Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Friday, 6 May 2011

Siap Pun Karyaku


Untuk pengetahuan, inilah kali pertama aishah menghasilkan lukisan yang mempunyai kontra. Macam tak caya ja.. Tapi kalau orang yang pro tengok macam Huda, Pon atau mana-mana lagi yang terer melukis tu mesti anggap lukisan ni biasa ja. Yea, memang biasa pon.

Tangan Aishah bukannya takan seni. Kalau orang yang mempunyai tangan seni, conteng pun nampak macam sebuah karya. Betapa kreatif nya orang yang bertuah itu. 

Nak siapkan lukisan ..cuba teka berapa lama nak siap... Sbenarnya sekejap saja tapi, oleh kerana aishah ni sat tangok tv sat buat....sampai bila pun x siap. Tapi dianggarkan siap dalm pukul 2.00 pagi semalam. Sampaikan tertidur kat ruang tamu...TV terbuka..colour yang dalam bekas palet tu pun kering ..air yang dalam tupperware tu pun kotor sangat.. Mana taknya..tak larat sangat.

Kalau Aishah cikgu seni la kan...Aishah boleh bagi 3/10 ja kot..mesti Izyan, Afifah dan Izyan lagi lawa..Tak pa la asalkan siap..Nak hantar esok..
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaihira yang mengajar saya untuk menggunakan warna dengan betul dan kontra...

Thursday, 14 April 2011

Sambut Birthday Cikgu Azizah

Baru-baru ni, ke;as 2A10 meraikan Hari Lahir Cikgu Azizah, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas 2A10. Kami sekelas menyambutnya dengan penuh kejutan. Menyorok di kelas sebelah sebelum masuk ke dalam kelas sambil bernyanyi lagu SELAMAT HARI JADI untuk cikgu. 
Bergambar dengan ketua kelas...Ameera

Cikgu Azizah belek kad

Cikgu suap Ameera, puding yang Afifah bawa

Hadiah dan kad untuk Cikgu

Chin Wing Hou dan Fu Ju Jie

sampul kad 

Kegembiraan cikgu terima hadiah daripada KAMI

Budak pandai

Orang Kurang Upaya



Hari ini, tergerak hati nak berkongsi tentang insan istimewa yang bergelar OKU. Info ini dijumpai semasa melayari Interent untuk mencari bahan pembentangan Sivik. Kebetulan, sesi pembentangan sudah pun berlalu jadi, lebih baik info ini dikongsi bersama
 ^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Siapakah OKU?
Golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ). Secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara.
Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua.
Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara sementara.
Persekitaran tempat tempat awam seperti hospital, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, pusat membeli belah dan taman riadah harus sesuai bagi memudahan warga OKU bergerak secara bebas tanpa bantuan.
Dengan demikian golongan OKU boleh berdikari dan menikmati kemudahan awam seperti golongan yang normal.
Persekitaran yang mesra kepada warga OKU adalah persekitaran yang mesra untuk semua.
Sayangi dan hargailah OKU sama seperti insan insan normal yang lain.