Showing posts with label Manusia. Show all posts
Showing posts with label Manusia. Show all posts

Thursday, 14 April 2011

Sambut Birthday Cikgu Azizah

Baru-baru ni, ke;as 2A10 meraikan Hari Lahir Cikgu Azizah, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas 2A10. Kami sekelas menyambutnya dengan penuh kejutan. Menyorok di kelas sebelah sebelum masuk ke dalam kelas sambil bernyanyi lagu SELAMAT HARI JADI untuk cikgu. 
Bergambar dengan ketua kelas...Ameera

Cikgu Azizah belek kad

Cikgu suap Ameera, puding yang Afifah bawa

Hadiah dan kad untuk Cikgu

Chin Wing Hou dan Fu Ju Jie

sampul kad 

Kegembiraan cikgu terima hadiah daripada KAMI

Budak pandai

Orang Kurang Upaya



Hari ini, tergerak hati nak berkongsi tentang insan istimewa yang bergelar OKU. Info ini dijumpai semasa melayari Interent untuk mencari bahan pembentangan Sivik. Kebetulan, sesi pembentangan sudah pun berlalu jadi, lebih baik info ini dikongsi bersama
 ^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Siapakah OKU?
Golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ). Secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara.
Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua.
Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara sementara.
Persekitaran tempat tempat awam seperti hospital, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, pusat membeli belah dan taman riadah harus sesuai bagi memudahan warga OKU bergerak secara bebas tanpa bantuan.
Dengan demikian golongan OKU boleh berdikari dan menikmati kemudahan awam seperti golongan yang normal.
Persekitaran yang mesra kepada warga OKU adalah persekitaran yang mesra untuk semua.
Sayangi dan hargailah OKU sama seperti insan insan normal yang lain.