospital di Kuala
Lumpur. Rawatannya lebih bagus. Jadi,
rumah anak yatim tu hanya sebagai persinggahan. Lebih kurang 2 bulan lagi
kot.." ujar Furqan.
Pelbagai perkara berlegar di fikiran
Amira…
“ Apa sebenarnya penyakit Adik Wawa?… Teruk
sangat ke sampai nak dapatkan rawatan di Kuala Lumpur? Ya Allah, Engkau
berikanlah kesihatan yang baik kepada Nurul Afifah Azwa..”
BERSAMBUNG...
* Maafkan salah dan silap yang terdapat dalam karya ini.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. In Shaa Allah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment